Soonyoung menghela nafasnya perlahan. Dia memandang ke arah kamera di hadapannya yang sedang merakam dirinya.
"Hi Seventeen..."
Suaranya yang sekian lama dipendam akhirnya dilepaskan di hadapan kamera. Suara yang bakal menjadi suara terakhir didengar oleh Seventeen.
"Do you miss my voice?" Setelah persoalan itu ditanya, Soonyoung tersenyum sendiri seolah dapat mengagak jawapan Seventeen.
Rasanya gila agaknya Seventeen mendengar suara Soonyoung. Dan yang paling gila, bukan di hadapan matanya namun dari layar telefon.
"A -aku minta maaf. Aku tahu aku salah kerna pilih keputusan macam ni. Aku tahu pemergian aku terlalu mendadak untuk kalian terima."
"Aku—" Soonyoung menutup mata cuba mengelakkan dirinya dari mengalirkan air mata. Dia menghembus nafasnya setelah merasa dirinya bersedia untuk kembali bersuara.
"Maafkan aku sebab buat kalian susah akhir-akhir ni. Kalau aku pergi mesti kalian senang kan?"
Soonyoung mengangkat kepala memandang kamera yang menghadapnya itu.
"A -aku relakan diri aku keluar dari Seventeen. Jadi, relakan diri kalian untuk melupakan aku. Aku mohon." Soonyoung mengetap bibirnya.
"Dia... dia buat aku teringat kisah pahit aku. D -dia yang buat aku begini. Dia yang suruh aku tidak bersuara. Dia yang—" Jika Seventeen melihat pandangan Soonyoung di layar skrin, dapat mereka lihat perasaan yang bercampur di antara sedih, tersiksa dan terpaksa.
"Dia yang musnahkan hidup aku."
Setitik air mata Soonyoung jatuh.
"Dia beri aku masa selama sebulan untuk pilih keputusan ini. A -aku terpaksa Seventeen. Aku terpaksa demi kalian." Semakin bercucuran air mata Soonyoung mengalir.
"T -tolong jangan cari aku... hiks... tolong jangan cari aku walaupun aku dah pergi jauh. T -tolong jangan biarkan waktu kalian terganggu kerana aku."
Soonyoung perlahan-lahan menurunkan kameranya untuk berada di atas lantai. Dia kemudiannya bersujud di hadapan kamera itu.
"M -maafkan aku sangat-sangat, Seventeen. M -maafkan aku sebab tak mampu buat Seventeen lengkap. Maafkan aku sebab pilih keputusan drastik ini. A -aku tahu aku berdosa... hiks... tolong, aku pinta. T -tolong lupakan aku." Walaupun mukanya menunduk, suara nya cukup untuk sampai ke audio kamera itu.
"T -tolong lupakan orang yang musnahkan kehidupan kalian. T -tolong lupakan orang yang mungkiri janji dia. T -tolong lupakan dia."
Wajah basah Soonyoung diangkat lalu memandang kamera itu.
"Aku tahu melupakan lagi susah dari memaafkan, tapi aku pinta..."
"Maafkan aku dan lupakan aku."
Seventeen menutup mulut melihat wajah Soonyoung di sebalik layar itu. Ketika mereka memilih untuk melihat video ini, mereka jangkakan mereka sudah sedia, namun tidak. Tidak sesekali mereka bersedia untuk menerima keadaan Soonyoung yang sekarang.
"Bodoh! Dia ingat dia tu siapa nak orang lupakan dia?" Semua memandang Jihoon yang tiba-tiba bersuara.
Mata merahnya tidak dapat menipu yang lain bahawa apa yang dikatakan Jihoon adalah lain daripada hatinya.
"Dia ingat mudah ke kita lupakan dia? Setelah sepuluh tahun bersama? Bullshit."
Jihoon bangun dari duduknya dan menuju ke biliknya tanpa menoleh kembali. Pintu biliknya dihempas kasar menandakan jejaka itu betul-betul kecewa.
Soonyoung fucked up really bad.
"Hyung..."
Seungcheol menoleh fokusnya dari pintu bilik Jihoon ke arah Chan. Wajah Chan yang masih tersisa air mata ditatap sendu.
"Should us?"
Seungcheol terdiam seketika. Pilihan yang dibuat ini bukan mudah. Lagi-lagi sejak Soonyoung sudah membuat keputusan begini.
Dia memandang kembali ke arah layar skrin itu. Mengetap bibirnya kuat, dia mengangkat kepala.
"Dia yang pilih ini. Jadi, kita lakukan saja."
YOU ARE READING
Even A Word •K.SY•
Short Story[COMPLETE] Terkenal sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky , Kwon Soonyoung tidak menyangka kelakuannya membuatkan rakannya tidak senang . ❝ Aish hyung ! Boleh tak diam sekejap ? Orang nak rehat pun tak tenang ! ❞ Dirinya terasa , namun dia t...