₊˚ˑ༄ؘpjm- 24

290 37 4
                                    

Setengah jam kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setengah jam kemudian . Hujan semakin lama semakin reda. Wajah Aera ditatap oleh Taehyung dengan tenang . Dia senyum seraya mengalihkan rambut yang menganggu mata gadis itu .

Taehyung menghela nafas panjang tatkala tangan mengeluarkan telefon bimbit dari seluar. Nama Jimin ditekan . Telefon diletak pada telinga nya.

" Jimin. Sinilah ambil Aera dekat depan bangunan syarikat dia . " ujar Taehyung lalu mematikan panggilan itu tanpa mendengar balasan daripada Jimin.

Disebabkan Jimin bagitahu dia yang Aera keluar rumah tak balik lagi . Jadi, dia pergilah cari Aera .

Taehyung mengalihkan kepala Aera supaya bersandar di dadanya. Untuk keselesaan Aera juga . Tangannya memeluk bahu gadis itu membantunya supaya tidak terjatuh .

Selang beberapa minit. Sebuah kereta berwarna kelabu berhenti dihadapan mereka . Jimin keluar lalu memandang Taehyung dengan tajam. Dia terus mendukung badan perlahan-lahan secara bridal style.

Usai itu Jimin kembali menghadap Taehyung .

" Macam mana dia boleh ada dekat sini ? " soal Jimin tenang.

" Kau tanyalah dia sendiri . Kenapa dia ada dekat sini . "

Keadaan antara mereka berdua mula tegang . Taehyung mula melangkah beredar dari situ . Tapi , sempat dihalang oleh Jimin . Dia menarik lengan Taehyung supaya berhenti.

" Kenapa kau tak cakap je awal-awal yang kau bawa isteri aku pergi . Kau apa masalah nie Tae . Takkan isteri kawan pun kau nak kebas . Dah takde perempuan lain ? " ujar Jimin dengan penuh kemarahan .

Taehyung ketawa sinis mendengar kata-kata daripada kawan baiknya itu .

" Kalau aku nak kebas isteri kau nie sekali pun apa kena mengena dengan kau ? Kau pun tak pernah kisah pasal dia kan . Aku boleh nampaklah semua tu dari wajah Aera nie . "

Dia melangkah setapak . Namun berhenti seketika lalu berpaling pada Jimin semula . Dia meletakkan tangannya atas bahu Jimin .

" Kalau kau taknak dia bagi dekat aku jelah . "

||

" Jimin mana ? " soal Encik Park seraya melabuhkan punggung di sofa. Alat kawalan jauh di tangan . Mereka berkumpul 3 beranak di ruang tamu .

" Tak tahulah Appa. Tak nampak dari tadi . " balas Seokjin .

" Tadi Eomma nampak dia bergegas keluar. Dia tak cakap pula dia pergi mana . Ish , biarlah nanti dia baliklah tu . " puan Sohyun duduk disebelah suaminya .

" Chim balik . " pintu dibuka .

Jimin keluar semula untuk membawa Aera ke dalam . Dia buka pintu dahulu sebelum bawa isterinya . Semua muka memandang Jimin serentak selepas nampak lelaki itu mendukung Aera ke dalam .

Tanpa membuang masa Jimin terus naik ke atas . Malaslah nak dengar soalan demi soalan daripada mereka semua . Lagi -lagi bapa nya . Tahu jelah , Aera nie menantu perempuan kesayangannya .

" Sampai jalan pun nak berdukung bagai . Ergh ! Menyampah . " kata-kata keluar daripada mulut Puan Sohyun .

.
.


Badan kecil Aera diletak atas katil. Jimin menatap wajah isterinya tatkala tangan mengusap-usap kepala gadis itu. Jimin berjalan disebelah kiri mengambil tempat untuk baringkan badan.

Sebelum dia baring. Baju dibuka . Selimut membalut badan mereka berdua . Perlahan -lahan Jimin mendekatkan badanya dengan Aera . Gadis itu baring menghadapnya .

" Sayang . Sorry sebab marah awak tadi . Saya tak sengaja . " bisiknya . Jimin memeluk Aera tatkala menutup matanya . Perlahan-lahan dia dibuai mimpi .

||

Seorang wanita dalam lingkungan 40-an menatap seorang lelaki muda dihadapannya .

" Mak Long . " suara halus itu menyapa suasana sunyi itu .

" Jeon Jungkook ! Siapa benarkan kamu balik sini . Mak Long dah katakan jangan datang sini selagi kamu belum berkahwin . " suara wanita itu mula tinggi .

Jeon Jungkook , lelaki muda yang kacak dan kehidupannya penuh dengan kesempurnaan dalam segi wang dan kemewahan . Namun , hatinya rasa kosong tanpa orang istimewa disisi .

" Jungkook takkan kahwin dengan dia . Mak Long pun tahu kan Kook cuma sayangkan Aera . Hanya dia dihati Kook takde sesiapa boleh ganti dia . Tolonglah faham Jungkook . Janganlah aturkan kehidupan Kook dah . " air mata lelakinya mula jatuh .

" Mak Long tak aturkan kehidupan kamu pun . Mak Long cuma nak Jungkook bahagia . Itu aje . Kamu balik ke England semula dan teruskan urus syarikat kita dekat sana . Ikut cakap Mak Long , Jeon Jungkook ! " tegasnya.

___☆☆☆

TBC
VOTE ME
💜

Esok pula erk Lyn publish hehe ')

JIMIN

『 ʜᴇʀ : ᴀ ʟᴏᴠᴇ ᴜɴᴛᴏʟᴅ 』Where stories live. Discover now