11

89 30 16
                                    

Jimin-

"Mana diorang tiga orang ni? Lama betul beli makanan, tu beli makanan ke buat makanan?" Jin merungut.

Aku mengangguk, "ha'ahlah hyung..lama sangat diorang pergi ni" ujar aku.

"Entah-entah kan..diorang dah kena serbu dengan minah-minah gedik dekat kafe tu?" J-Hope menduga.

"Eh..kalau macam tu biar aku pergi cari dioranglah" aku menawarkan diri dan kemudian aku berdiri dari tempat duduk aku untuk keluar mencari Namjoon, Taehyung dan Jungkook.

Bila aku bukak aje pintu untuk keluar, aku bertembung dengan seseorang. Orang yang aku langsung tak sangka akan masuk dalam bilik ni.

Kim Hyeri-

"Awak masuklah, jangan malu-malu" Namjoon mempelawa aku untuk masuk ke dalam bilik squad elite tersebut.

Aku masih tercegat di hadapan pintu bilik itu, ragu-ragu untuk membuka pintu. Macam-macam yang aku tengah fikir sekarang ni. Macam mana kalau kawan-kawan Jin yang lain tak suka aku? Macam mana kalau abang aku sendiri taknak aku masuk dalam bilik tu? Dan yan paling penting, macam mana kalau Park Jimin halau aku keluar?

Tak ke malu tu?

"Hyeri, awak tunggu apalagi tu?" Taehyung menyoal.

Aku tersedar daripada lamunan, "ahh..okay, saya masuk" aku baru hendak capai tombol pintu namun belum sempat aku membuka pintu bilik tersebut, ia sudah terbuka dari dalam.

Aku angkat wajah untuk melihat siapa yang membuka pintu.

Pandangan aku jatuh pada wajah yang cukup untuk buat jantung aku berhenti berdegup.

"Kim Hyeri?" Jimin yang berada di ambang pintu bertanya terkejut.

Alamak!

Jimin-

Kemunculan Hyeri yang secara tiba-tiba di hadapan bilik ini buat aku tak tentu arah. Apa dia buat dekat sini? Ini bukan tempat dia.

"Eh, Jimin! Nak pergi mana ni?" Namjoon menegur aku yang masih lagi memandang Hyeri dengan pandangan curiga.

"Ahh..tu pun korang! Aku keluar nak cari korang sebenarnya, lambat sangat beli makanan" marah aku pada mereka bertiga.

Namjoon, Taehyung dan Jungkook menyengih, "kitaorang lambat ada sebablah, hyung" Jungkook menjawab.

Lah, sejak bila JK pandai panggil aku hyung?

"Apa minah ni buat dekat sini?" automatik aku bertanya. Biarlah Hyeri rasa yang aku memang tak alu-alukan kehadiran dia dalam bilik ni.

"Aku yang ajak, eh..jomlah masuk! Hyeri, jom! Kita makan!" Namjoon menjawab dan menarik aku untuk masuk ke dalam bilik tersebut kembali.

Author-

Hyeri hanya mengikuti langkah Namjoon dan Jimin untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Sumpah, sakit hati dia bila dengar Jimin tanya soalan pada Namjoon yang seolah-olah tidak mahu dia berada di sini. Dia sedarlah diri dia ni siapa, mana setaraf dengan 7 orang lelaki itu.

"Korang, tengok aku ajak siapa makan dengan kita!" Namjoon berkata teruja sebaik saja memasuki bilik tersebut.

"Ahh, Namjoon! Lama giler beli makanan!" Yoongi merungut.

"Kau bawa siapa makan dengan kita?" J-Hope menyoal.

"Kitaorang ajak Hyeri!" Taehyung menjawab.

"Hah, Hyeri?!" Jin yang sudah hampir putus separuh nyawa akibat kelaparan automatik segar bila mendengar nama adiknya disebut. Dia mencari kelibat Hyeri yang dimaksudkan oleh Taehyung.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now