36

40 6 1
                                    

Taman bunga-

Jimin-

Aku memerhati pemandangan yang sangat indah di kawasan taman bunga ini. Aku saja pergi sini sebelum balik rumah sebab aku rindukan Hyeri. Bila aku tengok bunga-bunga yang mekar cantik dekat taman bunga ni boleh buat aku rasa tenang. Sebab Hyeri pernah bagitahu aku yang dia suka tempat ni masa kami keluar temu janji dulu.

Aku menyeka air mata yang jatuh pada wajah aku, "I miss you, Kim Hyeri..bilalah kau boleh kembali pada aku?" aku berkata sendirian.

"Sekarang, Park Jimin.."

Aku tersentak, suara siapa yang aku dengar tu? Suara Hyeri? Takkanlah kot, aku mimpi ke? Aku memusingkan badan melihat ke belakang aku, mata aku jatuh pada susuk tubuh yang sangat aku kenali. Lebih tepat lagi seorang yang sangat aku rindui.

Kim Hyeri.

"Hyeri.." belum sempat aku berbuat apa-apa, Hyeri terlebih dahulu memeluk tubuh aku. Aku terkejut, "Hyeri..apa kau buat dekat sini?" aku bertanya. "Cari awaklah!!" jawab Hyeri.

"Cari aku? Kenapa?" aku masih bingung.

Hyeri mengangkat wajahnya untuk memandang aku, "yah, pabo! Saya rindukan awaklah sebab tu saya cari awak!" marah Hyeri.

"Tapi, bukan kau marahkan aku ke?" soal aku.

Lah, beballah Park Jimin ni, dah Hyeri kata dia rindu nak ungkit benda menyakitkan hati tu lagi dah kenapa??

"Jennie dah jelaskan semuanya pada saya, awak tak salah langsung, saya minta maaf Jimin, salah saya sebab tak percayakan awak" tangis Hyeri. Dia membenamkan wajahnya pada dada aku sambil menangis teresak-esak.

Aku menguntum senyum, "Hyeri..kau tak salah dan aku bersyukur sebab kau dah tahu kebenarannya, sekarang kau tahu kan betapa dalamnya cinta aku pada kau?" aku berkata sambil membalas pelukan Hyeri dengan lebih erat. "Tahu..saya tahu sangat dan saya pun nak awak tahu yang saya sangat-sangat cintakan awak, saya dah taknak hilang awak, Jimin..awak segalanya untuk saya" Hyeri meluahkan perasaannya.

Aku melonggarkan pelukan aku dengan Hyeri, aku memandang wajah cantik tersebut, "betul kau cintakan aku?" soal aku lembut pada Hyeri sambil mengelus rambutnya. Hyeri mengangguk laju, "berapa banyak kau cintakan aku?" soal aku, sengaja mengusik Hyeri. Hyeri mendepakan tangannya dengan luas, "banyak ni! Banyak sangat!" balas Hyeri. Aku mengangguk, "malangnya aku tak cintakan kau sebanyak tu" aku berkata.

Berubah terus riak wajah Hyeri, "apa maksud awak?" soal dia. Aku menguntum senyum manis, "cinta aku pada kau terlalu banyak sampai luasnya lautan dan langit pun takkan boleh lawan, sebesar itu cinta aku pada kau" aku menjelaskan pada Hyeri. "Yah, Park Jimin! Awak buat saya nak menangis lagi!" Hyeri berkata.

"Boleh kau datang dekat sikit dengan aku?" aku berkata pada Hyeri.

"Boleh, kenapa-" belum sempat Hyeri melangkah dekat dengan aku, aku terlebih dahulu menarik dia pada aku dan mencium bibirnya. "Jimin-" Hyeri mencari nafas, aku berhenti menciumnya, "kau tahu aku sayang kau sangat-sangat kan?" tanya aku pada Hyeri. Dia mengangguk, "tahu" dia menjawab dan kali ini Hyeri pula yang menarik aku dekat pada dirinya.

"Ehem! Ehem!!"

Siapa pulak kacau daun ni!!

Aku berhenti mencium Hyeri dan mencari suara yang mengganggu kami berdua.

"Namjoon?" aku bertanya terkejut.

