十三

569 92 14
                                    

Seungkwan menelusuri lorong menuju ke bilik Soonyoung. Harini mereka bercadang untuk breakfast bersama-sama di tempat Soonyoung.

Dia menghampiri pintu itu, namun sebelum dia mencapai tombol pintu, hatinya terasa lain. Seolah-olah akan ada benda buruk yang akan berlaku.

Dia menepis perasaan itu dan membuka pintu. Melihat ke dalam bilik yang hanya kosong terpapar. Tiada kelibat Soonyoung di mana-mana.

"Hyung...?"

Seungkwan menghampiri bilik air. Dia cuba mendengar jika-jika ada bunyi air namun hanya sepi menyapanya. Hatinya kembali berdetak tidak tenang.

"Hoshi hyung?"

Dia melihat sekeliling. Mungkin Soonyoung ada meninggalkan sesuatu. Dan tepat tekaannya, di atas meja bersebelahan dengan katilnya, satu surat terselit elok di bawah frame gambar mereka yang menjadi perhiasan di atas meja.

Dia mengambil kertas tersebut dan duduk di atas katil. Dengan tangan terketar bersama hati tidak tenteram, Seungkwan membuka kertas itu.

'Thank you, Seventeen.'

Cakar ayam dan pendek sahaja, namun membuatkan Seungkwan membulatkan mata. Dia menoleh ke arah almari dengan harapan ini bukan yang seperti dia sangkakan.

'Please don't be real. Please Hoshi hyung, don't do this.'

Tapi, sangkaan nya tepat. Saat dia membuka almari baju itu, semua baju tiada. Lesap bersama-sama pakaian nya yang lain. Yang hanya tertinggal ialah sebuah kotak hadiah.

Seungkwan menekup mulutnya tak percaya. Tidak dijangka Soonyoung sanggup meninggalkan mereka sebegini. Tidak menyangka tekad nya Soonyoung untuk pergi dari hidup mereka tanpa khabar berita.

Seungkwan tidak sedar atau memang Soonyoung pandai menyembunyikan perasaannya? Tanpa ada tanda-tanda, dia lesap sekelip mata.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Seungkwan menggapai kotak hadiah tersebut dan berlari keluar. Hanya satu sebab, untuk memaklumkan tentang kepergian Soonyoung.

"HYUNG!"

▪ 🐯 ▪

Semua terduduk saat mendengar khabar dari mulut Seungkwan. Sama ada Seventeen mahupun CEO mereka, semua tidak mempercayainya.

"This is not time to joke around, Hoshi. God, what the hell he think?" kata-kata dari CEO mereka membuatkan Seventeen dan manager mereka terdiam.

Mereka tidak mampu berkata. Mereka sendiri kesal dengan apa yang berlaku. Melihat CEO mereka yang memicit hidungnya, mereka tahu apa yang dilakukan oleh Soonyoung adalah satu kesalahan yang sangat besar.

Setelah beberapa minit berdiam diri, CEO mereka mengangkat kepala dan memandang yang lain dengan wajah kecewanya. Dapat mereka rasakan CEO mereka sungguh kecewa.

You fucked up so bad this time, Hoshi.

"Kita akan cari Hoshi dalam masa seminggu ini. Jika tiada tanda-tanda dia kembali, saya akan buat notice tentang dia. Dan saya rasa kali ini..." CEO syarikat itu terdiam seketika sebelum kembali mengeluh.

"Saya akan gunakan pertolongan dari polis. Dan saya harap tiada siapa membuka mulut sehingga notice tentang dia dimuat naik."

Seventeen membulatkan mata. Sampai begitu sekali CEO mereka mahu mencari Soonyoung.

"Juga, jika kita tidak temui dia dalam masa seminggu ini..." sekali lagi CEO mereka terdiam. Dia seolah berdebat dengan fikirannya sendiri sebelum memandang Seventeen dan yang lain dengan senyuman yang pahit.

"Saya terpaksa keluarkan dia dari Seventeen."

Even A Word •K.SY•Where stories live. Discover now