10

85 35 17
                                    

Waktu rehat-

Bilik squad elite-

Author: sebelum korang teruskan membaca, aku nak terangkan maksud bilik squad elite dalam cerita ni. Disebabkan ayah Rap Monster pengarah kepada sekolah tinggi Seulli, ayah dia khaskan satu bilik special untuk anak dia dengan kawan baik anak dia. Kawan baik anak dia tu member BTS lah.

Ada faham?

Kalau tak faham, bukan masalah aku. Aku dah terangkan bulat-bulat dah.

Okay, sambung cerita.

Jimin-

"Wei, korang! Harini driver aku tak dapat hantar makananlah untuk kita..ayah aku nak pakai driver lama sikit harini" Namjoon yang baru saja habis berbual dengan ayahnya melalui telefon bimbit memberitahu.

"Hah?! Habistu kita nak makan apa?" Jungkook menyoal.

"Cepatlah hyung, Tae lapar ni!" Taehyung merungut.

"Hrmm..nak taknak kita kena makan dekat kafe lah hari ni" jawapan Namjoon buatkan kami melopong.

"Hah?! Makan dekat kafe?! Masaklah kita, cabut nyawa pun belum tentu dapat makan dengan tenang" J-Hope berkata.

Aku hanya mengangguk, mengiyakan apa yang J-Hope katakan. Selama ni, kami bertujuh tak pernah makan dekat kafe sekolah. Driver Namjoon yang akan hantarkan makanan untuk kitaorang setiap hari. Kitaorang memang tak suka makan dekat kafe, bukan sombong eh tapi korang tengoklah nanti apa jadi kalau kitaorang masuk kafe sekolah tu.

"Nak buat macam mana? Aku dah kebulur ni" Namjoon menjawab kata-kata J-Hope.

"Hrmm..hyung rasa better kita ikut aje cadangan Namjoon sebab kita semua pun dah lapar, ala..kalau setakat nak beli makanan selama 10 minit dekat kafe bukannya jadi apa-apa dekat kita,  buat lek sudahlah" Jin menyokong cadangan Namjoon.

"Okay, macam nilah..senang cite, kita main osom, 3 orang yang kalah kena pergi beli makanan and kita makan dekat bilik ni aje" Suga memberi cadangan.

"Ahh, cun jugak tu! Kalau kita pergi sekali susah kita nanti" Taehyung menyokong.

"Semua setuju tak dengan cadangan Suga?" Namjoon bertanya.

"Setuju!" hanya 4 orang yang menjawab soalan Namjoon sebaliknya aku hanya berdiam diri.

"Jimin, kau setuju tak?" Namjoon bertanya.

Tiada respon.

"Yah, Park Jimin!" J-Hope memukul bahu aku.

Aku tersentak, "hah, apa? Kenapa?" aku menyoal.

"Aku tanya, kau setuju ke tak dengan cadangan Yoongi nak 3 orang yang kalah osom pergi beli makanan tengahari kita dekat kafe?" Namjoon menyoal sekali lagi.

"Ouhh..okay, okay, setuju" aku menjawab acuh tidak acuh.

"Kau ni kenapa Jimin? Dari tadi aku tengok asyik mengelamun aje..apa hal?" Suga bertanya.

"Itulah, harini Jimin senyap sikitlah, kenapa ek?" Jungkook pula bertanya.

"Dahlah korang, tak payahlah kacau Jimin..dia tengah stress tu sebab gaduh dengan.." belum sempat Jin menghabiskan kata-kata, aku sudah menyampuk.

"Ahh..takde-takde, takde gaduh dengan sape-sape pun, aku okay ajelah, cepatlah osom, kata lapar" balas aku sambil memberi isyarat pada Jin untuk menutup mulutnya. Jin pandang aku dengan pandangan curiga sebelum akur dengan permintaan aku yang meminta dia untuk tidak membongkar sebarang rahsia.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now