"Ha'ah, akulah..tolonglah hormat sikit orang single, takyah lah beriya sangat depan aku" usik Namjoon. 

Hyeri ketawa kecil, "saya tinggalkan awak berdua kejap, nanti saya datang balik lepas saya tengok bunga-bunga tu" Hyeri memaklumkan pada kami berdua.

"Bro" Namjoon memanggil aku selepas Hyeri pergi.

"Apa dia?"

"Aku minta maaf sebab layan kau teruk sangat semenjak ni" ujar Namjoon.

"Takpe bro, aku faham kau buat tu untuk lindungi Hyeri, thanks sebab ada dengan dia waktu aku tak dapat ada di sisi dia" balas aku.

"No problem, bro, Hyeri tu dah macam adik aku dah"

"Adik? Bukan kau kata kau nak cuba pikat hati dia ke?" soal aku.

Namjoon ketawa besar, "takdelah! Aku gurau aje masa tu sebab aku geram dengan kau, tapi bila aku dah tahu benda betul, aku minta maaflah, lagipun aku tengah usaha pikat Lia" jawapan Namjoon buat aku terkejut.

"Kau nak pikat Lia? Kawan Hyeri tu?" soal aku.

"Yup! Aku sedar sesuatu tentang Lia yang buat aku mampu lupakan Hyeri, mungkin macam itulah kau rasa bila kau dengan Hyeri kan?" Namjoon bertanya.

Aku menepuk bahu Namjoon, "goodluck bro! Aku sokong kau!" ujar aku.

"Aku balik dululah Jimin, apa-apa nanti just roger okay?" Namjoon meminta diri dan aku mengangguk.

Selepas Namjoon pergi aku terus mendekati Hyeri yang sedang membelek bunga di taman bunga tersebut.

Hyeri-

"Hrmm wanginya bunga ni" aku memuji bau wangi bunga ros yang terdapat di taman bunga tersebut. Tiba-tiba aku rasa tubuh aku dipeluk dari belakang, elok tadi baru saja hidu haruman bunga ros tiba-tiba aku dapat hidu bau minyak wangi yang dipakai Jimin.

Kuat sangat.

Wangi sangat.

Dan,

Seksi sangat!

"Hey, princess" Jimin meletakkan kepalanya di atas bahu aku sambil memeluk aku lebih erat. Aku mengemaskan pelukan Jimin dan memegang tangannya.

"Jangan lepas boleh tak? Stay aje peluk saya macam ni" aku meminta.

Jimin ketawa kecil, "kenapa? Kau suka?" soal dia.

"Suka, suka sangat" jawab aku.

"Kalau macam ni?" Jimin mencium pipi aku dengan pantas.

Aku dapat rasa pipi aku merona merah, "pun suka jugak" balas aku jujur.

Jimin melepaskan pelukan dari belakang dan melangkah untuk berdepan dengan aku. Dia mencium aku sekali lagi namun kali ini pada bibir aku, "kalau macam ni?" soal dia sekali lagi.

Haih, cair cik hati!

"Suka sangat-sangat" balas aku, malu-malu.

Jimin ketawa, "nampaknya aku tak boleh cium kau dekat bibir selalu" kata Jimin.

"Kenapa?"

"Sebab nanti muka kau merah sepanjang masa" jawab Jimin dengan sisa tawanya.

Aku mencebik, "mana ada!" jawab aku.

Jimin ketawa lagi namun ketawanya tidak kekal, dia terus menarik aku dekat dengannya. "Kim Hyeri, aku janji aku akan jaga kau, cintakan kau sepenuh hati aku" ujar Jimin.

"Saya pun janji akan cintakan awak dan jaga awak sepenuh hati saya, Park Jimin" balas aku kembali.

"Saranghae, Kim Hyeri"

"Nado saranghae, Park Jimin"

-THE END-

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Huwaaaa!! Tamat dah cerita cinta Hyeri dengan Jimin ni! Setelah waktu yang sangat lama cerita ni terbiar dalam work aku akhirnya tamat jugak😭 Thanks korang yang setia membaca dan menyokong story aku yang tak seberapa ni. Walaupun kadang-kadang jalan cerita ni merepek entah ke mana tapi korang layankan aje, nah, terimalah love ni❤️💕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 31, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now