Langkah Soonyoung entah ke mana. Dia tidak tahu hala tuju walaupun mengenali suasana sekitarnya.
"Hah... hah..."
Hembusan nafas kasar kedengaran di kawasan sunyi itu. Seketika kemudian, dia melilaukan mata melihat sekeliling.
"J -jauh juga aku lari ek."
Dia tersenyum kecil melihat kawasan sunyi itu. Cukup sesuai untuk menenangkan hatinya yang remuk.
Dia mencari tempat yang bersih di lorong itu sebelum mencangkung dan menekup mukanya. Mengingati segala memori cemuhan Seventeen kepadanya, dia teresak perlahan.
Dia cuma tidak menyangka Seventeen sanggup mencemuh nya. Ya, dia tahu mood rakannya tidak baik sejak dia mengajak mereka untuk berlatih kembali, tetapi sampai mencemuhnya?
Maaf, hati Soonyoung terlalu sakit untuk semua itu.
"Memang semua ini salah aku ke?" bisiknya perlahan.
Dia yang mulanya ingin menekup muka terhenti saat mendengar suara jeritan yang sayup-sayup dari lorong gelap itu.
Dia menatap ingin tahu lalu menghampiri perlahan-lahan ke dalam lorong itu.
Shrkk!
Soonyoung menekup mulut saat melihat apa yang berlaku. Tubuh berdarah itu ditatap ngeri oleh Soonyoung.
Dia mengundur secara senyap untuk tidak menarik perhatian sang pembunuh itu.
Brak!
Mungkin tuhan tidak mahu nasib baik menyebelahi nya hari ini. Soonyoung mencarut perlahan apabila dia terlanggar sebuah tin kosong dan menyebabkan bunyi bergema di lorong itu.
Mukanya kembali diangkat saat merasa ada mata memandang dirinya.
Seketika berlawan mata dengan sang pembunuh, Soonyoung kini dapati dirinya terhentak ke dinding di belakangnya.
Dia membulat mata saat merasa besi sejuk menyentuh lehernya.
"I got you, darling..." bisik sang pembunuh di telinga Soonyoung perlahan menyebabkan buku roma jejaka sepet itu meremang.
"Do I need to kill you? Oh—"
Pembunuh itu memandang Soonyoung atas bawah. Ditilik satu persatu lalu senyuman sinisnya muncul di bibir.
"I can't kill you, Hoshi."
Soonyoung membulatkan matanya gementar. Nampaknya, orang di hadapannya mengenali dia.
Oh lupa, dia popular.
"Nak hidup, Hoshi?" soal pembunuh itu santai.
Dia melonggarkan cengkaman pada tubuh Soonyoung dan memandangnya sinis.
Soonyoung yang menyedari tiada gunanya jika dia melepaskan diri hanya berdiam. Tak bersuara, anggukan kecil dapat dilihat jelas oleh pembunuh itu.
Pembunuh di hadapan nya itu tersenyum kecil lalu mengangguk. Dia menyimpan semula pisau yang masih segar dengan darah merah itu lalu memandang Soonyoung.
"Aku ada satu syarat."
Soonyoung menoleh pantas ke arah pembunuh itu.
"Don't talk."
Pembunuh itu mendekati Soonyoung sehingga nafas nya menerpa ke telinga Soonyoung.
"Even a word."
YOU ARE READING
Even A Word •K.SY•
Short Story[COMPLETE] Terkenal sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky , Kwon Soonyoung tidak menyangka kelakuannya membuatkan rakannya tidak senang . ❝ Aish hyung ! Boleh tak diam sekejap ? Orang nak rehat pun tak tenang ! ❞ Dirinya terasa , namun dia t...