31

79 17 30
                                    

Rumah Kim Hyeri-

Kim Hyeri-

"Jimin, elok-elok tahu bawa adik aku ni keluar..kau buat benda tak baik dengan dia, aku belasah muka kau" Jin memberi amaran kepada Jimin.

Pagi tadi Jimin tiba-tiba texted aku dan cakap yang dia nak ajak aku dating. Rindu katanya, padahal baru semalam last kami jumpa lepas malam promnite tu.

Tapi, elok jugak dia ajak aku dating sebab aku pun dah rindu gila nak mati dengan dia.

Jimin membalas amaran Jin dengan menepuk bahu Jin lembut. "Jangan risaulah, macam mana kau sayang dia..macam tu juga aku sayang Hyeri, aku tahulah nak jaga adik kesayangan kau ni" balas Jimin.

Jin mengangguk, "hrmm..yelah, dah pergilah dating sana, shuh!" Jin menolak tubuh aku dan Jimin untuk masuk ke dalam kereta milik keluarga Jimin.

Jimin membukakan pintu kereta untuk aku, "please get in, my Lady" ujarnya lembut kepada aku.

Aku membalas dengan senyuman sebelum masuk ke dalam perut kereta tersebut. "Kita nak pergi mana?" aku menyoal sebaik sahaja Jimin masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah aku.

Jimin pandang ke arah aku, "rasa macam nak dating dekat dalam bilik aje, boleh tak?" soalnya nakal.

Aku mencubit bahu Jimin lembut, "eih..awak ni kan! Baru aje tadi awak janji dengan abang saya nak jaga saya elok-elok" kata aku.

"Jagalah tu..kalau dalam bilik aje, senang aku nak jaga kau, aku peluk kuat-kuat sampai kau tak boleh lepas daripada aku" usik Jimin lagi.

"Dahlah, malas nak layan otak byuntae awak tu!" aku memeluk tubuh dan mengelak untuk memandang Jimin.

"Hey, Hyeri~" Jimin memanggil.

"Hrmm?" aku menjawab secara mendatar.

"Pandang aku" arah Jimin.

Aku menggeleng, mata aku halakan pada tingkap kereta.

"Hey, pandang aku" tegas Jimin lagi.

Aku masih tidak memberi sebarang respon. Tiba-tiba Jimin menarik wajah aku lembut menghadap ke arahnya. Sekarang, anak mata aku dengan Jimin bertembung. Jimin mendekatkan wajahnya dengan wajah aku, dia nak cium aku lagi ke?

Aku memejamkan mata dan tiba-tiba aku dengar Jimin membisikkan sesuatu pada aku. "Kata taknak layan otak byuntae aku tapi sekarang kenapa kau pejam mata bila aku dekatkan bibir aku dengan kau?" Jimin ketawa kecil.

Aku mencebik, "ish, Jimin jahat!" aku memukul dada Jimin lembut.

Jimin bergerak sedikit untuk merapatkan tubuhnya dengan aku, "kalau kau nak tahu, I wanted to kiss you so bad tapi tak boleh sebab daripada tadi driver aku duk perhati aje kita bermesra dekat belakang ni..kita tunggu waktu privasi sikit ya, sayang? Janganlah merajuk, hurmm?" Jimin mencuit hidung aku lembut.

Aku mengetap bibir, dia panggil aku sayang?

"Jimin~nak peluk boleh?" aku mengajukan soalan spontan.

Apa?

Tak salah kan nak peluk boyfriend sendiri?

Jimin mengangguk, "boleh..peluklah sampai puas" balasnya.

Aku memeluk tubuh Jimin erat dan aku dapat rasa Jimin membelai rambut aku lembut. Perlahan-lahan aku rasa tenang dengan belaian Jimin yang aku dapat rasakan kasih-sayangnya. Aku tidak sedar bila masa aku terlelap dalam pelukan Jimin.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now