584 94 6
                                    

"S.Coups, kamu tahu kan?"

Seungcheol menunduk mendengar ayat dari CEO mereka.

"Saya tahu, CEO-nim," balas Seungcheol perlahan.

CEO Pledis memandang Seungcheol kasihan.

"Saya tak kesah pun kalau Hoshi perlu sambung hiatus. Tapi, saya risaukan kamu semua. Saya takut nanti kamu semua yang diganggu para wartawan. Saya takut carier kamu terjejas dengan ketiadaan Soonyoung yang terlalu lama," ucap CEO nya lembut.

CEO mereka sendiri sebenarnya tidak mahu mengatakan ini, dia rela jika Soonyoung menyambung hiatus nya. Iyalah, dia sudah anggap Soonyoung itu sebagai anak nya sendiri. Soonyoung ialah batu emas untuk Seventeen, jadi amat pilu jika jejaka itu tiada.

"Saya faham, CEO-nim. Saya pun tahu kemungkinan begini akan berlaku. Maafkan saya sebab tak jaga ahli dengan sebaiknya."

Kata-kata Seungcheol mendapat gelengan daripada CEO syarikat itu.

"Jangan salahkan diri kamu, S.Coups. Ini semua dah berlaku. Apa yang akan jadi lepas ni, doakan yang terbaik, okay?"

Seungcheol mengangguk lalu mengeluh lagi. Berikan dia rehat untuk sehari, itu je dia pinta.

Seakan memahami apa yang di fikirkan oleh Seungcheol, CEO nya terus berkata,

"Esok kamu semua cuti. Saya bagi kamu semua rehatkan minda dengan segala kekacauan ini. Jangan bebankan diri, saya nak kamu semua juga baik-baik je. Kalau nak melawat Soonyoung pun saya benarkan esok," lembut sahaja CEO berkata.

Seungcheol tersenyum tulus. Ya, CEO mereka sangat baik. Cuma, kadangkala mereka sendiri yang memaksa diri walaupun CEO mereka sudah menghalangnya.

Mungkin peminat mereka tidak tahu, di sebalik kejayaan mereka, salah seorang yang memberi penguat adalah CEO mereka.

CEO mereka bukan kejam, tetapi cuma ketika itu, masing-masing memerlukan duit yang banyak itu menampung diri.

Dia ingat lagi kata Seungkwan saat satu Caratland.

"CEO Pledis yang membuat kami menjadi Seventeen sehingga kita semua bertemu. Kerana itulah, dia orang yang kami sangat syukuri dan apa yang harus dilakukan oleh Seventeen supaya kelihatan menarik untuk sampai di cintai peminat sebanyak ini, dia adalah orang yang mempertimbangkan hal ini dengan sangat berhati-hati. Alasan kami bersungguh-sungguh adalah kerana CEO Pledis sangat mempercayai kami, dan kerana itulah, kami berusaha untuk membanggakan dia."

Sekarang, masih sama. CEO mereka yang layak seorang bapa ini memberi sebuah keselesaan dan kebebasan untuk mereka.

"Terima kasih, CEO-nim."

Seungcheol menunduk terharu. Walaupun dia tidak melihat wajah itu, dia tahu CEO mereka tengah tersenyum hangat.

"Sama-sama, S.Coups. Kamu boleh berehat ya."

•🐯•

Soonyoung menatap phone nya lama. Panggilan telefon dari seseorang sebentar tadi menganggu fikirannya.

Patutkah dia mengikuti apa yang figura itu pinta dari dia.

"Hoshi!"

"Hyung!"

Soonyoung tersentak saat pintu biliknya dibuka dengan tiba-tiba. Kelibat Seventeen ber-12 membuatkan dia tersenyum kecil.

'Hai! Harini takda latihan ke?'

Semua menggeleng memahami isyarat tangan Soonyoung. Chan menghampirinya lalu membalas,

"Takde hyung, harini CEO-nim bagi cuti. Hehe."

Keletah Chan itu membuatkan Soonyoung dengan geram menyerabaikan rambutnya. Setelah puas mengusik Chan, Soonyoung kembali memandang yang lain.

'Kalian sihat?'

Semua mengangguk. Berbagai jawapan yang diterima nya membuatkan dia tidak fokus dengan keadaan sekeliling.

"Kami sihat je, hyung sihat? Makanan dekat sini sedap tak?" Pertanyaan Mingyu mendapat muka jijik dari Soonyoung.

'Sihat je. Tapi makanan tu? Yah, mana ada makanan hospital sedap!'

Semua tergelak kecil melihat wajah cemberut Soonyoung. Tak lupa, Mingyu dan Junhui yang sedang mengeluarkan sesuatu.

"Disebabkan itu, Gyu dan Jun hyung masak makanan istimewa untuk hyung! Pancake Jeon!" dengan teruja, Mingyu mengeluarkan makanan yang dibawa.

"Gyu, hati—"

Belum sempat Junhui memberi amaran, sedikit dari makanan yang dipegang Mingyu jatuh. Semua tergamam lalu memandang tajam ke arah Mingyu.

Mingyu terkaku seketika kemudian tersentak saat Junhui menarik makanan yang dibawa dengan jelingan.

"Iye pun excited, makanan tu jangan jadi mangsa. Members kau ni semua kebulur, Hoshi hyung tu ha, kesian dia nak rasa," bebel Junhui sambil menghidangkan makanan di atas meja hospital itu

Mingyu menunduk dan menguis lantai menggunakan kakinya seolah dimarahi oleh mak-mak.

Seventeen yang membelakangi Junhui menggelakkan Mingyu tanpa suara. Jika mood Junhui bertukar mak-mak, jangan cuba nak mengusik. Mereka yang kena nanti.

"Lepas ni, biar aku je hidang makanan. Tugas kau cuma masak, faham?"

Junhui menoleh memandang Mingyu dengan tangannya dipinggang. Dia menatap Mingyu lama menunggu jawapannya.

"Faham, hyung..." perlahan je Mingyu bersuara.

Junhui mengangguk puas hati lalu kembali memandang Soonyoung yang terkekek tanpa suara.

"Dah, jom jom, makanan banyak ni. Hoshi rasalah. Mesti rindu dengan masakan Gyu."

Soonyoung tersenyum lalu mengangguk. Mencuit sedikit pancake Mingyu dan merasainya. Dia membulatkan mata.

'Wah! Sedap! Rindunya~'

Semua tergelak dan Mingyu menunjukkan muka puas hati spabila mendapat pujian dari Soonyoung.

Mereka menikmati makanan dengan gelak tawa. Banyak yang Seventeen ingin berkongsi cerita dengan Soonyoung.

13 orang dalam satu ruang, padat tapi bermakna. Soonyoung tersenyum melihat suasana di hadapan nya. Hatinya dipenuhi rasa tenang dan perasaan yang tidak mampu diungkap.

Sedang dia menikmati, satu mesej masuk membuatkan senyumannya hilang sekelip mata.

'Remember my words, huh?'

Even A Word •K.SY•Where stories live. Discover now