3

137 45 53
                                    

Kim Hyeri-

Sampai saja sekolah, aku terus meluru ke kafe. Aku menuju ke arah meja di bahagian hujung kafe iaitu tempat aku duduk tempoh hari. Mana dia..mana dia? Dah macam orang gila dah aku mencari. Tunduk sana, tunduk sini, tonggeng sana, tonggeng sini. Hasilnya? Tak ada langsung pun buku warna merah jambu dekat meja tu.

"Adeh..sakit pinggang!" aku mengeluh, gila tak sakit pinggang? Penat kot duk tunduk-tunduk semata-mata nak cari buku tu aje!

Haihlah..baby, manalah engkau?

"Buat apa tu?"

"Oh mak kau!"

Alahai, makhluk mana pulak yang tegur aku secara mengejut ni? Habis jatuh terduduk aku dibuatnya!

"Adoi!!" aku mengadu sakit bila punggung aku terhentak pada lantai kafe. Ahh, sudah! Tak cukup sakit pinggang, sekarang sakit punggung pulak?!

"Err..sorry, sakit ke?"

Menyirap darah aku bila dengar soalan yang diajukan oleh suara garau itu. Ewah, ewah! Dah sedap terkejutkan orang sampai jatuh, boleh pulak tanya sakit ke tak?

"Sakit ke tak? Ehh, helo! Awak tu yang tak reti.."

Kata-kata aku terhenti tatkala aku mengangkat wajah untuk melihat gerangan yang membuatkan aku jatuh sebentar tadi.

Gulp!

Aku telan air liur, mulut dah ternganga bila nampak muka lelaki dekat depan aku yang tengah tengok aku dengan pandangan simpati.

Mohon beri bantuan pernafasan sekarang jugak!

Sebab apa?

Sebab lelaki yang tengah berdiri dekat depan aku ni ialah Park Jimin. Crush forever and ever aku!

"Tak reti apa?" Jimin bertanya kepada aku.

"Ahh, takde apa..maksud saya awak yang tak reti nak tolong saya bila dah nampak saya jatuh macam ni" aku pejam mata. Cover malu! Apa kau merepek ni Hyeri?!

Jimin mengangguk, "ouhh..mehlah aku tolong" Jimin kemudiannya menghulurkan tangan kanannya kepada aku. Menawarkan untuk membantu aku berdiri.

"Eh, takpe-takpe..saya gurau aje, saya boleh bangun sendiri" aku tolak tawaran sekali seumur hidup untuk aku pegang tangan crush aku tu. Walaupun Jimin tu crush aku dan aku memang berangan nak pegang tangan dia, tapi..aku rasa sekarang bukan masa yang sesuai.

"Okay, then.." Jimin mengangkat bahu.

"Awak buat apa dekat sini? Hari ni kan cuti sekolah" aku menegur Jimin selepas membersihkan pakaian yang sedikit kotor akibat terjatuh tadi. Tak salah rasanya kalau aku tanya, iyelah..hairan jugak aku bila jumpa Jimin dekat kafe sekolah waktu cuti macam ni. Macam jodoh pulak.

Ceh, berangan lagi!

"Aku practice main gitar tadi"

Aik? Praktis main gitar pun sampai kena pergi sekolah ke? Pelik bin ajaib!

"Practice gitar aje? Rajinnya awak sampai pergi sekolah"

"Waktu cuti, sekolah ni sunyi, takde orang..aku suka datang sekolah setiap hujung minggu untuk practice main gitar, senang fokus" Jimin menjelaskan.

Mulut aku dah buat bentuk 'o'.

Okay, faham.

Tambah lagi satu maklumat baru pasal crush aku ni- dia akan datang sekolah setiap hujung minggu untuk praktis main gitar.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now