SUDAH 2 hari ibu mertua Aera, Puan Sohyun itu tidur dekat rumah Luna. Tak tahulah betapa indahnya hidup Aera dalam masa 2 hari tanpa diaorang .
Tapi , malangnya dia dah nak balik petang nie .
" malam nie tunang Seokjin oppa akan datang kan ? Bincang pasal kahwin semua tu . "
Soal Aera seraya melabuhkan punggungnya di atas sofa ." yup ! Dia akan bawa keluarga dia sekali . Eomma balik petang nie . "
Balas Seokjin.Aera angguk faham .
Rumah agam itu hanya tinggal Seokjin dan Aera sahaja . Encik Park , bapa mentua Aera mestilah masuk ofis . Jimin pula kerja ada shooting untuk majalah yang akan keluar nanti .
Jimin sekarang masih sibuk dengan modelling dia . Iyelah , dah jadi banyak duta dalam pelbagai product dan brand apa -apa . Termasuk juga dalam brand Queen . Aera pun tak sangka yang Jimin model syarikat dia yang baru .
" Aera naik atas dululah . Apa-apa panggil je okay ."
Seokjin mengangguk . Aera terus melangkah ke atas . Lelaki itu kembali menatap tv yang agak besar itu . Cerita movie horror itu ditontonnya sendirian . Nasiblah waktu siang. Kalau malam takde makna dia nak tengok . Itupun masih takut .
" ish , kenalah tunjuk macho depan Aera . Dia tak takut cerita hantu . Aku takut ."
Dengan pantas Seokjin mengalih siaran itu .||
Jimin membuat macam-macam gaya dan menukar-nukar posisinya . Bunyi ketikan kamera dan lampu-lampu berkelip-kelip . Lelaki itu manatap semua sudut kamera .
" okay , siap ! Kerja yang bagus Park Jimin . "
Direktor angkat jari ibu tanda bagus ." Jimin ah . Sini-sini ."
Suara Taehyung memancing perhatian Jimin .Dia duduk bersama disebuah kerusi . Taehyung beri sebotol air mineral pada rakan baiknya itu. Sejurus itu terus soalan yang dia ingin tahu dari tadi .
" eh , hari nie keluarga korang ada buat makan-makankan dekat rumah sempena pertunangan Seokjin . "
Ujar Taehyung ." ha ah , kau datang jangan tak datang . "
Balas Jimin lalu menutup botol tersebut ." aku mestilah datang. Aku nak cakap aku nak jumpa wife kau nanti . Ala , bukannya kau kisah pun kan ? Lagipun aku nak kenal-kanal . "
Ujar Taehyung ." ikut kau lah . Aku tak kisah pun . "
Balas Jimin tanpa sebarang riak apa-apa . Hanya polos tanpa perasaan .Usai kereta di parking hadapan pagar . Jimin tekan punat kunci supaya pintu pagar terbuka . Tampak kereta Luna sudah sampai di situ . Jimin menghela nafas panjang , mengeluh .
Hari nie terasa nak balik awal pula.
Tanpa buang masa . Dia letak kereta ditempat biasa . Jimin buka pintu . Kaki melangkah masuk ke dalam rumah . Tampak semua sibuk dengan kerja . Jimin perhati isterinya lalu Luna dan ibunya , Puan Sohyun .
||
" ha , kemas semua nie ye . "
Perintah Puan Sohyun pada Aera .Gadis itu tidak membantah mahu pun berkata apa-apa . Dia hanya akur dan buat apa yang disuruh oleh ibu mertuanya . Seokjin di dapur menyusun pinggan-pinggan dan sebagainya .
" tolak kerusi nie sekali . Kena bagi luas lagi keadaan dekat sini . "
Aera hanya akur .
Sejak petang tadi dia buat semua kerja . Luna , gadis itu hanya berlenggang tanpa berbuat apa-apa kerja. Dia senyum sinis melihat Aera dibuli seperti itu .
Aera siap semua mengalih segala perabot . Dia tegakkan badannya bersedia hendak menolong Seokjin di dapur . Namun , dihalang Puan Sohyun . Aera mengeluh . Rasa nak nangis je sekarang .
" kau dah mop lantai ? "
" dah ."
" tak bersih lagi nie . Cepatlah ! "
Luna mula bersuara .Aera mengenggam tangan geram . Terasa ingin meletup je dada nie menahan amarah . Luna silangkan tangannya di dada seraya memandang sinis terhadap Aera .
" Auntie . Jimin oppa kata dia balik lambatkan ? Nanti dia dah balik bagitahu tau . Biar Luna pula buat kerja nie . Tapi , sikit jelah."
Ujar Luna ." katanya balik lewat . "
Tanpa sedar Jimin hanya memerhati dari daun pintu . Dia menghela nafas panjang lalu menapak ke dalam . Aera senyum sedikit memandang sang suami .
" eh , Jimin oppa . "
Luna berlari anak ke arah Jimin . Terus dia memeluk lengan lelaki itu ." oppa Luna penatlah buat kerja dari tadi . Bahu Luna sakit . Tolong urutkan boleh ? "
___☆☆☆
TBC
VOTE ME
💜JIMIN
YOU ARE READING
『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』
Fiksi Penggemar[ 1 5+ ] Old title : Terkahwin Tanpa Sengaja ❝ Just for one night, please. ❞ Baru balik dari London, Kena berkahwin. Status = slow update Story original by @pexcycookies Cover = @MC NUGGET Graphic ‗ ❍ ADD TO LIBRARY ‗ ❍ VOTE ‗ ❍ COMMENT