Yeji p.o.v
" Ryu, sibuk tak sekarang ni?" Ryujin yang sedang menyiapkan kerja sekolah mengangkat kepala dan memandang Yeji di muka pintu biliknya.
" Takdelah sibuk sangat... Nak siapkan hw je.. Kenapa unnie?" Soal Ryujin semula. Yeji menunjukkan sebuah kertas yang ditulis oleh Lia. Kertas tu terisi bahan makanan basah yang mereka perlukan. Ryujin yang memahami berdiri dari duduknya dan menganggukkan kepala.
" Jomlah... Nanti kalau lambat habis pulak barang basah kat pasar..." Ajak Ryujin. Mereka berdua tak perlu tukar baju pun. Baju yang sedia dipakai dan cukup sopan untuk dipakai dan keluar berjalan-jalan. Kedua-duanya hanya berjalan ke arah pasar tanpa menaiki kenderaan awam. Alah.. Bukannya jauh sangat pun pasar dari rumah mereka.
" Mana Yuna dengan Chaery? Dari pagi tadi tak nampak? Pergi balik istana ke apa?" Soal Ryujin ketika mereka berjalan bersama-sama. Yeji menggeleng perlahan sebelum menjawab.
" Diaorang kat rumah budak-budak Nct Dream tu. Auntie dengan Uncle datang melawat anak-anak diaorang. Lia hantar tadi. Lepas tu budak tu minta kita beli barang basah sebelum dia hilang pulak.. Entah ke mana. Mungkin hantar laporan ke istana kot..." Balas Yeji. Mereka dan pun sampai ke pasar. Kawasan pasar itu bising dengan bunyi para penjual menarik perhatian pembeli supaya membeli di kedai mereka.
" Hai mak cik... Nak beli udang boleh? 1 kg je eh mak cik..." Yeji bersuara mesra melihat seorang mak cik yang sedang menjual udang. Mak cik itu mengangguk dan juga tersenyum mesra. Senyuman Yeji membuatkan dia rasa gembira tiba-tiba hari ni.
" Nah.. Mak cik bagi lebih sikit untuk kamu. Ni udang-udang fresh ni... Baru je tangkap tadi tau..." Kata Mak cik itu lembut. Yeji mengangguk dan membayar udang itu sebelum memberikan plastik udang itu kepada Ryujin. Ryujin jadi tungkat angkat segala barang yang dibeli Yeji. Banyak juga barang mereka beli. Dari udang, lepas tu ikan. Tiba-tiba nak cari sotong pulak... Tak habis lagi, ayam pula. Sayur dan buah-buahan tak ditinggalkan. Sampailah penuh tangan Ryujin dan Yeji mengangkat barang-barang yang dibeli Yeji.
" Terima kasih Dik..." Yeji membayar harga cili yang dibelinya sebelum berlalu dari situ. Ryujin setia mengikut di belakang. Yeji melihat ke plastik barangan yang dibelinya dan berfikir barang apa yang belum dibeli. Tengok dari tadi akhirnya dia puas hati. Semua dah beli. Dia memandang ke Ryujin yang kepenatan mengikutnya dari tadi.
" Penat ye adik sayang ni... Tulah lain kali ikut kitaorang pergi bersenam joging waktu pagi. Bukan duk terperap layan drama korea dalam bilik. Jom balik... Kejap lagi mesti Lia balik untuk masak makan tengah hari." Ajak Yeji sebelum mengambil beberapa plastik dari tangan Ryujin. Meringankag beban dibawa adiknya itu. Tiba di depan rumah mereka, mereka terkejut melihat beberapa orang berada di depan rumah mereka. Tak kenal pulak tu.
" Haish... Siapa diaorang ni?" Rungut Yeji perlahan sebelum berjalan ke rumah. Dia tak memandang orang-orang itu langsung dan terus mengeluarkan kunci dari poket. Seseorang mendekati mereka dan menegur Yeji.
" Shin Ryujin tinggal kat sini ke?" Soal lelaki yang kelihatan seperti pembantu bertanyakan sesuatu. Yeji memandang ke arah Ryujin di belakangnya.
