Art High School,
Itzy p.o.v
Kelihatan di depan sekolah itu 5 orang pelajar perempuan yang baru tiba. Ya. Itulah Itzy. Hari ni hari pertama mereka masuk ke sekolah menengah awam tanpa sesiapa mengetahui identiti sebenar mereka.
" Dah. Jom masuk. Duk tenung sampai esok pun tak habis nanti.." Ajak yeji pada adik-adiknya. Mereka terpaksa menukar nama keluarga juga. Hwang Yeji, Choi Jisu, Shin Ryujin, Lee Chaeryeong dan Shin Yuna. Ryujin dengan yuna berebut nak guna nama shin tu. Akhirnya dua-dua terus gunakan. Mereka melangkah masuk bersama fail di tangan. Ada beberapa pelajar perempuan baru masuk ke sekolah itu. Ramai yang menatap mereka. Ada yang memandang dengan sinis. Tak kurang juga yang pelik. Namun itzy tak mempedulikan pandangan itu.
" Unnie, tu pejabat sekolah." Yuna menunjukkan pada satu bangunan. Tertulis ' Pejabat sekolah' di depan bangunan itu. Mereka berlima menuju ke situ. Perlahan-lahan memasuki pejabat sekolah itu sebelum menegur seorang kakitangan.
" Hai unnie. Boleh kami mendaftar? Kami pelajar baru." Ucap yeji lembut. Perempuan yang ditegur tadi mengangkat muka dari kerjanya dan memandang yeji sebelum mengangguk. Tangan dihulurkan supaya mereka memberi fail kepadanya.
" Kamu boleh tunggu kat sana kejap. Nanti saya panggil kalau dah siap." Balas kerani perempuan itu. Mereka berlima mengangguk. Mereka menuju ke satu ruangan namun tak duduk pun. Hanya berdiri menatap kepelikan sekolah ni dari dalam pejabat sekolah.
Beberapa minit kemudian,
" Kamu semua! Dah siap. Ni nombor loker kamu. Hwang yeji dengan Choi Jisu masuk ke kelas 5-1. Shin ryujin dan Lee Chaeryeong masuk ke kelas 4-1. Shin Yuna ke kelas 3-1. Itu je. Perlu ke saya panggil sesiapa untuk menunjukkan kamu kelas?" Soal kerani itu. Mereka berlima menggeleng serentak.
" Takpe unnie. Kami boleh cari sendiri. Apa-apapun terima kasih tolong daftarkan kami. Kami pergi dulu." Ucap lia sebelum mereka meminta diri. Sebaik sahaja keluar dari pejabat, benda pertama mereka cari ialah loker mereka. Kemudian, baru mereka ke kelas. Hanya yuna yang bernasib malang kerana kelas seorang diri manakala kakak-kakaknya berdua-dua.
Yuna p.o.v
" Bye bye maknae.." Ryujin berkata sebelum meninggalkan yuna seorang diri. Kelas mereka agak jauh. Yuna di bangunan tingkat 4 blok A. Ryujin dan Chaeryeong di bangunan tingkat 2 blok B. Yeji dan Lia di bangunan tingkat 3 Blok B seperti ryujin dan chaeryeong. Yuna berjalan seorang diri menuju ke kelas 3-1.
Sebaik sahaja tiba, dia mengetuk pintu perlahan dan semua pelajar di dalam kelas itu yang sedang belajar memandang ke arahnya termasuk cikgu yang mengajar. Semua memandang dengan pandangan masing-masing. Ada sinis, ada yang pelik dan tak kurang juga yang terpukau dengan visualnya.
" Cikgu, saya pelajar baru. Boleh saya masuk?" Soalnya perlahan pada cikgu perempuan. Cikgu itu mengangguk perlahan dengan senyuman. Yuna memasuki kelas dan berdiri di hadapan kelas itu. Cikgu itu mengisyaratkan supaya dia memperkenalkan dirinya.
" Hai semua. Saya Shin Yuna. Pelajar baru. Sila beri tunjuk ajar." Yuna membongkokkan badan sedikit. Dia memandang semua orang. Okey. Ini boleh masuk dalam laporan untuk bonda dengan ayahnda. Pelajar sekolah ni sangat pelik!
" Baiklah yuna. Kamu boleh duduk sebelah yujin. Yujin, boleh angkat tangan kamu.." Dia memandang seorang pelajar perempuan mengangkat tangan. Tinggi mereka berdua lebih kurang je. Ataupun, yuna mungkin lebih tinggi sikit? Entahlah..
