Seventeen menatap kosong cermin di hadapan mereka. Biasanya, akan ada seseorang yang mengarahkan mereka, menegur mereka mana yang salah mana yang betul. Akan ada seseorang yang akan memanggil mereka untuk kembali berlatih.
Namun kini, kosong. Suara nya kosong. Tiada lagi jeritan dan gelak tawa dari orang yang pergi.
"Lupakan aku."
Seventeen tersentak dari lamunan mereka saat tepukan kedengaran. Mereka memandang ke arah choreographer mereka, Hwanjun yang memandang mereka pelik sebelum mengeluh perlahan.
"Let's continue, Seventeen," Hwanjun mereka memandang mereka simpati. Dia tahu betapa besarnya impak Soonyoung dalam hidup mereka.
Malah Hwanjun sendiri kecewa. Masakan tidak, dia dan Soonyoung selalu bersama-sama membincang kan tentang tarian-tarian yang akan mereka cipta dan pilih. Tiadanya Soonyoung, dia rasa macam tiada siapa mahu membantunya lagi.
Latihan berjalan seperti biasa walaupun keruhnya suasana. Tempat Soonyoung diisi supaya tidak kelihatan kosong. Mereka menukar beberapa langkah untuk memenuhkan kawasan Soonyoung itu.
Notice tentang pengeluaran Soonyoung telah diumumkan. Dan seperti jangkaan semua, Carats mahupun dunia K-pop terkejut saat berita itu terkeluar. Ramai membuat andaian sendiri, malahan ada yang menyalahkan syarikat mereka atas pengeluaran Soonyoung.
Seventeen tidak mampu bersuara, hanya mampu membaca satu demi satu tweet luahan hati peminat mereka. Mereka kadang terfikir, apa agaknya reaksi Carats jika tahu cerita sebenar di sebalik pengumuman tersebut.
Setelah berjam menfokuskan diri dalam latihan, Seventeen akhirnya sampai di penghujungnya. Masing-masing menyapa dan berpamitan dengan staff sebelum menuju ke van mereka.
"Hyung... aku pergi studio dulu. Nanti aku balik sendiri."
Seungcheol, Jeonghan dan Joshua menyentak kepalanya memandang Jihoon yang sudah menuju ke studionya. Mereka memandang Jihoon simpati.
Di kalangan Seventeen, Jihoon lah yang paling terasa dengan pemergian Soonyoung.
Berkurung di dalam studionya berhari-hari, kadangkala Seungcheol risau Jihoon akan mengalami depresi. Mereka tahu Jihoon pernah mengalaminya suatu ketika dahulu, jadi mereka tidak mahu dia mengalaminya lagi.
Kerna yang pernah berjuang mengubati depresi Jihoon hanya Soonyoung. Yang berada dengan Jihoon waktu di masa sukarnya hanya Soonyoung.
Jadi sekarang, siapa yang akan menggantikan tempat Soonyoung?
No one thinks they could.
"Jihoon-ah..." Jeonghan memanggil Jihoon lembut menyebabkan jejaka itu terhenti langkahnya.
"Don't push yourself okay? We always by your side when you need us, okay?"
Ketiga jejaka 95 liners itu nampak bahu Jihoon sedikit teresak namun mereka tidak menyuarakan. Membiarkan Jihoon pergi tanpa berkata-kata diiringi ekoran mata dari mereka.
'Hoshi, how we need to forget you?'
YOU ARE READING
Even A Word •K.SY•
Truyện Ngắn[COMPLETE] Terkenal sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky , Kwon Soonyoung tidak menyangka kelakuannya membuatkan rakannya tidak senang . ❝ Aish hyung ! Boleh tak diam sekejap ? Orang nak rehat pun tak tenang ! ❞ Dirinya terasa , namun dia t...