BAB 4

142 17 8
                                    

Author p.o.v

     " Setiap pelajar perlu menyertai sekurang-kurangnya satu kelab yang ada dalam senarai ni. Kalau kamu tak sertai, kamu akan dikenakan hukuman setimpal. Lelaki akan dikenakan hukuman bersihkan tandas lelaki selama seminggu manakala perempuan akan didenda bersihkan kawasan sekolah selama sebulan." Pengetua Park berucap. Itzy dah tak pelik. Hampir sebulan mereka dah sekolah kat sini. Memang dah tahu perangai sebenar semua orang di sekolah ni macam mana.

     " Ryu dengan Yuna ambil Kelab Rap." Kata Ryujin menunjukkan borang kemasukan Kelab Rap yang diambil bersama Yuna tadi. Yuna mengangguk perlahan.

    " Lia dah ambil borang kelab Vocal. Chaery dengan unnie pilih Kelab Tarian kan?" Mereka berdua mengangguk atas soalan Lia tadi. Mereka semua mengisi borang kemasukan kelab masing-masing dengan laju tanpa bercakap apa-apa.

     " Setiap pelajar yang dah isi borang sila bergerak ke tempat perjumpaan kelab masing-masing. Kelab Tarian berada di Bilik latihan nombor 2. Kelab Vocal di bilik 7. Kelab Rap di bilik 4. Kelab lain-lain semua berada di tempat masing-masing seperti sebelum ni." Maklum Ketua Pengawas sekolah. Memang takde budak perempuan nak masuk 3 kelab utama itu. Hanya Itzy yang berani nak masuk.

--------

Kelab Tarian,

Yeji and Chaeryeong p.o.v

     " Korang perempuan lemah. Mana layak nak masuk kelab ni. Kelab ni hanya untuk orang yang tak lemah. Bukan untuk orang macam kau." Kutuk Yeonjun selamba. Yeji menjelingnya tajam. Kalau dia tak ingat tentang peraturan kalau nak sekolah kat sekolah awam, memang dah lama dia mencarut dekat depan muka Yeonjun ni.

    " Jadi kalau nak masuk kelab ni kena tunjukkan buktilah yang kitaorang layak?" Soal Chaeryeong pula. Taehyun dan Yeonjun yang merupakan pengerusi dan naib pengerusi kelab itu mengangguk tanda betul. Keuh Chaeryeong perlahan.

    " Nampaknya, tak sia-sialah selama ni aku belajar menari.." Keluh Yeji seperti orang putus harapan. Tapi ayatnya macam tak sesuai dengan nada suaranya. Chaeryeong memberi laluan dan berbisik kepada Hyunjin, salah satu pelajar yang membuka lagu untuknya dan yeji. Dia berbisik lagu yang menjadi pilihan yeji.

     " Kenapa? Terkedu?" Soal Yeji melihat muka yeonjun yang sedikit tercengang. Senyuman jahat dilemparkan. Salah cari pasal dengan puteri yeji. Kau ingat puteri ni senang mengalah macam budak perempuan yang kau buli ke?

    " Lee Chaeryeong kamu pulak." Kata Taehyun tanpa perasaan. Chaeryeong memandang datar sebelum menganggukkan kepala. Bersedia di tempatnya. Yeji tadi berehat di tepi sambil meminum air yang diberi oleh Hyunjin.

     " Taehyun? Macam mana ni? Dua-dua pun sama-sama hebat.. Kalau diaorang masuk kelab ni, mesti orang akan pandang rendah kat kita.." Bisik Yeonjun perlahan. Matanya memandang dua beradik yang seronok macam menang nombor ekor.

    " Macam mana lagi? Takkan kita nak sia-siakan bakat yang ada dekat diaorang hyung?" Soal Taehyun semula. Terdiam yeonjun dibuatnya. Dia tak suka itzy tapi taehyun ni jenis pengerusi yang takkan sia-siakan bakat seseorang. Kenapalah dia jadi pengerusi?

------

Kelab Vocal,

Lia p.o.v

     " Kalau kau hebat lawanlah aku.. Jangan kau fikir kau tinggi macam zirafah, aku takut. Kau ingat sebab yuri ni pendek.. Kau senang-senang je nak kutuk dia Choi Soobin!" Marah Lia. Mukanya kemerahan akibat marah, Eih.. Nak aje dia suruh pengawal rahsianya pergi humban soobin dalam gunung berapi. Tapi dia kena sabar. Sebab dia kena jadi perempuan yang bersopan santun dalam sekolah ni.

     " Kalau kau tunjukkan yang kau layak masuk kelab ni Choi Jisu. Kalau kau lepas, aku akan terima yuri dan kau. Serta aku takkan kutuk lagi sesiapa." Kata Soobin. Dia ingat puteri Lia ni tak sehebat mana. Karang tengok nanti, terkedu.

    " Fine. Aku akan buktikan yang kau salah." Kata Lia. Dia berbisik pada Seungmin tentang lagu pilihannya. Lagu Issues By Julia Michaels. Kebetulan nama inggeris dia pun Julia.

      " Heh.. Kau kenapa? Dah tak terkata ke?" Soal Lia dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Soobin mengetap bibirnya geram. Nak tak nak, dia kena buat juga apa yang dia dah cakap tadi. Dia penolong ketua pengawas, takut sesiapa je nanti sebarkan penolong ketua pengawas memungkir janji.

    " Aku akan tunaikan janji aku. Kau dan Yuri akan masuk ke dalam kelab ni. Dan aku takkan kutuk lagi perempuan." Kata Soobin. Lia tersenyum puas hati. Biarlah aku pendek dari kau asalkan suara aku lagi sedap dari suara kau.

--------

Kelab Rap,

Ryujin and Yuna p.o.v

    " Heh. Kalau Yuna tak dapat rap macam kau Ryujin, korang berdua takkan diterima dalam kelab ni. Kitaorang tak terima adik beradik yang bodoh-bodoh." Kata Beomgyu sinis. Ryujin membalas dengan senyuman sinis.

    " Kenapa aku rasa macam kau bercakap dengan cermin ye? Jangan risau. Yuna akan jadi lebih hebat dari aku. Dia bukan sebarang adik aku." Kata Ryujin. Disebabkan mereka berkongsi surname, jadi mereka anggap mereka sebagai adik beradik. Bukan yang lain yang prefer untuk jadi kawan.

    " Cubalah buktikan kalau dapat." Kata Kai pula. Yuna tersenyum sinis padanya. Heh.. Jangan pandang rendah kat aku Huening Kai. Takut kau menyesal je nanti.

     " Weh.. Lalat masuk dalam mulut korang.. Pfftt... Tulah.. Lain kali jangan pandang rendah kat orang. Kan dah kena.. Aku tak lemah walaupun tak sekuat ryujin unnie. Dan aku tak bodoh macam korang." Kata Yuna selamba. Kalau bonda dengar tu, mahu kena piat telinga dia.

    "' Korang berdua..." Beomgyu tak tahu nak bercakap apa lagi. Dia memandang ke changbin. Pengerusi Kelab Rap. Changbin menganggukkan kepala. Tanda dia menerima Ryujin dan Yuna sebagai ahli kelab mereka. Seperti Taehyun, dia juga tak nak bazirkan bakat yang ada.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



FIVE PRINCESSWhere stories live. Discover now