35

23 7 2
                                    

Jumaat-

Namjoon-

"Okay class, saya rasa ini saja untuk harini, pastikan awak semua siapkan kerja rumah yang saya bagi, Isnin nanti saya nak. Kita jumpa minggu depan, dismiss"

Aku terus kemas barang-barang aku lepas habis kelas terakhir untuk minggu ni. Harini aku nak hantar Hyeri balik so itu yang aku kena cepat, takut nanti lama pulak Hyeri tunggu aku. Kesian dia. Sesekali aku jeling Jimin yang duduk di sebelah aku, dah nak dekat seminggu dah kitaorang tak bertegur. Aku yang taknak cakap dengan dia, Jimin ada aje cuba nak berbaik dengan aku tapi aku tak layan.

Cuba fikir, lepas apa yang dia buat dekat Hyeri, fikir senang ke aku nak maafkan dia?
Yelah, biarpun Hyeri tu bukannya teman wanita aku tapi Hyeri tetap ada tempat yang istimewa dalam hati aku. Mestilah aku marah kalau ada orang sakitkan hati dia.

"Bro, dah nak balik ke? Kita lepak nak tak? Dekat kafe kita selalu pergi tu?" Jimin menegur aku.

Aku menggeleng, "takpelah, aku busy" jawab aku dingin. Aku dengar Jimin melepaskan keluhan, "Namjoon, sampai bila kau taknak layan aku?" Jimin bertanya. Aku memandang tajam ke arah Jimin, "entahlah sampai bila, mungkin sampai kau buktikan dekat aku yang kau memang tak bersalah, kau boleh buat macam tu?" soal aku. Namun, Jimin hanya diam tidak menjawab.

Aku ketawa sinis, "tengok tu, kau diam maksudnya kau memang salah. Aku kena hantar Hyeri balik rumah ni, aku cakap dekat kau ni bukan sebab aku nak minta izin dekat kau tapi aku nak bagitahu dekat kau yang aku tengah cuba nak pikat hati Hyeri. Biar dia dapat lelaki yang hargai cinta dia macam aku, bukan lelaki yang buang dia, macam kau" sinis aku menyindir Jimin.

Aku dapat lihat riak wajah Jimin berubah, aku tahu dia marah tapi ini sajalah cara yang dapat aku buat untuk buat Jimin rasa bersalah dan menyesal sebab dia dah sakitkan hati Hyeri. "Namjoon.." Jimin memanggil. Aku berhenti, "apa?" sahut aku. "Aku tak kesahlah kau nak percaya atau tak tapi aku tak pernah buang Hyeri dalam hidup aku, dia segalanya untuk aku" ujar Jimin.

Aku mendekati Jimin dan membisikkan sesuatu pada telinganya, "dah terlambat dah bro, kau dah pun hilang Hyeri" aku terus berlalu meninggalkan Jimin.

Hyeri-

"Mana Namjoon ni, naik bosan dah aku tunggu dia," aku membebel sendirian sambil menunggu Namjoon di kafe sekolah. Hari ni aku balik ikut Namjoon sebab dia yang beriya sangat nak ajak aku balik sekali dengan dia. Nak tolak serba salah pulak, orang dah pelawa cara baik takkan nak tolak kan? Terima sajalah.

"Hyeri.." sambil aku menunggu tiba-tiba ada satu suara menegur aku dari belakang. Aku menoleh dan melihat Jennie yang sedang memegang dua gelas besar air bersamanya. Aku rasa tak sedap hati, apalagilah minah ni nak daripada aku? Tak cukup ke dia dah rosakkan hubungan aku dengan Jimin?

"Ermhh Jennie, nak duduk ya? Hah, duduklah, saya gerak dulu," aku mencari alasan untuk pergi. Bodoh jugakla alasan aku, yelah, meja dekat kafe ni bukan main banyak lagi yang kosong, takkanlah Jennie nak duduk tempat aku jugak?

"Hyeri, sekejap..duduklah dulu, I ada benda nak cakap dengan you" ujar Jennie. Aku tidak jadi bergerak dan terus mempelawa Jennie duduk di hadapan aku, "duduklah," aku berkata. Jennie duduk dan kemudiannya menghulurkan salah satu air yang ada pada tangannya kepada aku. "Minumlah, I belikan jus buah untuk you, I tak tahu you suka jus apa so I belikan jus carrot susu, that's my favorite, you should try" ujar Jennie sambil menguntum senyum.

