Selepas habis photoshoot Jimin duduk disebelah Taehyung yang sudah lama tunggu dia . Taehyung memang bergaya dan kacak . Dia kalau duduk je dah mampu mencairkan para gadis .
Jimin melabuhkan punggungnya di atas sofa . Muka yang seperti cuka itu dipaparkan pada wajah . Taehyung memandang Jimin seraya menghulurkan sebotol air mineral .
" Kau kenapa Jimin ? Muncung je bibir tu . Tak dapat ciuman pagi daripada isteri ke . " soal Taehyung lalu ketawa kecil .
Jimin memandang disebelahnya sekilas .
" Bukan setakat cium . Senyuman pun tak dapat ! " rungut Jimin.
Taehyung menahan tawanya mendengar kata-kata daripada Jimin.
" Kau ajaklah dia keluar ke. Luang masa bersama dia dekat rumah ke. Nak lagi bersemut kau buatlah aumm dengan dia ." Senyuman nakal terukir dihujung bibir Taehyung.
" Kau kenapa! "
||
Aera tekun menyiapkan setiap file yang berisi kerjanya . Seorang demi seorang pekerja menghantar laporan kepadanya . Aera melukis satu lakaran untuk keluaran produk baharunya . Senyuman terukir dibibir setiap kali melihat hasil seninya sendiri .
Jam di dinding menunjukkan pukul 7 p.m . Waktu habis kerja . Seorang demi seorang meninggalkan ruangan mereka . Aera pula masih tekun dalam bilik peribadinya menyiapkan kerja . Biarpun dia adalah bos disitu . Takkanlah dia tak buat apa-apa .
Tiba-tiba fikiran teringat pada sang suami . Aera terhenti seketika apabila telefon bimbitnya berdering . Dia melihat nama pada nombor tersebut . Tertera nama suaminya , Park Jimin . Aera angkat .
" Hello . "
" Hello . Awak , saya nak cakap sesuatu boleh ? " Jimin bertanya .
" Cakap jelah . " balas Aera dengan nada mendatar . Suaranya menjadi dingin .
" Jom keluar . Saya nak bawak awak pergi jalan-jalan . Boleh dikatakan kita pergi ber-dating . Awak nak tak ? "
Kata-kata Jimin menghentikan percakapan Aera . Suami dia nie bermimpi ke ? Sudahlah mereka bergaduh . Aera masih lagi dengan ego dia . Jimin pula menunggu jawapan daripada sang isteri . Gadis itu menghembus nafas panjang sebelum berbalas .
" Okay . Bila ? Dekat mana ? "
" Awak tunggu je dekat ofis tu . Nanti saya datang jemput okay ? Bye sayang . "
••
"Macam mana ? " soal Taehyung . Jimin tersengih-sengih sendiri .
" Dia kata okay ! Dah , aku nak pergi bersiap . "
Taehyung tersenyum melihat karenah kawan baiknya itu . Jimin , dia sudah masak sangat dengan perangai lelaki muda itu . Seorang yang ego dan juga sedikit hypocrite .
Jimin juga lemah dalam bab percintaan dan hubungan manis nie . Hanya Ji Eun sahaja yang menjadi perempuan pertama menambat hati keras Park Jimin .
••
Luna, baring di sofa sambil tangan ralit melihat telefon . Puan Lee , selaku ibu kepada nya hanya menggeleng kepala melihat anak perempuan sulungnya itu . Kerja taknak , tahu nak enjoy aje . Anak bongsu dia pula rajin . Cuma tak suka duduk rumah . Berjalan aje .
Lana , turun dari tangga dengan pakaian kemas dan wangi . Cantik je bila dipandang . Dia menyarung kasut bertumit tinggi tatkala menoleh badan menghadap ibunya .
" Eomma , adik keluar dulu . Bye . "
" Eh kau nak keluar ? Aku nak keluar jugalah . Tunggu ! Aku nak bersiap . " tanpa menunggu balasan daripada Lana . Luna terlebih dahulu naik ke atas untuk bersiap .
Puan Lee bercekak pinggang tatkala tangan berisi dengan lauk mentah untuk dimasak hari nie . Dia memerhati dua orang adik beradik itu dari dapur . Puan Lee mengeluh lalu mulakan sesi membebelnya itu .
" Eh ! Lana nie asyik keluar je . Cubalah duduk rumah sehari dua . Eomma nie dah macam apa dah duduk rumah nie sunyi . Appa kamu sibuk kerja . Korang berdua pula sibuk dengan enjoy . Seorang sibuk kejar suami orang . Seorang lagi sibuk berjalan . Aku nie duduklah rumah besar nie tanpa suara korang bertiga . Aku nie dah macam harimau yang duduk dihutan tanpa peneman . "
Suara bebelan itu kedengaran oleh dua beradik tu. Luna dan Lana memandang ibunya yang mulut tidak behenti dari tadi.
" Eomma nie kenapa? Peribahasa pula malam -malam. Nak jadi guru subjek bahasa? " Lana tersengih sinis seraya mencapai kunci kereta yang tersangkut pada ruang kotak kunci .
" Peribahasa apa kamu nie? Mana ada wujud kata-kata tu. Ha , itulah belajar bodoh . Kan dah tak tahu bezakan . Nie nak pergi mana dua orang nie ? Duduk rumahlah tak payah keluar. "
" Taknak ! Bye Eomma . " ujar dua beradik itu . Kaki melangkah keluar dari rumah tersebut .
" Eh Lana . Nanti kau turunkan aku dekat depan tempat kerja Jimin okay . " kening Lana dijungkit sedikit .
" Kenapa pula ? Bukan ke kau nak ikut aku pergi shopping then club ? "
" Itu hari lain jelah . Tak best takde Mark . Aku nak ajak Jimin pergi keluar . Dating gitu . "
___☆☆☆
TBC
VOTE ME. 💜JIMIN
YOU ARE READING
『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』
Fanfiction[ 1 5+ ] Old title : Terkahwin Tanpa Sengaja ❝ Just for one night, please. ❞ Baru balik dari London, Kena berkahwin. Status = slow update Story original by @pexcycookies Cover = @MC NUGGET Graphic ‗ ❍ ADD TO LIBRARY ‗ ❍ VOTE ‗ ❍ COMMENT