" Hai saya yujin. Ahn Yujin." Yujin memperkenalkan dirinya dengan lembut. Senyuman ceria terbit dari bibirnya. Yuna tersenyum dan mengangguk membalas senyuman yujin. Dia masih terkejut dengan kepelikan pelajar sekolah ni. Ke ataupun pelajar sekolah awam semua memang macam ni? Cuma dia tak tahu sebab selama ni dia sekolah private?
-------
Waktu rehat,
Ryujin p.o.v
" Ryu, Chaery nak ikut kami rehat ke?"Minju bertanya perlahan. Minju ialah pelajar kelas yang baru dikenali oleh kedua-dua beradik itu. Ada seorang lagi yang berada di sebelahnya iaitu yuri. Mereka dua-dua dah taken. Tapi boyfriend kedua-duanya berada di kelas lain.
" Takpelah. Kitaorang rehat dengan kawan-kawan kitaorang." Dari adik beradik menjadi kawan-kawan kerana mempertahankan identiti masing-masing. Minju dan yuri mengangguk sebelum meninggalkan dua beradik itu. Ryujin dan Chaeryeong turun ke bawa dan melihat yeji, lia dan yuna telah pun menunggu mereka.
" Wah.. Cepatnya datang. Kenapa tak datang esok je?" Perli Lia selamba. Ryujin dan chaeryeong tersenyum malu. Mereka berlima berjalan bersama menuju ke kantin. Masing-masing membawa bekal roti yang dibawa dari rumah. Jimat duit duduk sini. Bonda dengan ayanda kedekut betul. Sikit je duit yang dibaginya.
" Unnie, pelajar sekolah ni memang pelik ataupun pelajar sekolah awam memang macam ni? Pelik sekejap yuna. Kebanyakan lelaki pandang kita dengan pandangan sinis. Yang perempuan dengan pandangan pelik. Kenapa macam tu sekali?" Soal ryujin perlahan sebelum menyumbat roti ke dalam mulut. Sedap betul roti campur jem ni. Kalau lapar, makan nasi kosong pun sedap.
" Entah. Agaknya ni kot rasa keturunan diraja bila kali pertama masuk sekolah awam. Dah lama, lama nanti okeylah agaknya. Ingat tugasan kita kat sini. Laporan kena lengkap kalau tak nak kena seret balik istana oleh bonda dengan ayahnda." Pesan yeji. Adik beradiknya mengangguk sebelum meneruskan makan makanan mereka.
" KAU DAH LANGGAR AKU, LEPAS TU KAU NAK AKU MAAFKAN KAU! BOLEH JALAN DAH! GANTI BALIM BAJU AKU PEREMPUAN TAK GUNA!" Suara seorang lelaki menjerit menarik perhatian semua pelajar di kantin itu. Semua memandang ke arah 5 orang pelajar lelaki yang berdiri mengelilingi seorang pelajar perempuan. Baju perempuan itu yang paling kotor. Baju putihnya dah bertukar warna.
" Apa pandang-pandang? Kau nak tolong perempuan ni ke?" Soal lelaki di sebelahnya. Semua mula tidak menghiraukan drama tengah-tengah kantin tu. Hanya Itzy yang masih memerhati. Menunggu ryujin untuk habiskan roti dan bangun serta menyelesaikan masalah kecil itu.
" Settle roti." Ryujin berkata sebelum bangun dari kerusinya. Dia memberi isyarat pada Lia. Mereka berdua berjalan gaya santai ke arah 5 pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan itu. Ada yang sedar mereka mendekati 5 pelajar lelaki namun takde yang cuba menghentikan merekan berdua. Chaeryeong senyap-senyap mengeluarkan telefon dan merakam. Bukti akan ada keganasan yang dilakukan oleh ryujin dan Lia.
" Relax bro.. Buat apa nak marah-marah.. Hidup ni kena relax.. Kan unnie?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
FIVE PRINCESS
De Todo5 ORANG PUTERI YANG DIKENALI SEBAGAI ITZY YANG SENTIASA BERADA DI DALAM ISTANA AKHIRNYA DIBENARKAN KELUAR KE MENJADI RAKYAT BIASA DAN BERSEKOLAH SEPERTI RAKYAT LAIN NAMUN DALAM MASA YANG TERHAD SAJA DENGAN SYARAT MEREKA JUGA PERLU MERAHSIAKAN IDENTI...