" Saya Shin Ryujin. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?" Soal Ryujin perlahan. Dia hampir terlupa nama keluarga samarannya ialah Shin. Hampir nak cakap nama dia Jeon Ryujin. Nasib tak terlepas.
" Jadi, kamulah yang cederakan anak saya jadi sampai teruk macam ni? Mana adab kamu ni hah? Macam mana ibu dengan ayah kamu ajar kamu hah?" Ryujin memandang ke arah Beomgyu yang pipinya kelihatan agak berlebam. Dia baru ingat bila dia belasah mamat tu. Puan Choi yang bersuara dengan kemarahan tadi memandangnya tajam.
" Puan patut tanya anak puan apa yang dia kata kat saya. Jangan ingat sebab keluarga Puan kaya, saya akan layan anak puan macam putera dan buat-buat buta dengan apa yang dia buat." Balas Ryujin semula tak nak kalah.
" Cakaplah Beomgyu. Kau cakap apa pasal Yuna? Tak nak ulang balik ke? Bagi ibu kau tu dengar kebenaran dari mulut busuk kau tu..." Sambungnya lagi memandang Beomgyu tajam. Mata semua orang yang berada di situ memandang ke arah Beomgyu. Mata Yejilah yang paling tajam memerhati lelaki itu. Pantang ada orang sebut buruk tentang adik bongsu dia.
" Tak nak cakap ke? Aku tolong cakapkan... Puan, anak Puan ni tuduh adik saya anak pungut tahu tak? Dia kata adik saya macam tu hanya sebab muka kami tak sama. Lepas tu dia kata mak kami jual badan kat orang lepas tu buang kami hanya sebab kami tinggal dengan kawan-kawan kami dan takde sesiapa pernah nampak muka ibu dan ayah kami. Kalau ikutkan marah, memang pecah muka anak puan tu tau. Baguslah cuma berlebam je. Dan puan patut ajar cara menghormati orang kat anak puan tu. Jangan sesuka hati memfitnah tanpa tahu siapa orang yang difitnah itu sebenarnya." Kata Ryujin apabila melihat Beomgyu hanya mendiamkan diri. Yeji yang mendengar hampir sahaja nak melompat dan menumbuk muka Beomgyu lagi namun dia terpaksa menahan dirinya sabar agar muka Beomgyu tak pecah kerana dirinya.
" Anak saya tak pernah buat macam tu. Kamu jangan nak memfitnah. Anak saya ni baik tau!" Puan Choi masih tak nak terima kenyataan. Ryujin membuat muka menyampah sebelum bergerak ke arah Yeji.
" Ikutlah puan nak percaya ke tidak. Yang penting, saya hanya bercakap dengan jujur." Balasnya toya sebelum masuk ke rumah. Yeji turut mengikut adiknya dari belakang sebelum menghempas pintu dengan kuat. Nak menunjukkan dia marah dengan Keluarga Choi tadi. Beberapa minit kemudian, Keluarga Choi meninggalkan perkarangan rumah mereka.
" Betul ke apa yang kau cakap tu? Berani betul Beomgyu tu kutuk bonda dengan Yuna..." Yeji mengetap bibir geram. Eih... Kalau ikutkan hati dia, memang dia nak belasah Beomgyu je waktu dia dengar tadi. Nasib Puan Choi ada, kalau tak... Memang beomgyu tu masuk 6 kaki bawah tanahlah jawabnya...
" Haah... Jangan risau. Ryu dah masuk dalam laporan. Pandailah bonda nak uruskan nanti." Balas Ryujin senang sebelum menyimpan barang yang dibeli mereka di tempat yang disediakan. Yeji masih duduk di kaunter dapur dan diam-diam memikirkan cara apa yang dia nak buat supaya beomgyu menyesal mengejek yuna dan bonda mereka.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
FIVE PRINCESS
Random5 ORANG PUTERI YANG DIKENALI SEBAGAI ITZY YANG SENTIASA BERADA DI DALAM ISTANA AKHIRNYA DIBENARKAN KELUAR KE MENJADI RAKYAT BIASA DAN BERSEKOLAH SEPERTI RAKYAT LAIN NAMUN DALAM MASA YANG TERHAD SAJA DENGAN SYARAT MEREKA JUGA PERLU MERAHSIAKAN IDENTI...