640 111 46
                                    

Soonyoung ceritakan segalanya pada Mingyu.

Dia tahu tiada gunanya dia menyorokkan apa yang dia rasa setelah Mingyu melihat keadaannya. Kan dia cakap, dia jarang menunjukkan sisi lemah nya.

Jadi, bila Mingyu berjumpa dengan sisi lemah nya, susah untuk dia lari.

Mingyu, sebaik dia mendengar satu demi satu ayat yang keluar dari mulut Soonyoung, dia jatuh simpati dan sedikit marah.

Sampai hati rakannya sanggup membentak Soonyoung hanya disebabkan hyungnya itu mengajak berlatih. Kalau marah sekalipun, tak perlulah nak membentak. Cakap je kan boleh.

Tadi, sebentar tadi, hampir sahaja Mingyu menerpa ke arah bilik latihan menegur setiap seorang yang menyakiti hati Soonyoung, namun dihentikan oleh tuan empunya.

"Takpelah Gyu, salah hyung juga paksa diorang kan?" ucap Soonyoung bersama senyuman palsunya.

"Kalau salah hyung pun, perlu ke sampai macam tu? Apa, dah hilang hormat ke?" tanya Mingyu geram.

Mingyu menghela nafas kasar. Sekalipun Soonyoung memaksa, minta jelah rehat. Soonyoung bukan hati keras sangat.

Soonyoung terdiam di tempatnya mendengar kata-kata Mingyu. Tidak dapat dia nafikan dia amat terasa, namun positif sahaja. Mungkin Seventeen dalam mood tidak baik.

Mingyu menepuk perlahan belakang badan Soonyoung yang kelihatan gelisah itu.

"Takpe eh hyung, Gyu ada kat sini. Apa-apa yang hyung rasa nak luah, Gyu ada."

Soonyoung tersenyum mendengar ayat Mingyu. Tak dia sangka Mingyu sebaik ini.

"Thank you, Gyu. Em... jangan bagitahu yang lain ya apa yang hyung bagitahu dekat Gyu. Hyung dah maafkan diorang pun."

Mingyu mengeluh lagi. Kadang-kadang, Soonyoung ni terlalu baik sampaikan orang pijak kepala dia.

"Janji tau, Gyu!"

Soonyoung mengeluarkan jari kecilnya minta dipaut. Mingyu tersenyum kecil melihat tingkah childish hyung nya itu.

"Iya janji. Hyung pun sama, jangan sorok apa-apa lagi dengan Gyu tau!"

Soonyoung mengangguk dan melihat tautan jari mereka. Senyuman hadir sebelum mereka berdua melangkah keluar. Cuba menguatkan diri untuk masa akan datang.

▪ 🐯 ▪

"Apasal lambat sangat balik? Kau tahu tak kitorang kena marah tadi?"

Masuk-masuk sahaja ke dalam bilik latihan, Soonyoung dijerkah dengan Jihoon.

Tersentak Soonyoung dan juga Mingyu di tempat mereka sebaik dijerkah sebegitu.

"A -aku pergi tandas..." kata Soonyoung perlahan.

"Pergi tandas berjam. Buat apa? Buang air? Ke menangis? Tch," sampuk Jeonghan pula.

Nampaknya semua seakan bad mood sepanjang ketiadaan Soonyoung.

Soonyoung terdiam di tempatnya.

"Kenapa? Betulkan hyung menangis? Cengeng," Seungkwan menyambung ayatnya.

Mingyu yang mendengar cemuhan Seventeen terhadap Soonyoung menahan rasa marah.

"Yang marah sangat kenapa? Tak boleh ke bagi Soon hyung explain dulu?" tanya Mingyu keras.

Kini, pandangan Seventeen beralih kepada Mingyu.

"Kau tau tak, sebab dia kami semua kena marah dengan Sajang-nim. Kalau dia tak pergi tandas tadi, mesti kita dah sambung latihan," pintas Minghao.

"Nak dengar apa lagi? Ni memang salah dia kan?"

"Nama je ketua, tapi langsung tak bertanggungjawab!"

Prang!

Dengar bunyi sesuatu pecah?

Ya, hati Soonyoung. Dia tidak menyangka teruknya mood Seventeen sehingga begitu.

Soonyoung menyeka air matanya dan berbalik tanpa menoleh.

Dia sudah tak tahan. Kata-kata mereka cukup memeritkan hatinya.

Dia menghiraukan jeritan Mingyu dan Seventeen yang lain. Mengabaikan apa di depannya dan berlari meninggalkan company itu.

Biar ke mana sahaja asal jauh dari mereka. Dia ingin tenangkan hatinya. Mungkin untuk mencantumkan kaca yang pecah tadi?

Even A Word •K.SY•Where stories live. Discover now