30

80 23 49
                                    

Hah, ni sambungan kepada chapter 29 yang saspen tu😂😂enjoy💜
_______________________________________

Kim Hyeri-

Lif berhenti tepat di tingkat 40 hotel tersebut. Pintu lif terbuka, aku ikut langkah Jimin keluar dari lif tersebut.

"Berhenti, dekat sini" Jimin berkata pada aku selepas keluar dari lif. Aku hanya menurut. Aku pun tak tahu apesal aku macam robot, ikut aje apa yang Jimin cakap.

Jimin mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Sehelai kain putih.

"Aku nak kau pakai kain ni dekat mata kau" arahan Jimin buat aku terkedu.

"Un-untuk apa?" soal aku gagap.

Jimin tidak menjawab, "alah..pakai ajelah!" desaknya.

Aku menolak huluran kain tersebut, "taknak! Baik awak bagitahu saya apa awak nak buat dekat saya?! Dahlah tempat ni sunyi semacam!" aku berkata sambil mata aku melilau memerhati segenap ruang tingkat 40 tersebut. Banyak pintu bilik hotel adalah!

Jimin mengangkat dahi, "kau fikir aku nak buat apa?" Jimin menyoal.

"A-awak nak ro-" belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku, Jimin sudah mencekup mulut aku dengan tangannya.

"Wei! Aku tak jahat sangatlah sampai nak buat benda tak senonoh dekat kau! Aku ada nafsu tapi aku masih waraslah!" Jimin menjerit kecil.

Aku mengetap bibir, malu dengan fikiran negatif aku terhadap Jimin.

(Hah! Korang ingat Jimin jahat sangat ke?! Wei, ni bukan fanfic 18+ rileklah!)

Jimin menggeleng, "dah..tutup mata kau cepat!" Jimin menolak badan aku untuk berpusing ke belakang. Kain putih tersebut diikat kemas pada mata aku. Serius tak nampak apa-apa!

"Ikut aku" Jimin berbisik pada telinga aku selepas mengikat tali tersebut.

"Jimin..macam mana saya nak jalan? Saya tak nampak apa-apa" balas aku.

Tiba-tiba dapat aku rasakan pegangan kemas pada tangan aku.

"Just hold my hand and I'll lead you, trust me..Hyeri" kali ini Jimin berbisik lagi cuma dalam nada yang lebih lembut.

Aku telan air liur, rasa nak pecah jantung aku bila dia buat macam tu!

Aku hanya mengikut langkah Jimin yang menarik tangan aku bersamanya. Tidak sampai beberapa minit, Jimin kemudiannya meminta aku untuk berhentikan langkah.

"Okay, Hyeri..kita dah sampai dah" Jimin berkata pada aku.

"Ouh, dah boleh bukak eh kain ni?" aku menyoal.

"Biar aku bukakan" Jimin menjawab dan aku dapat rasa tangan Jimin sedang melonggarkan ikatan kain tersebut dari mata aku.

"Surprise, Kim Hyeri!" Jimin berkata lembut sebaik sahaja ikatan tersebut terbuka.

Aku membuka mata dan aku sangat terkejut bila nampak kejutan yang ada di hadapan mata aku sekarang.

Aku membuka mata dan aku sangat terkejut bila nampak kejutan yang ada di hadapan mata aku sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now