₊˚ˑ༄ؘpjm- 28

274 43 12
                                    

Aera pagi-pagi lagi sudah menyiapkan sarapan untuk satu keluarga dirumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aera pagi-pagi lagi sudah menyiapkan sarapan untuk satu keluarga dirumah itu . Dia terus mencapai bag kerja lalu mencapai kunci kereta yang berada di atas meja . Tidak menyentuh makanan masakan dia . Aera malas nak duduk situ lama -lama . Cukuplah dia sediakan sarapan .

Puan Sohyun yang turun di bawah melihat makanan sudah terhidang di atas meja makan . Dia berjalan ke arah dapur lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi . Aera melangkah satu langkah . Sebelum dia kelangkah seterusnya . Puan Sohyun melontarkan kata-kata .

" Hey perempuan . Mana kau nak merayap pagi-pagi nie . Jumpa kekasih gelap kau ke ? " ujarnya . Aera tarik nafas menahan sabar .

" Eomma nampak saya macam nak pergi mana ? Pergi kerja kan . So ? Tak nampak buta. " balasnya lalu memusingkan tubuhnya semula .

" Kau biadap betul eh perangai . "

Aera tidak layan langsung . Dia terus keluar dari rumah agam tersebut .

Jimin yang baru turun mula mencari kelibat Aera . Dari tadi dia tengok dekat bilik takde.  Jimin sudah bersiap lengkap dengan pakaian kemas . Kedengaran bunyi kereta dia tahu yang Aera dah keluar . Awal betul .

" Wow . Rajin eomma masak banyak-banyak macam nie . " soal Jimin seraya lengan baju kemeja dilipat sampai siku . Necktie Masih tidak kemas . Niat nak tunggu Aera tolong ikatkan . Nak buat acah romantik gituw.

" Bukan eomma yang masak. Perempuan tula . " balas Puan Sohyun . Jarang sengat dia nak sebut nama Aera tu . Ibarat buat satu jenayah .  Rasa panas hati bila sebut perkataan tersebut .

" Dia ada nama . "

" Whatever . Eomma nak tanya Chim lah . Perempuan tu kerja apa ? Kenapa setiap hari dia keluar rumah balik pula malam-malam . Dia kerja dekat club eh ? " selamba aje dia mengutuk gadis itu dihadapan Jimin . Tak pernah tapis perkataan langsung .

" By the way nama dia Aera . Dan kalau Jimin kata dia kerja dekat syarikat keluarga dia . Eomma percaya tak ? " balas Jimin seraya menyuap makanan .

" Perempuan tu? Takkan percaya . Okaylah Jimin eomma nak keluar . Tolong hantarkan eomma dekat rumah Luna . "

Jimin hanya menurut .

||

Aera masuk ke dalam bilik kerjanya . Terdapat beberapa laporan di atas meja . Dia mengurut kepala . Pada usia muda Aera memang dah belajar hadap semua nie . Pada umur 20 aje dia dah disahlan CEO syarikat ini . Syarikat yang dikeluarkan oleh keturunannya . Bermula daripada atuk dan nenek nya lagi .

Tiba-tiba pintu diketuk . " Masuk !" Ujar Aera . Seorang lelaki muda tampan masuk ke dalam . Lihat wajah lekaki itu aje dah buat Aera hilang mood waktu pagi .

" Awak buat apa datang sini . " ujar Aera tanpa memandang ke arah Jimin , suaminya. Hal semalam masih panas sampai ke hari nie . Siapa je tak marah dah janji lepas tu tak jadi sebab keluar dengan perempuan lain .

" Sayang . Saya datang nie nak ajak awak keluar . Jom . Tanda minta maaf ? " Aera senyum sinis tatlala berdiri menghadap Jimin . Geram betul dia nak tampar pipi lelaki dihadapanya sekarang.

" Minta maaf ?" Jimin angguk laju . Aera menghela nafas panjang. Dia menarik lengan Jimin sampai dihadapan pintu biliknya .

" Keluar . Cepatlah keluar saya banyak kerja lagi nak buat . " Aera paksa Jimin untuk keluar . Namun dia tak beranjak langsung .

Jimin pandang Aera lalu di menarik lengan gadis itu lalu dililitkan pada pinggangnya. Manakala lengan Jimin diletakkan pada pinggang kecil Aera tatkala dia menolak perlahan sehingga terasa kesejukkan dinding .

Jimin tunduk sedikit pandangannya memandang Aera . Gadis itu angkat sedikit wajahnya pandang Jimin . Anak mata mereka bertemu . Lelaki bergelar suami itu menempah kecupan halus pada dahi Aera.

" Saya minta maaf , please . Saya janji tak buat dah . Saya mengaku saya salah dan cuai masa tu . Please sayang . " sekali lagi Jimin mencium Aera . Kali ni pada pipi pula . Gadis itu sudah hanyut dengan tindakkan dan kata-kata suaminya. 

" Jangan beri sebarang harapan pada saya Park Jimin. "

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』Where stories live. Discover now