19

83 24 38
                                    

Sekolah Tinggi Seulli-

Kim Hyeri-

"Morning, JiHyo! Lia!" aku yang baru saja sampai ke sekolah mendekati JiHyo dan Lia yang sedang sibuk menyiapkan kerja rumah mereka bersama.

"Hyeri, wah! Nasib baik kau datang awal, kau dah siap latihan Kimia yang cikgu JongSuk bagi semalam tak?" Lia bertanya pada aku.

"Of courselah dah..ni Kim Hyeri okay, kenapa? Nak pinjam? Ahh, ambik dalam beg aku ni" aku menghulurkan beg sekolah aku pada Lia dan JiHyo.

Berseri-seri wajah dua minah ni bila dapat greenlight untuk copy kerja rumah aku.

"Wah, thank you, Hyeri! Kaulah penyelamat kitaorang! Kitaorang siyes takleh brain macam mana nak jawab topik ni..susah sangat, macam mana kau boleh faham?" JiHyo bertanya.

Aku menguntum senyum, "well..adalah bidadara yang tolong aku semalam, dah korang buat kerja tu cepat, kang cikgu JongSuk tahu korang tak siap lagi, mengamuk dia nanti" tegur aku pada JiHyo dan Lia.

Automatik dua orang kawan aku itu menyalin jawapan daripada latihan aku yang sudah sempurna dengan jawapan yang aku yakin betul seratus peratus. Jimin yang ajar, mestilah betul semua!

Aku melilaukan mata untuk mencari Jimin yang masih belum tiba di sekolah, aku text dia pagi tadi nak ajak jalan sama-sama pun sampai sekarang dia tak reply.

"Wei, korang, nampak cinta hati aku tak pagi ni?" aku menyoal pada JiHyo dan Lia.

JiHyo berhenti menulis, "hrmm..rasanya tak, sebab pagi ni aku tak dengar lagi suara perempuan-perempuan menjerit panggil nama Jimin" jawab JiHyo.

Aku mengerutkan dahi, "aikk..mana dia? Jarang Jimin datang sekolah lambat" aku berkata sendiri.

"Apesal? Kau rindu Jimin ek?" Lia mengusik sambil menaik-naikkan keningnya.

Aku menyengih, "ha'ah..erm, korang buatlah dulu kerja rumah ni, aku nak keluar kejap" aku berdiri dari duduk.

"Nak pergi mana?" JiHyo bertanya.

"Nak stalk Jimin dekat kelas dia, kot-kot dah sampai" aku membalas dan keluar dari kelas menuju ke kelas Jimin.

Bila aku sampai saja kelas Jimin, aku senyap-senyap mengintai dekat tepi tingkap kelas Jimin. Harap-haraplah takde orang nampak aku. Huhu..kalau tak, mahu kena kecam?

"Kim Hyeri!"

"Mak!!!"

Melompat aku bila tiba-tiba muncul satu suara daripada belakang aku sambil menepuk bahu aku.

"Woah, relax..Namjoon ni" bila aku pusingkan badan, aku nampak Namjoon tengah pandang aku sambil ketawa.

Aku mengurut dada, "hesy, awak ni! Kot iya pun..bagilah salam dulu! Nasib baik saya tak mati sakit jantung!" aku memarahi Namjoon.

Namjoon menguntum senyum, "hehe..mian, saya kebetulan baru sampai dan nak masuk kelas, tapi..nampak awak dekat sini, saya tegurlah" jelas Namjoon.

Aku mengangguk, "hrmm..iyelah, maaf diterima" balas aku pada Namjoon.

"Err, awak buat apa dekat kelas saya ni? Cari saya ek?" Namjoon menyoal sambil menyengih ke arah aku.

Aku menguntum senyum kelat, erk..mamat ni dah perasan pulak dah!

Nak jawab apa ni?

"Erm..saya tak cari awak sebenarnya, saya cari Jimin, dia ada tak?" jujur aku bertanya.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now