₊˚ˑ༄ؘpjm- 10

345 49 4
                                    

          AERA menanggal kasut tumitnya seraya membuka pintu utama apartment nya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          AERA menanggal kasut tumitnya seraya membuka pintu utama apartment nya sendiri. Sudah sekian lama kediaman itu tidak berpenghuni.

Lampu-lampu dibuka. Nasib rumah bersih. Aera menghempas diri di atas sofa. Aircon yang baru dipasangnya tidak mengeluarkan apa-apa lagi.

"Panasnya." Aera mengibas-ngibas badannya menggunakan tangan.

Kakinya menjejak ke dapur. Semuanya rapi tanpa sebarang kesan kotor mahupun bersepah. Dia buka peti ais. Tampak kosong tanpa barang apa-apa.

"Hari tu aku keluar nak beli barang dapur. Hm, tiba-tiba kahwin. Tch!" Bebelnya sendiri.

Hari sudah larut malam. Dia tidak mahu pulang ke rumah ibu mentuanya terlalu awal. Jimin pula mesti balik lewat hari nie.

||

Jimin berjalan berdua dengan Taehyung. Dia ikut sahaja kemana Taehyung pergi. Katanya nak beli barang untuk anak saudaranya. Hari jadi katakan.

"Kau beli kek?" Soal Jimin.

Taehyung angguk.

"Yep! Nak surprise kan dia. Kau, taknak beli untuk Aera ke?" Balas Taehyung lalu menayakan semula.

Jimin geleng kepalanya tanda 'tidak'.

"Eh, kau baliklah dulu . Aku kena balik awal hari nie. Tak jadilah nak join party anak saudara kau tu. Kau bagi je hadiah yang aku beli tu untuk dia."

Taehyung angguk faham.

"Okay. Lagipun kitaorang tak buat besar-besar pun. Orang dalam rumah tu je." Balas Taehyung seraya menghulurkan blackcard pada pekerja kaunter tersebut.

"Aku balik dulu. Jumpa esok." Mereka berjabat tangan sahabat.

Selepas Taehyung keluar dari kedai itu. Jimin mula beranjak kehadapan. Melihat pelbagai jenis kek yang menarik dengan rekaannya.

"Bagi saya kek yang paling cantik dan sedap dan istimewa dekat kedai nie." Ujar Jimin.

Pekerja itu angguk faham. Dia beredar mengambil kek tersebut.

Jimin tiba-tiba tersenyum sendiri.

"Sayang. Aku panggil dia sayang tadi."












Usai dia sampai di rumah agam Park . Jimin terus bergegas ke dapur. Risau kalau kek nie akan cair atau apa-apa.

"Chim oppa bawa kek untuk Luna ke? Nampak sedap je. Nak rasa sekarang boleh?" Tanpa rasa malu, Luna peluk lengan Jimin.

"Taklah. Niat untuk Aera. Tapi, kita makanlah sama-sama. Tunggu dia balik dulu ." Balas Jimin.

Senyuman Luna mula pudar. Dia hanya memaparkan senyuman tipis. Kini, Jimin selalu tolak dirinya . Biasanya kalau berjumpa mereka seperti pasangan bercinta.

Sekarang, hanya seperti stranger.

"Lagi satu Luna. Chim nak pesan. Awak pun tahukan, Chim sekarang dah kahwin. Tolong, jaga tingkah laku tu." Jimin lepaskan lengannya daripada pelukan Luna.

Jimin terus beredar dari situ.

Tinggallah Luna disitu menahan amarah dan sedihnya. Puan Sohyun keluar dari tandas pandang anak saudaranya pelik.

"Luna. Kenapa nie?"

"Kenapa Jimin oppa sekarang dah berubah? Dia tolak Luna mentah-mentah macam tu aje." Gadis itu merengek seperti kanak-kanak kehilangan anak patung.

"Semua salah perempuan kutip tu. Kalau bukan sebab dia, takdenya Jimin jadi macam tu. Mesti dia bagitahu Jimin supaya buat begitu. Takpe, kita ajar dia cukup-cukup nanti okay? Jangan sedih-sedih." Ujar Puan Sohyun.

Luna senyum tipis. Dia memasang niat jahat pada Aera. Baginya, gadis itulah membuatkan dia berjauhan dengan Jimin.

||

Hari sudah berlarut malam. Jimin berada diruang tamu menilik jam tidak berhenti. Dia kerling jam di dinding menunjukkan pukul 11:45 p.m.

"Mana dia nie? Kata balik awal. Hm, dah lama sangat nie. Dahlah call tak angkat." Bebel Jimin sendiri.

Dia mencebik. Teringat kek yang berada dalam peti tadi. Hm, niat nak buat kejutan dan makan sama-sama.

Seokjin turun seraya bermain dengan telefon bimbitnya. Tampak adik lelakinya, Jimin sedang termenung jauh.

"Hoi! Kau kenapa Chim. Muncung je bibir tu macam itik." Seokjin simpan telefonnya lalu duduk sebelah Jimin.

"Aera. Dia tak balik lagi. Dahlah call tak angkat-angkat. Aku, risau." Balas Jimin.

"Hm, dia banyak kerja lagilah tu."

Jimin angguk. Cuba tidak fikir bukan-bukan.

"Jimin. Kalau aku tanya sikit boleh?"

"Tanya jelah."

"Kau ada simpan rasa sayang dekat Aera ke? Bukanlah maksud aku. Kau dah mula cintakan dia?"

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』Where stories live. Discover now