BAB 44

255 20 4
                                    

     "Kita dah masuk perangkap!!" Laung Vince.

Evan yang perasan akan kehadiran anak panah itu terus menunduk manakala Oceana hanya kaku ditempatnya. Kalau dia mati harini, dia harap, semua orang yang dia pernah kenal akan maafkan dia.

Omo! Ottokhae!!

Dia memejamkan matanya.

Vince yang perasan tentang Oceana yang masih berdiri kaku itu segera memeluk Oceana.

3
2
1

Eh? Tak sakit pun. Takkan dia dah dekat kayangan kot.

Oceana membuka matanya. Benda pertama yang dilihatnya ialah mata. Yup, mata Vince. Oceana tidak dapat memproses tentang apa yang terjadi kepadanya. Dia merenung mata Vince. Lama.

Memang tak dinafikan, mata Vince memang cantik. Ditambah lagi dengan cahaya lampu yang agak malap itu, seperti berada di bawah bulan.

Tiba tiba, Vince memuntahkan banyak darah

Oceana yang terkejut segera menolak Vince.

Bukk

Vince jatuh ke lantai. Darahnya keluar membuak buak dari bahagian belakang. Sewaktu menyelamatkan Oceana tadi, dia tidak sempat untuk mengeluarkan kuasanya bagi membuat perintang lalu terkena beberapa panahan anak panah di belakangnya.

    "Arhhhh...." dia mengerang kesakitan. 'Perit betul! Kalau Oceana yang terkena tadi, mesti dia mati terus, kan?' Sempat lagi dia bermonolog tentang Oceana. Dia tersenyum. Nasib baik bukan Oceana yang kena.

Oceana yang terkejut terus menutup mulutnya dengan tangan.

'Vince, selamatkan dia ke?' Dia mengundur setapak demi setapak.

Tak! Tak mungkin Vince selamatkan dia! Kenapa? Kenapa Vince mesti selamatkan dia? Boleh je Vince tak tahan anak panah tu. Tapi....kenapa?

Lutut Oceana terasa longlai. Dia terus jatuh ke lantai. Melihat keadaan Vince seperti itu, buat dia terasa lebih sakit. Sakit yang dia sendiri tak boleh nak ungkap. Atau lebih tepat lagi, sakit kerana takut kehilangan. Dan rasa sakit itu menjalar keseluruh dadanya.

Dia memegang dadanya, jantungnya berdegup dengan kencang. Kenapa dengan dia? Dia nak sangat pergi dekat Vince. Tapi...tak boleh.

Vince memuntahkan lebih banyak darah. Dia dapat lihat Oceana yang berada di hadapannya sedang memegang dada sambil melihat kearah nya dengan muka yang suram.

Vince tersenyum kearah Oceana. Senyuman paling manis, mungkin.

Mata Oceana mulai berkaca. Sedih dengan keadaan Vince sekarang.

Evan berpaling kearah Vince

    "Weyh, rasanya dah tak..." percakapannya terhenti disitu

    "Kau kenapa?" Evan menyoal dengan gelabah. Dia memangku kepala Vince diatas ribanya. Dia juga dapat lihat Oceana sedang memeluk kakinya dengan mata yang berkaca tidak jauh dari mereka.

    "Kau tak apa apa?" Soal Evan kepada Oceana.

Oceana menganggukkan kepalanya.

    "Kau, cepat tolong aku!" Kata Evan lagi.

Lambat lambat Oceana menuju kearah Evan dan Vince.

    "Cepat!" Jerkah Evan

Oceana mengesat air matanya yang keluar dari tubir matanya. Cepat cepat dia merangkak kearah mereka berdua.

    "Kau pangku kepala Vince." Arah Evan.

Cepat cepat Oceana mendapatkan Vince daripada Evan. Evan pula bergerak kebahagian belakang Vince dimana terdapat 3 tusukan anak panah berada.

RISE OF ANGEL [DISCONTINUE]Where stories live. Discover now