9

94 35 33
                                    

Sekolah Tinggi Seulli-

Kim Hyeri-

"Oi, Hyeri!" aku tersentak daripada lamunan bila dengar suara JiHyo panggil aku.

"Tsk..apa dia Park JiHyo?" aku menyoal.

"Kau dengar tak apa kitaorang cakap ni?" JiHyo bertanya.

Aku mengangkat kening, "hah, cakap? Cakap apa?"

"Seriously, babe? Kau tak dengar? Aku cakap..Jimin dah sampai sekolah dah, baru kejap tadi dia datang dengan abang kau" JiHyo mengulang.

Aku mengangguk, "ohh" hanya itu aje aku mampu jawab.

JiHyo dan Lia berpandangan sesama sendiri, cop! Sebelum aku lupa nak kenalkan dengan korang. Ini dia, JiHyo dan Lia. Dua orang bestfriend sehidup semati aku. Diorang nilah yang selalu jadi radio karat aku tukang penyampai maklumat pasal Jimin. Kalau aku nak tahu Park Jimin dekat mana, tanya aje diorang. Confirm jumpa!

"Babe..kau kenapa? Ada masalah ke?" Lia menyoal.

Aku menggeleng, "taklah..mana ada masalah, aku okay" jawab aku ringkas.

"No, you're not Kim Hyeri! Ini bukan kaulah! Selalunya kalau kitaorang bagitahu kau yang Jimin dah sampai sekolah mesti kau excited tapi hari ni tak pun" jelas JiHyo.

"Hrmm..aku nak excited buat apa? Aku tahulah Jimin datang dengan abang aku..aku jumpa dia pagi tadi" jawab aku jujur.

Lia dan JiHyo tayang wajah teruja, "oh my God, babe! Siyeslah Park Jimin datang rumah kau?!" Lia bertanya, siap tarik tangan aku lagi.

"Eh..eh..iyelah, buat apa aku nak tipu? Yang korang excited sangat ni kenapa? Park Jimin tu crush aku..bukan crush korang" tanya aku.

JiHyo dan Lia menguntum senyum, "sebab Park Jimin tu crush kaulah kitaorang excited! Habistu..dia datang rumah kau dia buat apa?" JiHyo bertanya.

"Dia ajak aku..eh tak, dia ajak abang aku jalan sekali pergi sekolah" cepat-cepat aku betulkan ayat aku yang tersasul. Taknaklah bagitahu diorang yang sebenarnya Jimin datang rumah nak ajak aku jalan pergi sekolah sekali dengan dia. Dua orang minah ni bukannya boleh kawal sangat, baru dengar Jimin datang rumah dah jerit bagai. Belum aku bagitahu perkara sebenar, tak ke bergegar satu sekolah ni?

"Habistu kenapa kau tak join diorang sekali?" Lia menyoal.

Aku menggeleng, "dia tak ajak aku..aku tak ikutlah"

Tidak semena-mena JiHyo memukul lengan aku.

"Auch, sakitlah!" aku mengadu sakit.

"Tahu pun sakit!" JiHyo berkata.

"Apesal kau pukul aku?" aku bertanya hairan.

"Memang patut pun JiHyo pukul kau! Boleh pulak kau lepaskan peluang nak rapat dengan crush kau tu? Kau dah kira untung tahu yang abang kau tu kawan baik Jimin. Kalau tak..takde maknanya kau boleh kenal dengan dia" jelas Lia.

"Hrmmm.." aku tidak menjawab sebaliknya terus mengelamun. Memang betul pun apa yang Lia cakap tu. Aku yang bodoh tak reti nak hargai Park Jimin. Kata cintakan Park Jimin tapi kenapa aku sanggup sakitkan hati dia?

"Babe, tengahari nanti kita lunch sama, nak tak?" JiHyo mengajak. Aku mengangkat kening, "aik, hari ni kau tak lunch dengan Daniel ke?" aku menyoal pada JiHyo. Merujuk kepada namjachingu JiHyo, Kang Daniel. (Author; aku ship diorang jadi mohon jangan kecam)

JiHyo menggeleng menjawab soalan aku, "tak kot..sebab Daniel takde hari ni..dia ada tournament badminton, so aku lunch dengan korang ek?" JiHyo tayang wajah comel.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now