34

25 7 9
                                    

Rumah Hyeri-

Hyeri-

Sampai saja rumah, aku terus pergi mandi dan lepas mandi aku rancang nak siapkan kerja sekolah supaya malam nanti tak payah aku susah-susah nak siapkan. Ada masa, buatlah kan?

Aku capai telefon aku yang berada di atas katil. Niat aku nak chat Jihyo dengan Lia terbatal bila aku nampak notification dekat whatsapp aku.

'One new message from Mr Perfect Hyeri❤️🌹'

Aku gulingkan anak mata, apalagi mamat ni nak? Tak puas ke kena maki dengan aku tadi? Tak puas lagi ke nak sakitkan hati aku? Tak puas lagi nak tengok aku menangis macam orang bodoh disebabkan dia?

Aku buka message tersebut dan baca.

Mr Perfect Hyeri ❤️🌹

"Hyeri, aku janji, aku akan buktikan dekat kau yang aku tak bersalah. Aku akan buktikan dekat kau yang aku cintakan kau lebih daripada segala-galanya, aku akan dapatkan hati kau balik, aku minta maaf sayang. Aku minta maaf sangat-sangat sebab buat kau sedih tapi percayalah cakap aku Hyeri, kasih dan cinta aku dekat kau takkan pernah berubah dan takkan ada orang yang dapat ganti tempat kau dalam hati aku"

Aku menghela nafas selepas membaca pesanan ringkas yang Jimin tinggalkan buat aku. Aku tak balas, takde sebab untuk aku nak balas pun. Kitaorang dah takde apa-apa hubungan. Aku takut dia tipu aku lagi dan aku takut sangat aku dah tak mampu nak hadap dia. Kalau memang takdir aku dengan Jimin tak dapat bersama, aku terima. Kalau Jennie yang terbaik untuk Jimin, aku tumpang bahagia untuk dia.

Rumah Jimin-

Jimin-

Aku baru sampai rumah dan cuba teka apa aku nampak? Aku nampak kereta yang sangat familiar depan rumah aku.

Kereta Jennie Kim.

Aku meneruskan langkah untuk masuk ke dalam rumah. "Eomma, Jimin dah balik" aku berkata apabila aku sampai betul-betul di hadapan pintu rumah. "Eoh, Jimin, ni Jennie datang" Eomma berkata pada aku sambil aku meletakkan kasut di dalam rak kasut. Aku diam, tidak beri respon pada kata-kata eomma aku.

"Oppa, annyeong!" Jennie jalan mendekati aku sambil menyapa aku dengan manja. Aku tayang wajah dingin, "tepi, aku nak lalu" aku berkata kasar. Jennie tidak berputus asa sebaliknya dia cuba untuk mencapai beg aku, "mari Jennie tolong-" belum sempat Jennie habiskan kata-katanya aku sudah memotong.

"Aku kata tepi kan? Tak faham bahasa ke? Nak aku tolak pulak?!" aku meninggikan suara. Jennie kelihatan terkejut, begitu juga dengan eomma yang sedang duduk di ruang tamu sambil memerhatikan kami berdua. Jennie bergegas mendekati eomma aku sambil merangkul lengan eomma aku, "Jimin kenapa ni?" eomma bertanya pada aku.

"Jimin nak naik atas, penat" aku tidak menjawab sebaliknya memaklumkan kepada eomma yang aku hendak masuk ke bilik aku. "Ah, kalau macam tu Jennie teman oppa nak?" Jennie bertanya, aku menghentikan langkah dan memandang tajam ke arah Jennie. "Untuk apa? Nak teman aku masuk bilik lepastu kau nak buat apalagi? Apalagi fitnah yang kau nak sebar dekat Hyeri pasal aku?! Nak pengsankan aku lagi lepastu berlakon tunjuk dekat Hyeri konon aku buat benda tak senonoh dengan kau?! Murah sangat kau ni!" aku mula hilang sabar.

Aku nampak reaksi Jennie berubah, "Jimin, kenapa cakap macam tu dekat Jennie? Eomma tak ajar tau Jimin buat perangai macam ni!" eomma memarahi aku. Aku diam, "dahlah, eomma, kalau Jimin bagitahu pun eomma takkan percaya sebab eomma sayang sangat anak buah eomma tu, Jennie kau pergi baliklah, aku tak kuasa nak tengok kau dekat sini" aku mengarah sebelum perlahan-lahan melangkah menaiki tangga.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now