₊˚ˑ༄ؘpjm- 29

275 38 32
                                    

Jimin mula melutut dihadapan Aera tatkala mencapai tangan gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin mula melutut dihadapan Aera tatkala mencapai tangan gadis itu. Jimin mencium sekilas lalu memandang dengan raup wajah sedih dan mengharapkan kemaafan. Aera terus mencangkung dihadapan Jimin. Terasa seperti tak baik pula biarkan suaminya begitu.

" Janganlah macam nie . " Aera cuba menarik lengan Jimin supaya bangun. Tapi, lelaki itu masih degil.

" Taknak selagi sayang tak maafkan saya. Please, Aera. Saya minta maaf. " rayunya lagi. Aera menghela nafas panjang tatkala tangan diletakkan atas bahu Jimin.

" Kalau kita berterusan gaduh macam nie. Dengan awak pula taknak jaga perasaan isteri lebih baik awak lepaskan jelah saya Jimin. Jangan risau saya takkan ambil pun harta yang awak ada. Saya cuma nak hidup bebas tanpa terasa sakit hati dan awak pun boleh bebas tanpa saya. " ujar Aera seraya tersenyum tipis.

Jimin menggeleng kepalanya tidak setuju dengan kata-kata Aera. Walaubagaimana pun situasi mereka dia takkan ceraikan isterinya sekarang. Entah kenapa Jimin berat hati sangat nak lepaskan gadis bernama Choi Aera nie.

" No ! Saya takkan lepaskan awak. Aera please jangan buat saya macam nie. Saya janji saya akan jaga perasaan awak dan takkan ulang kesilapan macam kelmarin. Please sayang. " pantas Jimin memeluk tubuh isterinya.

Aera buntu. Dia bukan jenis pemarah sampai terlalu lama. Perlahan-lahan Aera membalas pelukkan suaminya lalu diusap-usap sedikit tubuh belakang Jimin. Cuma menenangkan lelaki itu.

" Shh , dah-dah janganlah nangis dah. S-saya maafkan awak. " Jimin memaparkan senyuman manis. Gembira sangat Aera sudah memaafkannya.

||

Luna menapak ke dalam rumah keluarga Park. Dia buat rumah itu seperti rumahnya sendiri. Sesuka hati masuk dan keluar bila-bila masa sahaja. Memang dari kecil lagi dia membesar bersama keluarga tersebut.

" Luna ! Datang juga lama aunty tunggu. " pantas Puan Sohyun menarik lengan Luna supaya duduk disebuah sofa diruang tamu. Kedatangan gadis itu ibarat kebahagiaan dia datang. Takdelah sunyi dirumah agam itu.

" Luna pergi belikan donut untuk aunty nie. Your favorite. " ujar Luna tatkala membuka bungkusan donut tersebut.

" Wah ! Thank you dear. Memang sesuai jadi menantu aunty. " Puan Sohyun mengambil satu jenis donut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Riak wajahnya berubah saat merasai kesedapan makanan tersebut.

Selepas sahaja ayat terakhir yang diujar oleh Puan Sohyun. Senyuman Luna semakin lebar. Terasa hati mula berbunga-bunga. Memang impian dia sejak dahulu lagi untuk jadi isteri kepada Park Jimin.

" Apa aunty nie . Luna tak sesuailah dengan Chim oppa. "

" Eleh sengih-sengih pula dia. Takpe, nanti kita buat dia supaya berkahwin dengan Luna. Hanya Luna sahaja yang layak bersama anak lelaki aunty. " ujar Puan Sohyun seraya menuangkan air je dalam gelas.

" Tapi Jimin kan dah berkahwin dengan Aera. Luna— "

" Ji Eun tunang dia pun aunty boleh settle kan. Inikan pula Aera yang asal usul entah apa-apa tu. Hm Luna jangan risau okay. Aunty akan pastikan diaorang akan berpisah juga. " ujarnya.

Puan Sohyun memang tak suka betul dengan pilihan Jimin. Sejak dulu lagi dia suka menentukan jodoh untuk anak-anaknya. Kin Seokjin walaupun bukan anak kandungnya pun dia taknak kahwin dengan orang lain. Yujin itu gadis yang dia perkenalkan dulu.

" Luna tidur sinilah hari nie. "

||

Taehyung membawa dulang berisi air dan juga kek. Dia beli benda nie untuk dia dan juga Jimin. Lepas habis bekerja mereka berdua akan duduk disini sekejap.

" Kau buat air dulu ke? " perli Jimin seraya Taehyung letak dulang di atas meja. Lelaki muda itu melabuhkan punggungnya dihadapan Jimin.

" Aku buat kek nie sekali. " sambungnya.

" Macam mana kau dengan Aera. Dah okay? " soal Taehyung tanpa ragu-ragu.

" Dia dah maafkan aku. "

Taehyung angguk tatkala roti disuap ke dalam mulut sendiri. Tiba-tiba dia terasa seperti nak bertanyakan sebuah soalan. Dah lama nak tanya cuma takde masa yang lapang. Tanpa ragu-ragu Taehyung membawa sedikit badannya kehadapan.

" Kau still cari info tentang Ji Eun ke ? " soalan Taehyung menghentikan pergerakkan Jimin. Dia menghela nafas panjang tatkala meletak semula gelas di meja.

Lelaki itu termenung sejenak.

" Yes ! Aku takkan berputus asa untuk mencari jejak dia. Aku, masih sayangkan dia Taehyung. Aku rasa kosong tanpa gadis itu disisi. Kau pun tahukan kisah kitaorang macam mana dulu ? " terasa seperti ingin menangis bila teringat kisahnya bersama Ji Eun masa dulu.

" Lepastu kau akan buat apa bila dah jumpa dia? "

"Lepas aku jumpa Ji Eun, aku akan kahwin dengan dia. " balas Jimin tanpa ragu-ragu.

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

JIMIN

『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』Where stories live. Discover now