Aku hampir ternganga, biar betul ni Jennie Kim? Ada hantu ke rasuk dia sampai baik nak mampus dengan aku? Ke- dia ada letak racun dalam air ni, sebab tu bahagia sangat nak bagi aku minum. Aku mengecilkan anak mata memandang Jennie, "Jennie, awak ada terhantuk dekat mana-mana ke sampai baik sangat dengan saya?" aku menyoal.

Aku dengar Jennie ketawa kecil, "takdelah..I just nak jelaskan sesuatu dekat you and one more thing, don't worry, I takde letak apa-apa dalam air ni, it's drinkable" kata Jennie. Woahh, dia baca fikiran aku ke? Macam mana dia tahu aku fikir dia letak racun dalam air ni? Aku kemudiannya mengangguk dan mencapai air tersebut, yelah orang dah belanja jangan tolak. Lagipun aku memang suka jus carrot susu ni, sama pulak taste aku dengan Jennie.

Ha'ah Hyeri, sama sangat sampai taste lelaki yang kitaorang suka pun sama!

"Awak nak cakap apa dekat saya?"

Jennie melepaskan keluhan, "Hyeri, I'm sorry"  kata Jennie.

"Untuk apa? Awak ada buat salah dekat saya ke?"

"I yang hantar gambar Jimin dengan I dekat hotel malam tu,"

Pengakuan Jennie buat aku terkedu. "Jadi betullah awak dengan Jimin tidur sama-sama dekat hotel tu?" aku menyoal, sakit hati aku bila aku terpaksa ucapkan ayat tersebut. Jennie mengangguk, "tapi Hyeri..itu bukan salah Jimin" jawab Jennie.

Aku mengangkat kening, "maksud awak?"

"Jimin tak tahu langsung pasal benda yang jadi malam tu, I yang rancang semua benda tu, I panggil Jimin pergi hotel and then I letak ubat todur dalam air yang I bagi dia minum. Malam tu, Jimin pengsan and I ambil kesempatan untuk buat macam Jimin tidur sekatil dengan I"  jelas Jennie.

"Tapi sama saja Jennie, Jimin dah pun buat salah dan kitaorang dah takde apa-apa hubungan" aku masih pertahankan ego aku untuk tidak memaafkan Jimin.

"Hyeri, Jimin setia pada you, even masa I peluk dia dalam keadaan dia tak sedarkan diri, dia still sebut nama you, bayangkan orang yang dia peluk ialah you, cinta Jimin pada you terlalu kuat, Hyeri..sampai I buat banyak benda untuk putuskan hubungan korang pun, dia tetap tak mengalah. Dia tetap cintakan you dan hanya you saja yang ada dalam hati dia, I sedar Hyeri..I dah buat banyak salah pada you, I  beritahu benda ni pada you sebab I nak tebus kesalahan I. I nal tengok korang berdua bahagia, please, Hyeri..forgive him and accept him back"

Kata-kata Jennie buat aku sebak.

Kejamnya aku pada Jimin.

Aku langsung tak bagi dia peluang untuk jelaskan segalanya. Aku pentingkan ego aku berbanding dia, orang yang aku cinta. Air mata aku mula bergenang, Jennie tarik tangan aku dengan lembut, "cari Jimin and fix your relationship with him, I will be very happy for both of you" Jennie berkata dengan lembut sebelum meninggalkan aku sendirian.

"Hyeri.." aku dengar suara Namjoon memanggil aku. Aku pusingkan badan memandang ke arah Namjoon bersama linangan air mata. "Namjoon, Jimin.." aku tidak dapat meneruskan kata-kata. Namjoon mengangguk, "saya dengar semuanya..kita cari Jimin sekarang ya, awak jangan nangis" pujuk Namjoon.

Skip part cari Jimin dekat kelas and dekat rumah.

"Namjoon..Puan Park kata Jimin tak balik rumah lagi, dah puas dah kita cari dia, call pun tak angkat, mana dia pergi" aku mengadu dengan suara yang lemah. Sekarang ni aku rasa hendak menangis sepuas hati. Aku rindukan Park Jimin, rindu sangat.

"Hyeri, cuba awak ingat balik tempat yang korang pernah pergi sama-sama, kot-kot lah Jimin pergi situ" Namjoon memberi nasihat.

Aku cuba mengingati dan akhirnya aku jumpa satu tempat yang aku yakin Jimin pasti ada di tempat itu.

"Namjoon, jom! Saya rasa saya dah tahu dah Jimin dekat mana" aku menarik Namjoon pantas masuk ke dalam kereta.

Aku perlu kejar cinta aku!

Park Jimin!


[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now