₊˚ˑ༄ؘpjm- 17

311 49 15
                                    

          PUAN Sohyun berbual rancak bersama keluarga bakal isteri Seokjin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          PUAN Sohyun berbual rancak bersama keluarga bakal isteri Seokjin. Boleh dikatakan bakal besan dialah.

" Eh itu menantu kau ke ? " soal ibu kepada Yujin. Mata Puan Sohyun ikut ke arah pandangan bakal besan nya itu.

" Ouh, ye. Aera nama dia ." balasnya dengan nada tidak sudi menjawab soalan itu.

" Cantik orangnya. Macam kenallah. Tapi dekat mana ye. " ujarnya lagi.

" Eomma dia bukankah Choi Aera. CEO terkenal dari syarikat Chanel . Ke Yujin salah orang. " Yujin mencelah perbualan antara ibu Seokjin dan ibunya.

" Dia? Bukanlah . Yujin salah orang nie. Dia budak biasa je. Entah mana Jimin kutip dia. Takpelah tak payah cakap pasal dia dah. " Puan Sohyun cuba mengubah topik .

Luna, selaku anak saudara kesayangan dia itu duduk bersama Puan Sohyun dan keluarga tunang Seokjin. Kebanyakkan disitu kawan-kawan ibu mertua Aera sahaja.

Puan Min, bakal besan Puan Sohyun. Mereka berdua rancak berborak. Sengaja dia ingin mencuit sedikit tentang menantu keluarga Park tu.

" Tapi, dia memang cantik kan. Untung Jimin. " Puan Min membuka juga topik tentang Aera.

" Cantik lagi Luna . Puan Min tahu tak Jimin dengan Luna memang rapat sangat-sangat . Lagi rapat daripada isteri dia. Kitaorang macam sepadan kan? " tanpa rasa segan dan malu Luna berkata demikian. Mereka hanya memaparkan riak wajah senyum.

||

Jimin berborak dengan Adelia. Daripada bercakap berdua. Matanya curi-curi memandang sang isteri bersama Taehyung. Rancak dua manusia itu berborak sakan tanpa mempedulikan keberadaan Jimin.

" Jimin. Aera ada tak pernah cakap apa-apa tentang kisah silam dia? Bukanlah maksud saya tentang ex-boyfriend dia ke. " ujar Adelia . Jimin pula masih memandang Aera dan Taehyung. Dia tak dengar langsung soalan Adelia.

" Yah! "

" o-oh, apa tadi? " balas Jimin dalam keadaan masih terpinga-pinga.

" Takde apalah. Awak cemburu ye tengok Aera dan Taehyung tu ? " ujar Adelia . Dia mengubah soalan pertama tadi. Sikap dia tak suka mengulang benda yang tak penting macam tu.

" Mana adalah. Saya takkan mudah cemburu okay! " balas Jimin dengan nada yang penuh keyakinan. Adelia hanya senyum tipis. Dia tahu, lelaki mana pernah mengaku kalau cemburu.

Lelaki nie marah diam, cemburu diam, merajuk pun diam. Kalau perempuan marah , cemburu atau apa pun hanya merajuk. Uhuk! Siapa lagi complicated.

" Aera. Jom kita pergi ke sana. Cepat . " ujar Taehyung. Tanpa menunggu jawapan daripada Aera. Taehyung terlebih dahulu menarik lembut tangan gadis itu.

Jimin memerhati sahaja. Riak wajahnya tidak berubah. Masih kekal polos tanpa apa-apa tanda cemburu ataupun marah. Adelia makan kek yang disediakan oleh Aera tadi.

||

" Kenapa bawa saya sampai sini? " soal Aera. Taehyung bawanya sampai dibelakang rumah. Terdapat kolam yang tenang tanpa orang disitu. Semua sibuk diruang tamu.

Sengaja Taehyung bawa Aera kesini sebab nak menguji tahap kesabaran Jimin menahan cemburunya itu. Taehyung tenggelamkan kakinya dalam air. Manakala Aera duduk disebuah bangku. Mereka hanya bersebelahan.

" Aera. Awak suka Jimin? " soal Taehyung.

" Apa awak mengarut nie. Tak mungkinlah. Kitaorang baru je kenal. Lagipun, saya masih tak boleh nak move on daripada bekas kekasih saya. " balas Aera jujur.

Sejurus Aera menjawab. Wajahnya berubah menjadi sedih. Teringat pula kisahnya bersama Jungkook, bekas teman lelakinya. Sudah 8 tahun mereka berdua menjalinkan hubungan. Namun, berpisah macam tu je.

" Maaf sebab buat awak teringat tu. Dahlah taknak lah sedih dah. Senyum! " Taehyung merenjis air pada wajah Aera. Gadis itu ketawa lalu buat perkara sama pada Taehyung.

Tidak sedar, Jimin sudah berada di pintu. Tampak dua orang itu sedang bersuka ria. Luna yang lalu disitu senyum sinis. Sengaja dia mendekati Jimin.

" Oppa tengoklah dia tu. Perempuan macam tu oppa buat jadi isteri? Menggatal! Entah-entah dia dah tertarik dekat Taehyung pula. Perempuan murah mana pernah cukup satu. Dia tak fikir ke kalau orang tengok dia dengan Taehyung macam tu. "

Luna senyum sinis lalu beredar dari situ. Akibat tidak menahan amarah Jimin menarik lengan Aera dengan kasar lalu dibawa gadis itu berjauhan daripada Taehyung.

Usai sampai dihadapan sebuah bilik stor. Jimin melepaskan lengan Aera. Ditatap wajah sang isteri dengan penuh amarah. Aera pula masih terkebil-kebil . Lengannya diusap sedikit akibat kesakitan selepas Jimin tarik dengan kasar.

" Awak nie dah kenapa . " nada suara Aera agak tinggi . Geram pula kalau orang buat dia begitu.

"Awak kenapa dekat sangat dengan Taehyung tu? Awak memang sengaja kan nak malukan saya . Tunjuk dekat orang yang saya tak pandai nak didik isteri supaya menjaga batas. " Jimin cuba menahan dirinya daripada menengking Aera. Namun, cukup buatkan Aera terasa terkilan.

" Dasar perempuan murah! "

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』Where stories live. Discover now