BAB 48

152 20 10
                                    

The tale of Nine Fox tailed

Gumiho

Pada berabad yang lalu, Gumiho mula wujud dalam kalangan manusia kuno. Gumiho atau musang berekor sembilan merupakan makhluk yang kejam dan ganas. Mereka akan menggoda manusia dan membunuh manusia untuk mendapatkan hati.

     "Jadi, diorang nak suruh kita selesaikan misteri laa ni?" Soal Oceana. Kertas putih yang mengandungi maklumat tentang gumiho itu dilipat kecil kecil. Dia membentuk origami burung menggunakan kertas itu.

     "Serius lah?!Dah laa bagi maklumat yang aku sendiri dah tahu!" Sambung Oceana lagi. Dia berpaling menghadap Evan yang tengah bermain dengan alat tulis yang berada diatas meja belajar.

Evan mempamerkan riak muka bingung. Dia menulis sesuatu didalam buku itu. Oceana segera merampas buku tersebut dari Evan.

    "Bak sini." Katanya. Dia menyelak helaian depan dengan kasar.

    "Bagi balik! Kau tak faham pun!" Marah Evan. Dah dah laa main main macam ni, dia dah bosan laa... Dah laa si Vince tu belum jumpa lagi. Oceana pulak lansung tak membantu dia. Tambah masalah adalah.

    "Aikk.. Asal kosong?" Tanya Oceana. Dia menyelak helaian seterusnya. Kosong lagi, dia menyelak lagi. Tetapi kosong setiap helaian kertas dalam buku itu kosong. Hanya sekadar kertas putih yang tampak baru tanpa diconteng.

    "Kan aku dah cakap, kau tak faham punya." Nyata Evan. Dia merampas kembali buku tersebut dari tangan Oceana dengan kasar.

Evan mendengus lalu membuka helaian tengah buku. Mulut Evan terkumat kamit umpama membaca mentera.

Selesai sahaja dia membaca mentera tersebut, satu lukisan mula terukir di tengah tengah kertas. Gambar seorang lelaki dengan 9 ekor sedang berdiri dihadapan singgahsana sambil memegang sebatang cokmar di sebelah kiri tangannya. Tangan kanannya pula memegang sebuah artifak yang bercahaya merah. Hasil daripada sinaran batu ruby yang dihiaskan diatas artifak tersebut.

Artifak itu berbentuk seakan akan teko dengan hiasan naga di pemegangnya. Di tepinya, seorang wanita yang sangat cantik sedang berdiri sambil tersenyum manis. Dia kelihatan anggun dengan baju berwarna merah emas yang bertatahkan batu permata sebagai hiasan di dada bajunya.

     "Apa ni?" Soal Oceana. Dia mempamerkan riak wajah teruja. Yea la kan, lukisan ni cantik. Lagipun nak tengok kena cast a spell dulu. Kalau tak nampak kertas kosong je.

    "Ni klu, tapi aku tak faham laa. Apa yang nak ditunjukkan dari klu ni? Gambar ni aku faham laa, raja ngan permaisuri. Yang lain, aku blur. Satu mesej pun aku tak faham." Balas Evan.

   "Bukan ke kau ni bijak?" Soal Oceana dengan nada perlian.

Evan menggelengkan kepalanya. Menidakkan kenyataan Oceana. Dia tahu, Oceana nak pedajal dia.

   "Aku hanya seorang putera terbuang dari negara besar." Evan memberi kenyataan palsu. Dia membuat muka sedih.

    "Kau nak mati ke?" Soal Oceana.

    "Tak."

    "Kan bagus kalau kau mati."

    "Aku tahuu..." Dengan selambanya Evan menjawab. Manakala Oceana sudah tersengih mendengar jawapan Evan.

     "Eh! Kau merepek apa sial?" Kata Evan dengan nada terkejut apabila dia tersedar yang dia sudah tersalah jawab soalan Oceana tadi.

Kreakkk

Oceana dan Evan sama sama memandang pintu. Muncul seorang wanita cantik dengan memegang seekor rubah berwarna oren putih di dalam dakapannya.

Evan dan Oceana sama sama terkesima. 'Cantik nya dia.' Fikir mereka. Dan kedua duanya mempamerkan reaksi kagum.

RISE OF ANGEL [DISCONTINUE]Where stories live. Discover now