'Bangang punya Evan! Nak mintak tolong tu, buat lah cara nak mintak tolong! Ada aku sepak jugak muka si Evan tu!' Getus Vince di dalam hatinya.
Panas betul hatinya kini. Sudahlah kat sini tengah musim panas, Evan pula menambah bara. Kalau ada aiskrim, mungkin sejuk sikit hatinya. Sikit je laa.... tak banyak pun. Ceh....
"Masuk laa, bangang!" Kata Vince sambil menolak Evan kearah pintu masuk bilik King Elzer.
"Kenapa aku pulak yang kena masuk?" Soal Evan.
"Kau ni bangang ke apa?! Bukan ke kau nak selesaikan masalah kau?! MASUK JE LAH!"
"Aku takut laahhh...! Buatnya tiba tiba uncle Elzer mood swing hari ni, mati aku!" Kata Evan dengan muka yang berkerut kerut. Betul apa, uncle Elzer tu, kalau mood dia tengah swing, eeee mati kau!
"Kau nak takut apa? King Elzer makan nasi, bukan makan orang!"
"Aku tahulah dia tu makan nasi!! Tapi bila orang tua tu marah, bukan setakat nasi dia makan, hantu, jembalang pun dia makan!!" Dengan kalutnya Evan berkata.
"Mengarut la kau! Tu la kau! Yang kau pergi buat onar kat persidangan menteri menteri tu kenapa? Sendiri buat, sendiri tanggung laa, syiel!" Sumpah Vince dengan perasaan marah.
"Wei, kita kawan dah lama kan?"
"Tak. Aku tak kenal pun siapa kau." Balas Vince dengan drastiknya. Dia memeluk tubuhnya sambil menyandar pada pintu masuk bilik king Elzer. Membuang pandang kearah seekor burung nuri ysng sedang hinggap di koridor istana.
"Sa-sanggup kau. Vince please laaa.... at least kau masuk je. Tak nak cakap apa apa pun aku tak kesah." Kata Evan dengan nada yang kedengaran seperti merayu. Siap buat muka sedih lagi.
Pun begitu, Vince hanya buat buat tak dengar. Malas dia nak melayan!! Makin dilayan, makin mengada!
"Ooo...takpe, takpe, kau tak nak tolong aku kan? Kau tengok lah. Nanti aku tak nak tolong kau! Lepas ni aku nak terus balik kingdom aku." Ugut Evan. Dramanya tadi sudah hilang entah kemana digantikan dengan ugutan pula. Nampaknya sesi memujuk sudah bertukar kepada sesi ugutan.
"Macam la aku perlukan sangat pertolongan kau." Kata Vince. Kau ingat aku hadap? Heh, setakat ugutan macam tu, aku tak goyah laa....
"Chenda? (Really?) "
"Err..."
"Betul ke kau tak perlukan pertolongan aku....?" Soal Evan lagi. Sengaja dia berbuat demikian supaya Vince berasa serba salah. Alaaa... macam laa dia tak tahu yang Vince tu memang perlukan pertolongan dia. Kalau tak, takkan Vince sanggup pergi sampai ke pergunungan Rosemary untuk mencarinya.
"Kau ni kan! Kalau tak menyusahkan aku memang tak boleh kan!?" Bentak Vince. Eiii...ada je helah yang si Evan ni gunakan untuk memperdayakan dia. Mendukuse (what a pain!)
"Jadi, kau nak tolong ke tak?"
"Huh! Fine. Tapi aku masuk je! Jangan harap aku nak back up kau!"
"Ye la... memang aku suruh kau masuk je. Aku tak suruh pun kau back up aku."
"Kalau kau tiba tiba mintak aku back up kau, aku sepak kau depan King Elzer terus!" Ugut Vince dengan pandangan yang tajam.
"Hehe.... OK! Cun, tapi kau masuk dulu."
"Aku pulak?"
"Yela kau masuk dulu baru aku boleh masuk." Pinta Evan. Fia takut nak bersemuka dengan King Elzer sebenarnya. Walaupun dia dah kenal uncle Elzer tu dah lama, dia masih lagi takut dengan uncle Elzer tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
RISE OF ANGEL [DISCONTINUE]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...