₊˚ˑ༄ؘpjm- 11

339 53 9
                                    

Jangan jadi silent readers

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jangan jadi silent readers .
K majok :)

"Kau ada simpan rasa sayang dekat Aera ke? Bukanlah maksud aku. Kau dah mula cintakan dia?"

Jimin terdiam sejenak. Lidah kelu ingin berbicara. Sesungguhnya, dia sendiri tak tahu dengan perasaan sendiri.

"To be honest, tak. Mungkin , sebab kitaorang baru kenal ? Lagipun , Chim dengan Aera takde hubungan yang istimewa pun . Chim akan cuba terima dia jadi isteri dan cuba untuk cintakan dia . Hyung jangan risau okay ? Chim tahu apa yang Chim buat . "
Balas Jimin .

Seokjin angguk faham . Ini semua persoalan tentang hati dan perasaan . Semuanya kena jujur . Dan Jimin pun masih buntu dengan keputusan sendiri .

" Jimin . Kau masih tak boleh move on dari Ji Eun ke ? Aku takde niat pun nak soal lebih-lebih . Aku cuma tertanya-tanya . "
Seokjin cuba bertanya dengan baik .

Jimin terdiam . Jantungnya berdebar tatkala tangan mengusap tengkuk , buntu .

" Chim . Hhh ."

Dia mengela nafas panjang .

" Siapa je yang boleh lupakan cinta pertama . Kan ? Chim masih mengharapkan dia , hyung ."
Balas Jimin.

Seokjin berdiri .

" Itu semua keputusan kau Chim . Aku cuma orang luar dan takde hak sepenuhnya untuk halang kau . Aku cuma taknak kau tersalah pilih . Ingat , dia lari waktu perkahwinan dia sendiri . Fikirlah . "

Jimin merap rambutnya kebelakang .

" Tapi , aku tau dia mesti ada sebab sendiri . Bila aku jumpa dia . Aku akan berkahwin dengan dia . "

Ji Eun , gadis yang bergelar bekas tunang kepada Jimin . Mereka telah bercinta sejak sekolah menengah , tingkatan 4 .

" Eh , mana Aera ? "

||

Bunyi tv yang mengsiarkan sebuah drama . Suhu ruang tamu tersebut mula dingin . Aera , tidur di atas sofa dengan nyenyak . Alat kawalan jauh berada di tangannya.

Semakin lama . Genggaman pada alat kawalan tv tersebut semakin lemah . Tiba-tiba ia terjatuh dari tangan Aera . Gadis itu terkejut lalu duduk dengan pantas .

Terasa gegaran di pehanya . Telefon bimbit miliknya berdering tanpa mengeluarkan bunyi kerana dia silent tadi . Tidak mahu diganggu .

Aera gosok matanya seraya angkat panggilan tersebut tanpa melihat nama pada nombor itu . Suara lelaki kedengaran. Seperti di kenal .

" Awak dekat mana ? "
Soal Jimin tanpa membuang masa .

Aera tersedar .

" O-ouh , saya ada dekat Seoul Apartment . Tempat tinggal saya dulu . Kenapa ? "

" Tunggu saya sampai . "

Panggilan dimatikan . Aera terkebil-kebil .

Terus Aera berkemas . Menyiapkan diri .

||

"

Chim , nak pergi mana malam-malam macam nie ? "
Soal Puan Sohyun menuruni tangga .

Tampak Jimin yang menyarung hoodie . Dengan mask dan topi di pakainya .

" Chim nak pergi ambil Aera . "

Dengar sahaja nama Aera . Puan Sohyun membuat muka . Dia menapak dihadapan anak lelaki bongsu nya itu .

" Buat apa nak pergi ambil dia tu ? Pandai merayau pandai-pandailah pulang sendiri . Lebih baik kamu pergi jemput Luna . Dia call eomma tadi suruh Chim ambil dia dekat club . Dia tengah mabuk tu . "
Jelas Puan Sohyun .

Jimin menghelas nafas panjang . Wajah tegang mendengar perintah ibunya .

" Kenapa perlu Chim ? Pandai dia pergi pandai-pandailah dia balik sendiri . Aera tu isteri Jimin , eomma . Lagipun , Luna dia ada ramai kawan . Suruhlah diaorang hantarkan . Dahlah , Chim pergi dulu . "
Balas Jimin .

Kakinya terus melangkah keluar . Belum sempat Puan Sohyun memujuk , Jimin terlebih dahulu masuk ke dalam perut kereta . Puan Sohyun mendengus geram .

" Apalah yang dia suka sangat dekat perempuan taktahu asal usul tu ? Tak guna punya perempuan . Pandai ye buat Jimin ingkar cakap aku . "
Bebel Puan Sohyun sendiri .





























Usai melepasi lampu merah . Jimin masuk lorong sebelah kiri . Maka , sampailah dia dihadapan Seoul Apartment . Tempat tinggal Aera .

Tampak seoranh gadis berdiri di sebelah sebuah kereta berwarna kelabu . Jimin terus parking dihadapan gadis tersebut .

Pintu tingkap diturunkan . Nampak wajah Aera dengan jelas . Gadis itu senyum lalu masuk ke dalam perut kereta Jimin .

" Awak buat apa datang sini ? "
Soal Jimin sebelum menekan enjin .

" Saya dah lama tak datang apartment saya . Jadi , saya datanglah . Awak kenapa cari Aera ? "

" Saya risau . "

Mereka sampai di sebuah tasik . Daun -daun yang mula gugur menambahkan lagi kecantikam suasana disitu . Jimin genggam erat tangan Aera lalu bawanya ke sebuah bangku kayu .

Dihadapannya terdapat sebuah tasik . Lampu warna warni membuatkan kawasan tersebut tampak cantik . Sesuai sangat untuk yang mahu keluar ber-dating .

"Mulai sekarang, awak mesti jawab call saya walaupun saya berada disebelah awak."
Kata Jimin .

"Awak, risau pasal saya ke?"

Aera angkat keningnya sebelah lalu tersenyum manis .

"Mestilah! Awak isteri saya."

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』Where stories live. Discover now