特別な

675 86 19
                                    

Bunyi ketikan kamera dan cahaya bersambung-sambung menyapa mereka yang berada di pemakaman. Ikutkan hati, ingin sahaja Seventeen menghalau wartawan-wartawan itu namun memikirkan yang mereka adalah artis, mereka memendam perasaan itu. Tambahan pula, sejak berita baru-baru ini yang menggemparkan.

"Takziah buat kalian, Seventeen."

Seventeen yang masih meratapi pemergian dia menoleh. Mereka terkejut saat melihat orang yang tidak disangka hadir ke majlis pengebumian ini.

"Ah, Shinee sunbae-nim. Terima kasih," balas Seungcheol sebagai ketua. 

Shinee masing-masing tersenyum pahit. Mereka tahu perasaan itu. Perasaan kehilangan seseorang.

"Terima kasih sunbae sebab hadir. Hoshi mesti gembira favourite group dia hadir," Sekali lagi Seungcheol berucap.

Shinee tertawa kecil.

"Sama-sama. Jonghyun mesti tengah tunggu dia kat atas sana kan?" Seventeen tersentak saat mendengar kata-kata ketua Shinee, Jinki. Shinee memandang ketua mereka tersenyum kecil. faham dengan maksud tersirat jejaka itu.

"Mungkin? Dan Hoshi mesti gembira nak jumpa mendiang Jonghyun."

Kedua kumpulan itu tersenyum kecil mendengar kata-kata Joshua. 

"Boleh kami tahu bagaimana Hoshi pergi? Sejujurnya, kami terkejut bila tahu dia pergi secara tiba-tiba," sampuk Minki memecahkan suasana janggal mereka.

"I- we... actually don't know the reason. But, they said he... suicide." Shinee terdiam. 

"Oh."

Seakan dejavu untuk mereka. Alasan yang sama atas kematian ahli sendiri. Seventeen kembali menatap frame yang terletak indah gambar Hoshi di situ.

'Pergi dengan tenang, our star.'

▪ 🐯 ▪

Jihoon menutup pintu studionya perlahan. Seharian melayan tetamu yang hadir ke pemakaman Soonyoung sangat memenatkan. Dia melepaskan suit yang dipakai lalu diletakkan di belakang kerusinya.

Jihoon menyeluk kocek seluarnya mencari sesuatu. Sesuatu yang tiada siapa tahu kecuali dia. Dia mengeluarkan surat yang sudah ronyok itu.

Jihoon menatap surat itu ragu-ragu. Surat itu diberikan oleh pihak forensik ketika mereka menjalankan siasatan ke atas tubuh Soonyoung. Bertuliskan nama dia, Jihoon menyimpan surat itu tanpa niat memberitahu rakannya.

Itulah sebab mengapa dia di studio sekarang. Dia tidak mahu sesiapapun mengganggu waktu sendiriannya. Waktu untuk dia meluahkan segalanya.

Jihoon membuka surat itu berhati-hati. Ronyoknya terlalu teruk dek kerana dia tergesa-gesa menyimpannya. Membaca perkataan pertama, dia tahu dia bakal menangis.



Kepada sahabatku, Lee Jihoon.

Ketika kau baca surat ini, figura yang menulis surat ini telah tekad untuk pergi. Pergi dari dunia yang kejam ni. Maafkan aku, Jihoon. Maafkan aku buat kau tersakiti buat kesekian kalinya.

Ji,

Aku penat, Ji. Aku penat dengan hidup aku. Kenapa dia hadir waktu aku cuba melupakan memori itu? Kenapa dia hadir waktu aku berniat untuk menjadi penguat Seventeen. Kenapa dia hadir waktu aku sedang belajar untuk menjadi seorang yang tabah.

Ji, aku pinta kau jangan bagi members kita yang lain baca. Aku pinta kau ikat rahsia ini antara aku dengan kau sahaja. Aku tak sanggup menambahkan derita mereka terutamanya maknae kita, Ji. Aku percayakan kau, Jihoon.

Even A Word •K.SY•Where stories live. Discover now