Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Mak Long tak boleh halang Jungkook dah . Saya tetap akan pikat Aera semula . " balasnya tenang .
" Jeon Jungkook ! Apa susah nak ikut cakap Mak Long nie . Perkahwinan antara kamu dan Hyerim penting untuk perniagaan kita . "
" Jungkook penat dah diatur oleh Mak Long . Ingat kan masa Mak Long suruh saya putuskan hubungan saya dengan Aera dulu . Itu pun Jungkook dah buat . Apa- "
" Jungkook memang tak sayang Mak Long kan . "
••
Aera terjaga dari tidurnya yang lena . Matahari terpancar tepat pada wajahnya . Sengaja Jimin membuka kain langsir luas-luas supaya Aera bangun .
" Apa masalah awak nie. " Aera merengek seperti kanak-kanak . Matanya separuh buka . Selimut dipakai semula menutupi seluruh badan .
" Sayang bangun . Dah masuk tengah hari dah nie. Cepatlah saya nak masuk kerja dah nie. " Jimin bersuara . Aera mengabaikan kata-kata suami nya . Dia masih terus menutup mata , pura-pura tidur .
" Sayang . Aera ! " Jimin memanggilnya banyak kali . Aera terus duduk menghadap Jimin yang sudah bersiap lengkap pakaian formal . Yelah , dia ada projek baharu hari nie . Jadi model kepada syarikat pengeluaran brand Tiffany&Co.
" Awak pergi jelah. Apa kaitan dengan saya pula. Saya nak bersiap masuk ofis . " Aera terus berdiri . Sebelum kaki nya melangkah ke dalam bilik mandi . Jimin terlebih dahulu menghalang dengan memegang pergelangan tangan Aera .
" Aera. Saya nak minta maaf pasal semalam . Saya tak patut marah awak . Saya betul-betul rasa bersalah . Maafkan saya please . " suasana menjadi hening . Masing-masing mendiamkan diri . Anak mata saling bertaut .
Tanpa membuang waktu . Jimin mengecup dahi Aera . Gadis itu terkaku.
" Okay . " itu sahaja balasan daripada Aera . Dia melepaskan lengannya daripada genggaman Jimin . Aera terus menapak ke dalam bilik mandi . Tiba-tiba Jimin menghalang dengan memegang daun pintu . Aera berkerut dahi .
" S-saya nak tahu . Kenapa awak keluar dengan Taehyung semalam . " soalan Jimin buatkan Aera terpana seketika . Fikirannya berfikir kejadian semalam . Niat ingin menjawab . Tapi , dia sengaja nak buat Jimin semakin panas dan geram .
" Sibuklah ! " dengan itu , Aera terus menutup pintu . Jimin kerling jam tangan nya . Sudah lambat nak pergi ke studio untuk photoshoot .
Tanpa berfikir panjang . Jimin terus keluar daripada bilik tersebut . Aera menghembus nafas panjang . Dia menyentuh dada nya yang seperti nak terkeluar tu . Dia berdebar-debar .
" Ya tuhan. Kenapa kau cipta lelaki seperti Jimin yang mempunyai perangai yang pelik . Kenapa aku tak kahwin dengan Taehyung je . Eh , kau kenapa Aera . "
Gadis muda itu teruskan niatnya untuk mandi .
••
Jimin keluar daripada perut kereta . Tepat dia menjejak kaki ke dalam bangunan itu . Dia terserempak dengan kawan baiknya , Kim Taehyung . Sebenarnya Jimin masih tak puas hati hal semalam . Tapi , dia cuba bersabar .
" Jimin . " suara Taehyung buatkan Jimin tersedar daripada lamunannya . Dia memasang wajah polos seraya melambai kembali . Taehyung sudah faham . Kalau bukan disebabkan hal rumah mesti hal semalam .
" Yah ! Kita dah berkawan lebih 7 tahun . Takkan sebab kecil kau nak bermusuh dengan aku . " ujar Taehyung seraya melabuhkan punggung dihadapan Jimin . Dua orang lelaki muda itu menunggu giliran mereka untuk photoshoot dan disiapkan .
Jimin masih mendiamkan diri .
" Park Jimin ! "
" Kim Taehyung ! "
Mereka bertatapan mata . Jimin cuba menahan tawa nya .
" Okay . Aku cuma ikut perasaan je . Aku- "
" Jealous ? " soal Taehyung laju.
" Memang taklah. " Tegas Jimin.
••
Aera turun ke bawah dengan aman . Tanpa sebarang gangguan . Dia fikir semua orang takde . Seperti biasa , Aera akan terus pergi ke dapur untuk buat sarapan . Tapi , dia jarang makan pagi . Dia akan minum air kosong sahaja .
Peti sejuk dibuka . Terus air kosong di dalam botol kaca dikeluarkan . Aera tuang lalu letak semula . Sedang dia sedap menikmati hari pagi . Suara ibu mertuanya kedengaran daripada belakang rumah . Dan seperti biasa dia akan bising dengan mulut puaka dia tu .
" Bagus betul dapat menantu macam kau nie . Pagi-pagi bukan nak turun buat sarapan ke apa ke . Makan , minum , tidur ! Tuje lah . Nie pagi hilang lepas tu malam baru muncul balik . Kau fikir rumah aku nie hotel ? " bebelnya tanpa berhenti . Aera pekak telinga sahaja. Dia terus berjalan keluar dari rumah .
" Ish perempuan nie . Aku tengah bercakap dia boleh pergi je . Ha, inilah kurang ajar nama nya . Tak guna ! "
Puan Sohyun ibarat bercakap dengan dinding aja.
" Luna nie mana ? Kata nak datang tapi tak sampai lagi . "
Aera masuk ke dalam perut kereta tatkala enjin dihidupkan . Dia memanaskan kereta sebelum memulakan perjalanan . Telefon bimbit dikeluarkan daripada bag tangan lalu mencari nombor telefon Adelia.
Bersedia ?
" Aku tak fahamlah kenapa dia benci sangat dekat aku . "
Mereka berdua mula ber gossip tentang ibu mertua Aera.