537 94 6
                                    

Setelah hampir tiga minggu di hospital terapi, akhirnya Soonyoung dibenarkan keluar.

Bukan kerana dia semakin membaik, tetapi kerana dia lebih selesa di tempat mereka. Mungkin, dengan suasana di rumah membuatkan ketakutan dia menghilang.

Tetapi, mampukah dia menghilangkan ketakutan itu jika dia hanya diberi pilihan dalam masa seminggu?

No. He will not.

Kerna pilihan ini, yang akan mengubah semuanya.

Mengubah dunianya, dan dunia mereka.

Soonyoung melangkah masuk ditemani oleh Seungcheol dan Seokmin di kanan dan kirinya. Hanya mereka berdua yang menemani dia sepanjang proses check out tadi dan menyambut dia pulang.

Teammates nya yang lain mempunyai schedule sendiri dan ada yang emergency secara tiba-tiba.

Walaupun mereka tidak menyambut Soonyoung pulang, tetapi cukuplah pesanan ‘Welcome Home’ dan beberapa mesej gembira dari yang lain membuatkan dia tersenyum.

"Hyung... hyung nak makan dulu ke mandi dulu? Kalah hyung nak makan, makanan ada kat bawah tudung saji. Gyu tinggalkan makanan untuk hyung," Seokmin berkata di tepinya.

Seungcheol sudah menghilang ke dalam bilik Soonyoung untuk meletakkan bagasi milik Soonyoung.

'Hyung nak mandilah. Nanti kalau hyung nak makan, hyung makan.'

Soonyoung menggerakkan jarinya. Seokmin yang memahami apa yang di isyarat kan oleh Soonyoung tersenyum kecil. Dia menyerabaikan rambut hyung nya gemas.

"Alright, good. Kalau takda apa-apa lagi, aku balik bilik dulu lah. Kalau hyung ada apa-apa masalah, mesej je aku, okay?" Seokmin melambai tangannya sebelum menghilang di sebalik pintu meninggalkan Soonyoung sendirian di ruang tamu itu.

Dia menghampiri biliknya yang masih ada Seungcheol di dalamnya.

Dia mengetuk pintu menarik perhatian Seungcheol yang sedang mengemas bajunya. Seungcheol mengangkat kepala dan memandang Soonyoung tanda tanya.

'Hyung tak payah lah kemaskan baju aku. Nanti aku buat. Hyung rehatlah, mesti hyung penat.'

Seungcheol tersenyum lalu menggeleng.

"It's okay... lagi sikit je ni. Shi nak mandi dulu mandilah," pesan Seungcheol kepada Soonyoung.

Nak tak nak, Soonyoung mengangguk. Mengambil tuala yang diberikan oleh Seungcheol, dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Dia menatap ke arah cermin.

'Kau ke yang bebankan mereka?'

Soonyoung menggeleng lalu membuka paip. Tiba-tiba dirinya terasa ingin mandi di bath tub. Hampir 15 minit menunggu, air mulai meninggi. Seakan kira-kira dia boleh merendam badan, dia melangkah masuk ke dalam bath tub setelah menanggalkan segala pakaian nya.

Soonyoung merehatkan badan di dalam air. Memutar kembali pesanan dan amaran dari jejaka itu.

Satu minggu untuk buat keputusan bukan mudah untuk Soonyoung menilai dengan baik. Pilihan yang harus dipilih juga susah.

Soonyoung meraup mukanya.

'What should I do?'

Even A Word •K.SY•Where stories live. Discover now