BAB 1

181 23 0
                                    

Itzy p.o.v

    " Ni rumahnya unnie?" Lia mengangkat kepalanya memandang rumah di hadapan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    " Ni rumahnya unnie?" Lia mengangkat kepalanya memandang rumah di hadapan mereka. Tak besar sangat tapi okeylah daripada takde kan.. Beg baju mereka diangkat ke dalam rumah itu. Mengikut informasi yang mereka dapat, rumah ni adalah milik bonda mereka sebelum dia berkahwin dengan ayahnda mereka.

    " Umm. Unnie ada masalah. Macam mana kita nak buka kunci rumah ni? Ish.. Unnie tak pernah buat macam ni lah.." Keluh yeji. Gugus kunci di tangannya ditenung tajam seperti kunci itu bersalah. Chaeryeong merampas kunci itu dengan paksaan dari tangan kakaknya. Haih.. Tulah orang suruh belajar cara hidup macam rakyat biasa semalam, tak nak. Kunci dimasukkan ke tempatnya sebelum tombol pintu dipulas. Habuk-habuk menyambut kedatangan mereka di rumah baru mereka itu.

   " Ish.. Penuhnya habuk. Betul ke ni rumah bonda? Bonda mana pemalas nak kemas bilik macam ryu unnie.." Komen yuna sebelum terbersin kerana habuk. Ryujin menjelingnya tajam.

   " Memanglah bonda tak malas adik sayang.. Masalahnya sekarang ni kita kat rumah bonda yang dah 16 tahun ditinggalkan. Logiklah.." Balas ryujin pula. Kain yang mentupi sofa ditarik sehingga menyebabkan kesemua habuk berterbangan.

    " YAH!! JEON RYUJIN!!" 

Sementara itu, di istana,

Mina p.o.v

    " Kanda yakin dengan rancangan kanda ni? Macam mana kalau nyawa mereka diancam kat luar sana?" Mina menyoal suaminya itu. Sememangnya dia risau. Dahlah 5 orang puteri tu je yang dia ada. Perempuan pulak tu. Banyak bahaya yang menanti mereka kat luar sana. Mampu ke mereka?

   " Don't worry dinda. Semuanya akan baik je. Mereka bukan puteri biasa-biasa dinda... Jangan risau ye dinda yang kanda sangat sayang ni..." Wonwoo memujuk ratunya itu. Mereka memandang ke kota dihadapan mereka. Kota yang aman damai saja di mata mereka. Tapi, mereka tak tahu macam mana kehidupan di kampung lain yang jauh dari pandangan mereka. Sebab tu puteri-puteri tu dihantar ke sana untuk menyiasat.

-----

Kembali ke rumah itzy semula,

Itzy p.o.v

   " Yah! Unnie dah mop lantai tu tadi! Yang kau pergi lalu situ kenapa? Punya besar laluan kat sebelah sana tu, kat situ juga kau nak lalu! Unnie stres lah macam ni!!" Marah yeji. Chaeryeong melihat ke lantai yang dipijaknya. Nampak kakinya dari pintu luar rumah. Dahlah dia baru membersihkan lumpur yang terkena lantai kat luar, memanng bersepah lagilah jawabnya..

   " Hehe sorry unnie. Jangan marah nanti kena jual." Balas chaeryeong sebelum berlari ke bilik air. Kaki dicuci dengan perlahan supaya bersih manakala yeji di ruang tamu mencarut kepada adiknya dalam bahasa makhluk asing.

    " Unnie masak apa?" Soal yuna yang baru selesai menukar cadar bilik yang akan dikongsi bersama chaeryeong kepada lia. Dalam rumah ni ada tiga bilik tidur dan 2 bilik air. Satu di atas dan satu di bawah. Mereka main osom tadi siapa menang dapat bilik single. Dan nasib yang baik sangat menyebelahi sang anak ketiga, ryujin. Jadi dia dapat tidur di bilik seorang diri.

   " Masak biasa je. Nasi goreng Kimchi. Lepas tu panaskan sup rumpai laut yang kita bawa sekali ni. " Balas lia tanpa memandang yuna. Kan kalau pandang, tak pasal-pasal lain pula dikacaunya. Nak kacau nasi, takut terkacau sup pula. Tak pasal-pasal nasi tercampur dengan sup.

   " Eleh.. cakap jelah tu je yang unnie pandai masak.." Perli yuna sebelum berlalu. Kain cadar yang berhabuk dimasukkan dalam mesin basuh yang berada di situ. Harap masih eloklah. Suiz on ditekan dan takde apa-apa reaksi dari mesin basuh.

    " UNNIE!!" Jerit yuna memanggil kakak-kakanya. Ryujin yang muncul dan mengangkat kening bertanya kenapa melihat adiknya yang nampak patah semangat.

    " Hmm.. Mesin basuh tak eloklah.. Takkanlah kita nak cuci baju guna tangan?" Jawab yuna. Dahi ryujin berkerut. Dia menuju ke belakang mesin basuh itu dan menunjukkan wayar mesin basuh yang tak dipasang.

    " Apa kau ingat kau ada kuasa elektrik boleh hidupkan mesin basuh tanpa cucuk suiz dekat tempat yang sepatutnya ke budak?" Soal ryujin kembali. Yuna tersenyum malu. Suiz itu diambil dari tangan kakaknya dan dia mencucuknya di tempat yang disediakan. Barulah mesin basuh itu berfungsi.

    " Bijak betul adik unnie yang seorang ni.." Pipi yuna dicubit oleh ryujin. Dia menuju ke dapur untuk menolong lia. Biliknya dah siap kemas dah. Maksudnya kerja dia dah habislah... Baik dia tolong cuci peralatan memasak yang lia gunakan. Mudah sikit kerja.

    " Adik-adikku yang disayangi sekalian.. Jom makan dulu. Nanti baru sambung mengemas tu." Jerit yeji kuat. Makanan dah sedia di atas meja makan. Mereka mengambil tempat masing-masing sebelum mengambil pinggan.

    " Unnie, chaery tak nak banyak sangat. Tengah mood diet sekarang ni." Kata chaeryeong ketika lia menuang nasi ke dalam pinggannya. Lia hanya mengikut kata. Suku pinggan plastik yang digunakan itu je dipenuhi dengan nasi. Sesuai dengan diet sang adik.

   " Habiskan dalam mulut tu dulu Jeon Yuna. Baru cakap." Yeji memandang yuna yang seperti hendak bercakap sesuatu itu. Yuna mengangguk dan menelan kesemua nasi di dalam mulutnya. 

   " Bila kita nak start masuk sekolah ni unnie? Yuna teruja betul. Ni kali pertama kita masuk sekolah awam dengan rakyat lain. Sebelum ni asyik sekolah private je.." Tanya yuna riang. Yeji mengira-ngira dalam otaknya. 

    " Mungkin minggu depan. Rumah ni kita kena bersihkan dulu. Repair apa yang patut. Lepas tu barulah tak susah sangat nak tinggal kat sini. Lagipun nanti nak beli keperluan lagi lah.." Bebel yeji panjang lebar. Keampat-empat adiknya hanya mengangguk faham. Malas nak layan kalau yeji dah start bebel tu..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FIVE PRINCESSWhere stories live. Discover now