20

82 23 35
                                    

Rumah Bakal Suami Hyeri-

(Ceh..takde ahh, aku gurau aje, saja nak bagi Hyeri berangan)

Rumah Park Jimin-

Jimin-

Aku yang baru lepas berhajat (faham-fahamlah) di dalam tandas kini terbaring lemah di atas katil. Masuk kali ni, dah hampir sepuluh kali aku keluar masuk tandas. Perut aku sakit sangat, macam kena cucuk dengan jarum. Aku tertanya-tanya macam mana perempuan tahan sakit bila tengah PMS.

(Okay, lari topik)

Muka aku pucat lesi, macam takde darah dah mengalir dekat muka aku yang kacak lagikan seksi ni. Kudrat untuk bergerak dan berjalan pun hampir hilang. Sakit yang aku tengah hadapi ni betul-betul buat aku lemah.

Semalam lepas makan nasi goreng yang Hyeri masak, aku tak rasa apa-apa tapi bila dah malam masa aku nak tidur, perut aku mula memulas. Dekat tiga kali aku muntahkan semua isi perut aku. Jadi, aku buat keputusan untuk tak pergi sekolah hari ni.

Ya, aku tahu..memanglah salah aku sebab bodoh sangat pergi makan nasi goreng Hyeri tu. Aku sendiri mengaku yang nasi goreng tu tak sedap tapi aku ada sebab sendiri untuk habiskan nasi goreng tu.

"Jimin.." eomma yang tiba-tiba menjengah masuk ke dalam bilik aku menegur aku yang masih bertarung dengan kesakitan (over naw!)

"Wae, eomma?" aku bersuara lemah.

"Kawan-kawan Jimin datang melawat ni" eomma berkata pada aku sambil membuka pintu seluas-luasnya.

Maka, muncullah enam wajah lelaki yang aku memang dah tahu akan datang melawat aku petang ini tapi yang buat aku terkejut, ada lagi sorang pelawat yang turut serta bersama mereka.

Bukan lelaki tapi perempuan.

Kim Hyeri.

"Korang boraklah dengan Jimin dulu ya, auntie sediakan air" eomma berkata.

"Biar Hyeri tolong auntie" Hyeri menawarkan diri.

"Eh, takpelah..Hyeri stay aje dekat atas ni" eomma menolak lembut.

"Takpe auntie..anak dara kenalah tolong siapkan apa yang patut kan? Hyeri jumpa Jimin lepasnilah..biar Jimin borak dengan kawan-kawan dia dulu" balas Hyeri.

"Hrm, okaylah kalau Hyeri rajin nak tolong, meh ikut auntie ye" eomma menarik Hyeri bersamanya turun ke dapur untuk menyediakan air.

"Wei, adikku yang dicintai! Apesal kau lembik dah ni?!" J-Hope merupakan orang pertama yang menyapa aku.

"Aku dah sakit takkan nak main lompat-lompat atas katil, hyung? Memanglah lembik, takde tenaga" jawab aku.

"Beballah Hoseok ni" Suga mengejek.

"Jimin..kau baru lepas keluar tandas ek?" Taehyung menyoal.

Aku mengangguk lemah, "ha'ah..kenapa?" tanya aku.

Taehyung menutup hidung, "padan busuk semacam" jawab Taehyung.

Buntang mata aku, "kurang asam punya member!" aku menghumban bantal aku ke arah Taehyung tapi malangnya tidak terkena tepat pada Taehyung kerana balingan aku yang lemah.

Bantal itu sebaliknya mendarat pada muka Jin hyung, "hesy, nasib baik kau sakit! Kalau tak aku bagi kau makan penumbuk aku!" Jin membebel selepas meletakkan bantal tersebut di atas katil aku kembali.

"Dahlah, jangan kacau Jimin lagi..dia sakit kan" Namjoon menegur.

"Bro, kau okay tak ni?" Namjoon menyoal prihatin.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now