608 106 25
                                    

Mingyu menatap tajam ahli Seventeen yang lain. Masing-masing mendiamkan diri setelah melihat Soonyoung berlari keluar.

"Dah puas?"

Pertanyaan Mingyu hanya dibalas hening.

"AKU TANYA NI, DAH PUAS KE BELUM?" marah Mingyu.

Semua tersentak. Mereka memandang Mingyu tak percaya apabila jejaka itu tiba-tiba menjerit marah.

"How dare you to yell at me, Mingyu?" suara Jeonghan kedengaran keras.

Mingyu tertawa sinis.

"Marah aku sebab jerit kat korang. Habistu yang korang dok terjerit-jerit dekat Soon hyung tadi ada dia marah? Ada dia jerit balik kat korang? Ada ke tak?" sinis sahaja soalan Mingyu.

Suasana hening. Masing-masing terkedu saat tersedar perbuatan mereka.

"Aku tahu korang penat dengan latihan. Aku tahu Soon hyung tu suka buat latihan sampai sempurna. Tapi, dia pun ada hati, ada perasaan. Soon hyung bukan kejam sangat pun tak nak kasi korang rehat."

Getar di suara Mingyu kedengaran.

"Korang terasa dengan apa aku kata? Habis Soon hyung tak terasa ke apa yang korang kata?"

"He's fucking crying, Seventeen! Menangis depan aku sebab perbuatan kalian. Lepastu, sampai je dekat bilik latihan kena serang macam tu. Cakap dengan aku, siapa yang tak sakit?"

Tiada jawapan.

"I -ini semua salah aku."

Semua memalingkan muka memandang ke arah Seokmin yang hampir menangis itu.

"Masa aku bentak dia tadi, aku nampak muka dia berubah. A -aku dengar suara dia bergetar... tapi, a -aku abaikan sebab aku memang tengah penat. Aku rasa mungkin Soon hyung memang nak pergi tandas je. A -aku tak sangka dia terasa. A -aku minta maaf," jelas Seokmin.

"It's my fault too," Minghao menyampuk perlahan.

Kemudian, seorang demi seorang bersuara kerana rasa bersalah.

Mingyu menghela nafasnya. Walaupun dia masih geram kerana membuat Soonyoung pergi entah ke mana, namun mendengar ayat Seventeen, dia rasa masalah boleh selesai selepas Soonyoung balik.

"Aku harap kalian minta maaf masa Soon hyung balik."

Semua mengangguk perlahan.

•🐯•

Seventeen menanti dengan gelisah kepulangan Soonyoung.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi, namun kelibat Kwon Soonyoung langsung tidak kelihatan.

Mingyu juga sudah cuba menelefon jejaka bermata sepet itu, namun hanya voicemail yang membalas panggilan itu.

Semua memandang Seungcheol yang lagi tadi erat memegang phone nya. Mereka tahu jejaka itu cuba menghentikan perlakuannya dari menghubungi manager mereka.

Jika manager mereka mengetahui kehilangan Soonyoung, mereka terpaksa membuka mulut.

Dan itu merupakan perkara terakhir yang ingin Seventeen selesaikan.

Cukuplah pergaduhan antara mereka sudah menghancurkan hati seseorang, mereka tak nak ada orang lain yang terlibat.

Cleck!

Mata semua menatap ke arah pintu di mana Soonyoung berdiri. Tidak dapat mereka nafikan, hati mereka berasa sedikit lega melihat jejaka itu

Seungcheol menghampiri Soonyoung yang memandangnya kosong.

"Shi...? Shi pergi mana tadi? Kenapa lambat sangat balik?" soal Seungcheol lembut. Dia tidak mahu melukakan hati Soonyoung lagi.

Soonyoung tidak membalas namun dia menatap Seungcheol dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Pandangan yang tidak dilihat sinar keceriaan seorang Kwon Soonyoung.

Seungcheol terkesima seketika.

Ini bukan Soonyoung.

"Hoshi...?"

Dengan tiba-tiba air mata Soonyoung mengalir di pipi. Suara tangisan langsung tidak kedengaran, yang dilihat hanya mata merahnya yang masih segar dengan mutiara air matanya.

Mingyu terus menerpa ke arah jejaka itu dan membawanya dalam pelukan. Tolonglah, dia sendiri sudah penat dengan semua salah faham ini.

Soonyoung tidak membalas pelukan Mingyu, namun dia juga tidak berkata apa-apa. Tangisan tanpa suara itu ditatap sendu oleh semua.

Soonyoung melepaskan pelukannya lalu mengeluarkan phone. Dia mencari aplikasi noted sebelum menulis sesuatu.

Dengan tangan gementar dan matanya yang kabur, dia berjaya menaip ayat yang ingin diperkatakan.

'I'm sorry, I can't talk anymore.'

Seungcheol dan Mingyu yang membaca ayat membulat kan mata.

"Are you kidding me, Hoshi?" Hampir sahaja Seungcheol menjerit kembali namun ditahan.

Seventeen lain memaparkan wajah kebingungan sebelum diserahkan phone Soonyoung kepada mereka oleh Mingyu.

Tiada balasan, Soonyoung tersenyum pahit beserta air matanya setia mengalir di pipi.

'Maaf, tapi aku pilih untuk ikut dia.'

Dan tiada siapa mendengarnya.

Even A Word •K.SY•Where stories live. Discover now