617 100 24
                                    

"Does he improve?"

Seungcheol terus bertanya tanpa sempat Doktor Shin itu duduk.

Doktor Shin, doktor yang merawat Soonyoung terdiam seketika namun kembali melabuhkan duduk dan memandang kesemua ahli Seventeen di hadapannya. Entah bagaimana boleh muat, yang tahu sekarang dia harus menjelaskan keadaan Soonyoung.

"Maaf untuk katakan, tapi tiada satu pun perubahan pada Soonyoung-sshi. Dia bukan tak boleh bercakap, tapi dia pilih untuk tidak bercakap."

Penjelasan dari Doktor Shin membuatkan Seventeen kembali mengeluh. Mereka sudah jangka.

"Kenapa dia macam tu, doktor?" tanya Seungkwan.

Doktor Shin memandang mereka satu persatu lalu membalas,

"Kemungkinan besar dia mempunyai trauma tentang bercakap dan seseorang membuatkan dia teringat kembali tentangnya. Ataupun, dia diancam untuk tidak bercakap."

Ayat Doktor Shin menyentak Seventeen.

"Adakah Soonyoung-sshi mempunyai trauma tentang ini? Ataupun dulu dia seorang pendiam?"

Seventeen mengetap bibirnya tak pasti. Melihat keadaan itu, Wonwoo segera bersuara,

"Saya tak pasti yang trauma tu, tapi tentang lagi satu, ya... Hoshi used to be introvert back then. Dia seorang pendiam masa sekolah menengah. Tapi, selepas dia mengenali kami, sifat pendiam dia hilang," jelas Wonwoo.

Wonwoo merupakan rakan satu sekolah Soonyoung. Jadi, dia sedikit sebanyak mengenali Soonyoung walaupun sebelum debut mereka tidak pernah bertegur sapa.

"Dia pernah kena buli?"

Sekali lagi persoalan Doktor Shin mendapat sepi. Mereka tidak tahu itu. Sumpah mereka tidak tahu.

Sekarang baru mereka sedar bahawa mereka masih tidak mengenali Soonyoung secara dalam. Walaupun sudah 10 tahun bersama, namun mengingati tentang kisah silam Soonyoung yang tidak pernah diberitahu membuatkan mereka kesal.

Doktor Shin yang melihat itu mengeluh perlahan. Dia membuka failnya kembali lalu mengangkat kepala.

"Saya takut saya terpaksa tahan dia dengan lebih lama di hospital untuk rawatan lanjut."

Seventeen membulatkan mata. Kalau mereka terpaksa menahan Soonyoung, ini boleh menimbulkan berita.

"T -takda cara lain ke untuk paksa dia cakap, doktor?" tanya Minghao.

Doktor Shin mengeluh perlahan lalu mengangkat kepala.

"Minghao-sshi, kamu tahu bukan untuk memulihkan seseorang, kita tidak boleh memaksanya?"

Pertanyaan Doktor Shin membuatkan Minghao terdiam.

"Saya tahu kamu semua nak dia pulih dengan cepat, tapi jika kita paksa dia pulih, it doesn't change anything."

"Kamu akan buat seolah dia diancam untuk bercakap dan dia akan bertambah takut. Perilaku dia boleh berubah sekelip mata."

"Jadi, satu je pesan saya..."

Seventeen memandang Doktor Shin.

"Layan dia sebagaimana dia layak dilayan."

•🐯•

Brakk!

Tubuh Soonyoung yang masih berumur 9 tahun itu terhenyak ke belakang, dia menatap bapanya yang sedang kemarahan itu.

"AKU TAK SURUH KAU BALAS BALIK APA AKU CAKAP, SIAL!"

Soonyoung terkesima.

"Boleh tak kau senyap je? Memekak kau tahu bila kau buka mulut tu, bodoh!" hambur bapa Soonyoung lagi.

"T— Argh!"

Pipi Soonyoung memerah saat dia merasa tapak tangannya hinggap di pipi nya.

"Can you just stop talking?"

Soonyoung sudah mengalirkan air mata kerana perih di pipinya masih terasa beserta hamburan bapanya.

"Even a word?"

.

"Hoshi hyung!"

Dengan masih peluh di dahi, Soonyoung membuka mata dalam keadaan sesak di dada. Dia seakan lemas dengan suasana di sekelilingnya.

Hansol yang berada di sebelahnya sedikit takut melihat keadaan Soonyoung yang meracau di dalam mimpinya.

Walaupun tanpa suara, ya... tiada suara dikeluarkan, Soonyoung seakan mengalami mimpi yang sangat ngeri.

"Breathe hyung, breath."

Perlakuan Hansol diikuti Soonyoung perlahan-lahan.

"Good hyung..."

Hansol mengeluh lega melihat Soonyoung kembali kepada keadaan asalnya.

"Are you okay now?" soal Hansol lembut.

Soonyoung mengangguk lalu mengisyaratkan tangannya.

'Nak air.'

Hansol yang faham itu segera menggapai air kosong di sebelah katil Soonyoung.

Ya, selepas melihat Soonyoung seakan tiada tanda-tanda untuk bercakap, mereka bercadang untuk belajar bahasa isyarat.

Pertama, kerana Soonyoung sendiri meminta untuk belajar. Kedua, kerana mereka ingin memahami Soonyoung dengan lebih mudah.

Walaupun disibukkan dengan schedule, namun demi melihat Soonyoung mereka kembali, mereka sanggup menghabiskan masa untuknya.

Salah mereka juga kan?

"Hyung nak apa-apa lagi?" tanya Hansol lembut.

Soonyoung menggeleng lalu mengangkat badannya. Dia ingin mandi.

'Hyung nak mandi, Vernon keluar dulu ya?'

Hansol mengangguk lalu mengemas katil Soonyoung seketika. Dia menoleh melihat Soonyoung yang sibuk mencari baju itu pilu.

'Maafkan kami, hyung.'

Even A Word •K.SY•Where stories live. Discover now