" oppa Luna penatlah buat kerja dari tadi . Bahu Luna sakit . Tolong urutkan boleh ? "
" Luna rehat jelah. " Balas Jimin.
Tangannya cuba memeluk lengan Jimin. Namun, lelaki itu mengelakkan dirinya dengan beranjak ke arah sang isteri yang masih sibuk mengemop lantai.
"Sayang."
Rambut Aera yang menghalang mata dialihkan . Jimin keluarkan getah rambut dari kocek seluarnya lalu berdiri tepat dibelakang Aera. Badan gadis itu ditegakkan secara tiba-tiba membuatkan Aera agak terkejut.
"Kenapa tak ikat rambut? Macam mana nak buat kerja kalau tak nampak. Rajin isteri saya. Macam nie lah perempuan idaman saya." Ujar Jimin lalu tersenyum.
Aera tersengih malu. Ada sahaja ayat manis yang keluar daripada mulut sang suami. Macam manalah Aera nak bertahan macam nie. Hari-hari nak bersemut boleh pengsan dibuatnya.
"Pergilah mandi dulu. Baru balik kan." Kata Aera tanpa memandang Jimin.
"Baiklah Cik isteri."
Sejurus Jimin langkah tangga terakhir diatas. Luna menapak ke arah Aera. Tangannya disilangkan tatkala wajah berubah menjadi berang. Dia sepak baldi berisi air sabun . Air mula membasahi lantai.
Aera pandang Luna dengan penuh tanda tanya. Apa niat dia buat begitu? Amarah dalam diri Aera semakin tidak terkawal. Dia cuba untuk tidak bersuara. Mulutnya kalau sudah berkata perkara kasar, memang tiada batas.
" Kau apa masalah?" Ujar Aera tatkala memandang Luna dengan dingin.
" Kau lah masalah aku. Kau sengaja je kan nak pancing perhatian baby aku . Pura-pura penat bagai. "
Aera menahan tawanya.
" Siapa baby kau ?"
"Jimin oppa of course. " Ujarnya dengan penuh keyakinan. Akhirnya Aera melepaskan gelak besarnya. Terasa seperti taknak berhenti ketawa.
"Kau kenapa?"
" Sejak bila kau beranakkan dia? "
Luna terdiam sejenak.
" Eh, tak kisahlah semua tu. Yang aku tau kau jangan nak menggatal dengan dia. Kau kena sedar kau tu bukan sesiapa pun dalam hidup dia. Jangan sampai aku buat kau merana sebab kenal aku. Kau takde beza dengan pengemis dan pelacur dekat luar sana." Tegas Luna.
Luna berjalan melepasi Aera. Sengaja dia melanggar bahu Aera . Gadis itu teranjak kebelakang sedikit. Puan Sohyun berdiri disebelah Aera dengan wajah puas hati. Dia senyum sinis memandang menantunya itu.
" Dengar tu baik-baik perempuan. Anak aku Jimin, terima kau sebab kesian je tau. Dia seorang yang bertimbang rasa dan mudah kesian. Tolong ingat darjat kau dalam keluarga Park. " Ujar Puan Sohyun menambahkan lagi suasana negetif Aera.
Puan Sohyun terus melepasi Aera. Sekali lagi bahu gadis itu dilanggar. Terasa ingin menangis je sekarang. Sepanjang Aera hidup tiada sesiapa yang cakap begitu padanya. Tanpa menunggu, Aera sambung kerjanya.
Air yang membanjiri lantai dimop. Nasib air tak banyak. Encik Park jalan menuruni tangga. Tampak sahaja wajah menantunya dia sudah senyum lebar. Dia sudah menganggap Aera seperti anak perempuannya.
" Aera. Taknak berehat dulu ke? Dari tadi Appa tengok Aera buat kerja. Hari nie memang tak masuk kerja? " Soal Encik Park selaku bapa mertuanya.
Barulah hati Aera terasa gembira.
" Takdelah penat sangat. Takpe lagipun Aera memang nak tolong Seokjin oppa. Hari nie sengaja tak masuk ofis sebab nak bantu orang." Balas Aera dengan senyuman.
" Bagus anak Appa. " kepala Aera diusap.
||
Taehyung, sudah bersiap dengan pakaian kemas. Jam rolex dipakai lalu sandal jenama Gucci disarung pada kaki. Dia melihat dirinya dari pantulan kaca. Terasa bangga sedikit.
" Handsome juga kau nie. Tapi, kenapa single ? "
Dia bersiap untuk majlis malam nie dirumah kawan baiknya, Jimin.
||
" Baiklah sayang . " sejurus itu, telefon dimatikan. Aera kembali menyediakan makanan di atas meja.
Seokjin pula sedang bersiap di atas. Jimin mendekati Aera tiba-tiba terdengar ayat tersebut. Terasa hatinya mula membakar. Tanpa berkata apa, badan Aera di rapatkan dengannya.
" Siapa? " soalnya . Aera terpana cuba memproses dan memahami soalan Jimin. "Huh? " Aera angkat keningnya sedikit.
" 'Sayang' tulah. Siapa? " akhirnya Aera faham akan soalan suami nya itu. Sengaja dia nak mengusik Jimin. Dia membuat perangai.
" Adalah. "
" Cepatlah! " suara Jimin agak tinggi. Pandangannya amat tajam membuatkan Aera dalam ketakutan.
" Kawanlah. Adelia. " jawabnya jujur.
" Awak cemburu ye. " Usiknya lagi. Jimin berdecit.
" tsk! Takde maknanya. "
___☆☆☆
TBC
VOTE ME
💜JIMIN
YOU ARE READING
『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』
Fanfiction[ 1 5+ ] Old title : Terkahwin Tanpa Sengaja ❝ Just for one night, please. ❞ Baru balik dari London, Kena berkahwin. Status = slow update Story original by @pexcycookies Cover = @MC NUGGET Graphic ‗ ❍ ADD TO LIBRARY ‗ ❍ VOTE ‗ ❍ COMMENT