23

76 24 38
                                    

Kim Hyeri-

Keluar sekarang!
Aku ada dekat depan rumah kau
-Mr Perfect Hyeri❤🌹-

Hampir terlepas telefon bimbit aku daripada genggaman. Park Jimin ada dekat depan rumah aku?! Biar betul?!

Buat apa awak dtg rumah saya?
-Hyeri Lawa😇-

Keluar ajelah!
Kalau tak aku jerit nama kau kuat-kuat!
Biar kau malu!
-Mr Perfect Hyeri❤🌹-

Memaksa betul dia nilah!

Sekejap😑
-Hyeri Lawa😇-

Cepat-cepat aku keluar dari bilik tidur aku dan turun ke tingkat bawah untuk bertemu dengan Jimin.

"Awak nak apa?"

Aku menyoal sebaik sahaja aku membuka pintu rumah.

"Taknak ajak aku masuk ke?" Jimin bertanya.

Aku menggeleng, "tak boleh..dekat rumah saya sekarang takde orang, mama dengan papa ada kerja, Jin pulak pergi kelas tambahan jadi secara ringkasnya, awak tak boleh ada dengan saya dalam rumah ni" jelas aku pada Jimin.

Jimin ketawa kecil, "aku tahulah..Jin bagitahu aku masa aku inform dekat dia yang aku nak jumpa kau, aku saja aje nak tengok kau bagi aku masuk ke tak" usik Jimin.

Aku mengetap bibir, "habistu buat apalagi dekat sini? Baliklah!" aku menghalau.

Jimin tayang wajah selamba, "taknak, aku datang ni ada hajat, aku nak bawak kau keluar dengan aku" ujar Jimin.

Aku mengangkat kening, "suka hati aje nak bawa anak dara orang keluar, saya taknak ikut awak" tolak aku.

Jimin senyum sinis, "kau nak ikut aku dan habiskan masa dekat luar rumah  atau kau nak aku tolak kau masuk rumah ni? Kita boleh aje habiskan masa dalam bilik" kata Jimin.

Aku telan air liur, seram jugak mamat ni!

"Yelah..awak tunggu sini kejap, saya nak bersiap, jangan masuk eh!" aku memberi amaran.

"Jangan lama sangat bersiap tu..5 minit cukup! Kalau lebih 5 minit aku terjah bilik kau!" Jimin masih mengusik.

Aku mencebik, "don't you dare!"

Jimin-

"Awak..kita nak pergi mana ni? Jauh sangat ke tempat yang awak nak bawa saya jalan-jalan ni?" Hyeri menyoal.

Aku pandang ke arah Hyeri, "kenapa? Penat dah berjalan?" soal aku kembali.

Hyeri berpeluk tubuh, "mestilah! Lama kot kita jalan, sakit kaki saya" bebel Hyeri.

"Nak aku dukung?" aku menawarkan diri.

Hyeri tersentak, "tiba-tiba rasa macam kaki ni tak sakit dahlah..jom, jalan!" Hyeri cuba mengelak.

[C] JIMIN; CRUSH 눌러 부수다 Where stories live. Discover now