Kok kok kok
Oceana mengetuk pintu bilik Vince yang entah keberapa kali dah. Namun, tak juga dibuka oleh Vince.
"Woi! Vinceee bukak laa pintu ni! Woi! Aku pecahkan jugak pintu kau ni! Yaaaaa.... Open the door, oh SH*T!" Kata Oceana dia menendang pintu bilik Vince dengan kuat tapi tak pecah pecah.
'Dah kenapa laa dengan Vince tu? Susah sangat ke nak buka pintu? Macam laaa dia kena baham dengan harimau kalau tak buka pintu tu. Menyusahkan betul! Aku ni dah laa bosan. Vince pula buat hal! Baik aku cari Evan.' Getus Oceana. Dia pergi ke bilik Evan pula.
'Mungkin Evan tak sibuk kot.' Fikirnya. Sampai sahaja dihadapan bilik Evan, dia mula mengetuk pintu.
Kok kok kok
Sunyi sepi. Tak orang ke?
Kok kok kok
"Evannn Oooo Evannnnn."
Dia mengetuk dengan lebih kuat.
1 saat
2 saat
.
.
.Arhhhhh....
Mana semua orang ni!? Bosan betul!
Oceana berjalan menuruni tangga yang berada tidak jauh dari bilik Evan.
Dia terpandangkan seorang perempuan yang bertelingakan kucing dan mempunyai ekor sedang menyapu lantai di ruang tamu utama istana. 'Bukan ke perempuan ni yang marah aku hari tu. Masa aku main monopoli dengan Vince.' Fikir Oceana. Dia terus berjalan kearah perempuan itu.
Perempuan itu nampaknya sibuk dengan kerjanya sehingga tidak perasan akan kehadiran Oceana.
"Err... hi." Sapa Oceana dihadapannya dengan tiba tiba.
Perempuan tersebut berhenti menyapu dan memandang kearah Oceana dengan pandangan kosong.
"Hi." Jawab nya sepatah lalu meneruskan kerjanya.
'Errr...awkward gila rasa.
"Saya Oceana." Oceana menghulurkan tangannya kepada perempuan itu.
Perempuan itu berhenti menyapu dan menyambut huluran Oceana dengan senyuman mesra
"Ivy Adara." Katanya dengan senyuman manis.
Oceana terpana. 'Cantiknya dia' fikirnya.
"Awak ni... jenis duyung jugak ke? Kenapa awak ada telinga dengan ekor? Macam kucing." Soal Oceana bertubi tubi. Biasalah kannn, dah dia teringin sangat nak tahu. Tu yang dia tanya tu. Kalau tak, dia memang takkan buang tenaga untuk tanya. Haha hah haha...
"Actually, I'm fairy, a catfairy." Katanya.
"Hah?" Soal Oceana yang tidak faham tentang penjelasan Ivy.
"Macam ni" Ivy menarik tangan Oceana untuk di atas sofa yang berada berdekatan dengan mereka.
Selepas duduk diatas sofa itu, Oceana memfokuskan dirinya terhadap Ivy.
"Dekat Alam Pari Pari ada tiga jenis fairy. First, fairy jenis biasa. Mereka mempunyai tubuh badan seperti manusia. Kuasa mereka juga lebih kuat berbanding dengan fairy lain. Selalunya, mereka dapat menguasai lebih daripada 3 elemen tapi, ada jugak laa fairy yang lemah dan dapat menguasai 1 atau 2 elemen sahaja dan mereka selalu ditindas kerana dianggap lemah.
Kitaran hidup fairy ni lebih kurang sàma dengan manusia. Fairy ni boleh hidup sehingga 500 tahun namun, bagi royalties, hidup mereka mampu mencecah sehingga 1000 tahun.
![](https://img.wattpad.com/cover/156399329-288-k728894.jpg)
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [DISCONTINUE]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...