Soonyoung membuka mata saat mendengar pintu biliknya dibuka. Rasanya, kesemua Seventeen dah balik jam tadi, siapa yang melawatnya kali ini.
Langkah itu makin dekat dan membuatkan Soonyoung menoleh. Dia membulatkan mata mengenali figura itu.
"You can talk, Hoshi."
"K -kenapa kau kat sini?" Suara serak basah Soonyoung kedengaran setelah lama dia tidak bercakap.
Figura itu tidak membalas sebaliknya mendekatkan diri dengan Soonyoung. Dia tahu Soonyoung takkan melawan.
"Good boy, tak bercakap bila aku tak suruh," ucapnya tersenyum kecil lalu mengusap rambut Soonyoung.
Soonyoung memejamkan matanya ketakutan. Ini bukan apa yang dia pinta.
"Why you left me on seen, Hoshi? Kau sibuk sangat dengan members kau ke sampai tak sempat balas mesej aku?" Persoalan figura itu membuatkan Soonyoung membuka matanya kembali.
"M -maaf."
Figura itu tersenyum lalu menggeleng perlahan. Dia melepaskan tangannya dari kepala Soonyoung dan berjalan untuk berdiri di hadapan katil jejaka itu.
"Tak apa. Aku tak kesah. Cuma kau ingatkan kata-kata aku?"
Soonyoung mengangguk. Mana mungkin dia lupa apa yang dikatakan jejaka itu.
"You make them even harder than what they are facing now you know that, Hoshi?" soal jejaka itu lembut.
Dia tersenyum senget melihat Soonyoung menutup mata cuba mengabaikan apa yang dikatakan olehnya. Jejaka itu tahu dia tidak boleh menyentuh Soonyoung, jadi dengan pemikiran sahaja dia boleh mengusik nya.
Dia menunduk dan memandang Soonyoung berdepan.
"Look at me, Hoshi."
Nak tak nak, Soonyoung mengangkat muka dan berlawan mata dengannya.
"Kau tak tahu ke selama ini, kau menjadi beban mereka? Diorang dahlah penat dengan schedule diorang, pastu nak layan kau yang pura-pura bisu ni. Kau makin menambahkan penat mereka. Sedangkan kau? Baring kat katil tak buat apa-apa."
Setitik air mata Soonyoung jatuh ke pipi.
Ya, dia sangat merasakan itu. Setiap hari dia berfikir adakah dia ini beban mereka. Tetapi, dia tidak mahu menyoalkan kerana dia tahu Seventeen akan menidakkan nya.
Dan itu yang paling ditakutkan olehnya.
Seventeen sering menipu dengan perasaan sebenar masing-masing. Bila dikata tidak, mereka bermaksud kan sebaliknya.
"Sudahlah, Hoshi. Tak perlulah kau nak meraih simpati aku. Aku tak paksa kau untuk jadi bisu, aku tak paksa kau untuk tak bercakap, tapi kau yang pilih. Kenapa? Kau memang nak perhatian mereka kan? Lepas apa yang mereka buat dekat kau?" Bertubi-tubi serangan diberikan kepada Soonyoung.
Jejaka gemini itu sudah teresak. Tidak mampu lagi menutup suaranya yang semakin galak dikeluarkan.
"I c -choose because of y -you..."
Figura didepan nya itu menoleh ke arahnya dan memandangnya tajam. Dia menghampiri Soonyoung lalu menarik rambut dia kebelakang sehingga Soonyoung merintih sakit.
"Me? Say it again, Hoshi."
Soonyoung menggeleng kepala. Dia tidak sanggup mengulang ayatnya.
Figura itu melonggarkan genggaman di rambut Soonyoung lalu mengusapnya lembut.
"Sorry dear, you triggered me with your words."
'Kau tak sedar ke kau pun sama,' bisik Soonyoung di dalam hati.
Jejaka itu menjauhi Soonyoung dan berjalan ke pintu.
"I give you one week to think and one month to spend everything with them. Choose wisely."
Kemudian, hilang.
Soonyoung sudah mengagak kehadiran jejaka itu tidak pernah menggembirakan, tetapi ayatnya masih terlekat di kepalanya.
'Kau makin menambahkan beban mereka.'
Is he?
Soonyoung menyembamkan mukanya di antara lututnya dan kembali teresak. Cukuplah selama dia di hospital ini membuatkan pemikiran dia menerawang.
Tambahan dengan kehadiran jejaka itu.
Soonyoung tidak mampu berfikir lagi. Hanya menangis dan menangis mengingati pemikirannya.
YOU ARE READING
Even A Word •K.SY•
Short Story[COMPLETE] Terkenal sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky , Kwon Soonyoung tidak menyangka kelakuannya membuatkan rakannya tidak senang . ❝ Aish hyung ! Boleh tak diam sekejap ? Orang nak rehat pun tak tenang ! ❞ Dirinya terasa , namun dia t...