Suasana di ruang bilik latihan itu senyap dari kebiasaan. Masing-masing berbaring kelelahan setelah berlatih selama 5 jam berturut-turut.
"Chaa guys! Let's continue!"
Soonyoung menepuk tangan menarik perhatian semua. Seventeen yang masih berbaring itu mengeluarkan suara tidak puas hati apabila mendapat waktu rehat yang singkat.
"Yah Hoshi! Rehatlah dulu! Kitorang masih penat lah!" Suara Jihoon terdengar kuat dari penjuru bilik latihan itu.
Soonyoung mengerutkan kening. Lah, dia sudah beri rehat lebih dari 15 minit kot.
"Tapi-"
"Aish hyung! Boleh tak diam sekejap? Orang nak rehat pun tak tenang!" bentak Seokmin geram.
Dirinya baru nak berehat dengan tenang, namun mendengar suara Soonyoung yang asik mengajak mereka untuk berlatih membuatkan perasaan menyampah itu hadir.
Soonyoung terdiam mendengar ayat Seokmin. Sekali lagi dia ingin membuka mulut, jelingan tajam diberikan oleh beberapa temannya menutup mulutnya.
"O -oh, okay. K -korang berehat lah. H -harini sampai sini je latihan. E -ehm, aku nak pergi tandas."
Sehabis baik Soonyoung cuba menahan tangis nya. Dia laju sahaja melangkah keluar tanpa menoleh lagi.
Dia terasa. Namun, dia tidak boleh menunjukkan nya. Salahnya juga memaksa mereka walaupun dia tahu stamina rakannya tidak sepertinya.
Dengan perlahan, Soonyoung mengunci pintu tandas awam yang berdekatan dengan tempat latihan mereka.
Dia terlungkup sebaik sahaja menutup pintu tandas. Air matanya laju sahaja mengalir mengingati kata-kata dan jelingan rakannya.
Soonyoung bukan lah kuat. Hatinya rapuh. Tetapi, dia tidak suka menunjukkan perasaan itu meskipun di hadapan rakannya.
Dia sebahagian dari ketua mereka. Siapa je mahu ketua yang lemah bukan?
Teresak perlahan di sebalik tangannya, ruang tandas itu dipenuhi dengan bunyinya.
"Hyung?"
Soonyoung mengangkat kepala saat mendengar seseorang memanggilnya.
Dia bertentang mata dengan mata Mingyu yang memandangnya risau.
"Hyung... kenapa hyung menangis ni?"
Damn.
Soonyoung terlupa jejaka itu pergi ke tandas selepas dia memberikan waktu rehat.
"Hyung-"
Kata-kata nya tersangkut di kerongkong apabila tiada ayat yang mampu menutup penipuannya.
Wajah Mingyu berubah menjadi kesian lalu menarik hyungnya ke dada. Dia memeluk Soonyoung dan tanpa sesaat jejaka itu menghamburkan tangisannya.
Tiada kata diluah, hanya tangisan itu ingin ditenangkan oleh Mingyu.
Beberapa minit kemudian, tangisan Soonyoung berhenti. Mingyu yang sedia tadi menunggu jejaka di pelukannya itu mengangkat muka Soonyoung memandangnya.
"Hyung... are you okay?" tanya Mingyu risau.
Soonyoung tersenyum pahit lalu mengangguk. Dia mengelap sisa air matanya.
"I'm okay. Thank you," ucap Soonyoung perlahan. Suara serak nya dapat didengari oleh Mingyu.
"Hyung nak luah apa-apa? Gyu kat sini ada je," pujuk Mingyu.
Dia terlalu bingung melihat Soonyoung menangis. Apa yang terjadi sebenarnya? Rasanya sewaktu dia pergi tandas, Soonyoung masih ceria.
"Hyung nak jumpa yang lain?"
Kekeliruan nya memuncak saat wajah pucat Soonyoung itu di geleng pantas.
"H -hyung taknak jumpa diorang..."
Air mata Soonyoung kembali mengalir mengingati kata-kata rakannya.
Apabila melihat itu, wajah Mingyu berubah risau. Apa yang rakannya dah buat sampai Soonyoung menangis begini.
Dia kembali memeluk Soonyoung dan membiarkan jejaka itu menerawang di dalam fikirannya.
'Kalaulah aku bisu, mesti diorang lega kan?'
YOU ARE READING
Even A Word •K.SY•
Historia Corta[COMPLETE] Terkenal sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky , Kwon Soonyoung tidak menyangka kelakuannya membuatkan rakannya tidak senang . ❝ Aish hyung ! Boleh tak diam sekejap ? Orang nak rehat pun tak tenang ! ❞ Dirinya terasa , namun dia t...