Alam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I.
Beberapa ratus tahun selepas...
"So, ape yang penting sekarang ni?" Oceana memandang Evan yang bersandar pada dinding dengan
tangannya disilang di dada.
"Apa yang aku faham sekarang ni annn, kita dah terperangkap kat dalam buku yang makcik gumiho tu pegang tadi."
BUKKK
Vince memukul kepala Evan dari belakang. "Aku pun faham laa bebal!!! Cepuk kang!" Kata Vince
"Kau dah cepuk pun... Tak yah nak acah cepuk laa..." Tegur Oceana dengan muka batu. Ikatan rambut nya yang tercabut diikat kembali dengan menggunakan beberapa utas reben yang dia jumpa kat pintu masuk pekan tadi. Dah takde orang kutip, dia rembat arr... Sape suruh tinggal merata rata tempat. Hehehe....
"Diam lah kau!" Marah Vince. Epal hijau yang dirembat kat kedai buah digigit dengan kasar. Oceana memandang Vince atas bawah.' Ceh, menyempat mamat ni curi epal tadi.' Oceana mencebik.
Tangan dilipat kedada, matanya fokus memandang seekor binatang yang putih berbulu gebu seperti musang dan mempunyai garisan lekuk merah seperti tanda kedewaan diatas kepalanya. Terdapat juga tanda merah pada hujung kedua dua belah matanya. Dia dapat lihat dengan jelas yang haiwan tersebut berlari disepanjang lorong gerai buah buahan dengan gembira sambil mengejar rama rama biru.
Telinga nya ditindik dan digantung dengan loceng dan batu jed berbentuk bulat. 'Musang?' Getus Oceana. Musang tersebut berhenti mengejar rama rama. Dia memandang tepat kearah Oceana dengan pandangan manja. Oceana terpegun.
'Cantiknya.' Dia mengukir senyuman tipis. Matanya lansung tak lekang dari musang tersebut. Perlahan lahan musang itu berjalan kearah Oceana. Setiap kali musang tersebut melangkah, ia mengeluarkan cahaya biru dikakinya.
Oceana berasa teruja dengan kejadian tersebut. Semakin lama Oceana mengamati haiwan tersebut, dia semakin tenggelam.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dia diibaratkan disihir.
Dengan tiba tiba, persekitaran yang Oceana lihat telah berubah. Disaat musang itu makin mendekat, ia membawa sebuah hutan yang sangat cantik. Mata Oceana perlahan lahan bertukar merah.
Musang tersebut berhenti beberapa meter jauh darinya. Persekitaran yang dia lihat sekarang ini betul betul dah berubah Kalau tadi dia berada ditengah tengah kota yang dikelilingi dengan lorong berselirat, kini sekarang dia seumpama berada dihutan yang sangat cantik.
Pokok pokok besar yang ditumbuhi dengan cendawan yang adakala nya bercahaya menyebabkan hutan tersebut sama sekali tidak suram malah lebih indah. Rumput rumput pula mengeluarkan cahaya kebiruan dan terdapat sekumpulan kunang kunang kecil berterbangan mengelilinginya.
Oceana berpusing pusing dan berlari anak memasuki hutan tersebut. Dia cuba mengejar musang yang dilihatnya namun semakin lama dia mengejar, semakin menjauh musang itu berada. Walhal musang tersebut sama sekali tidak bergerak. Dia mengalah