Istana,
Author p.o.v
" Bonda rasa dah sampai masa kamu semua dedahkan identiti sebenar kamu kat mereka semua. Dah lama kamu semua sekolah kat sana, kan?" Kata-kata Ratu Jeon membuatkan 5 puterinya yang sedang menikmati makanan mereka terdiam. Puteri-puteri itu memandang sesama sendiri sebelum Yeji membuka mulut,
" Tapi Bonda. Baru je dua bulan. Tu masih awal lagi... Tak boleh ke kami kekalkan identiti sebagai orang awam ni lebih lama?" Soal Yeji perlahan. Ratu Jeon menggelengkan kepala perlahan. Raja Jeon hanya diam. Dia lebih selesa mendiamkan diri dari menyampuk perbualan isteri dan anak-anaknya.
" Bonda risau keselamatan kamu semua kat sana. Macam mana kalau ada musuh yang tahu tentang identiti sebenar kamu semua dan cuba ambil kesempatan dengan culik kamu?" Soal Ratu Jeon kembali.
" Bonda, setakat ni semua okey. Takde siapa lagi yang tahu identiti kami kecuali sepupu-sepupu kami je. Bonda jangan risau sangat. Asalkan Bonda dengan Ayahnda tak turun padang ke sana, semuanya akan okey..." Balas Lia pula. Namun, Ratu Jeon tetap tidak berpuas hati dan memberi alasan yang dia merasakan bahawa puterinya perlu kembali semula istana dan menjadi puteri semula.
" Bonda! Tak boleh ke kalau bonda biarkan je kami nak buat apa yang kami rasa okey untuk kami? Kenapa setiap benda kami buat sendiri mesti Bonda akan bantah? Tak boleh ke kami nak atur hidup kami sendiri?!" Ryujin menahan geram menghentak garufunya di meja sebelum dia bangun dari kerusinya.
" Jeon Ryujin! Adab di meja makan! Mana Adab kamu sebagai Puteri, Jeon Ryujin?!" Balas Raja Jeon yang agak terkejut melihat perilaku Puterinya secara tiba-tiba.
" Ryu tak minta pun lah hidup mewah ni semua. Sebab hidup nilah, kami tak pernah dapat buat keputusan sendiri. Adab itulah, inilah. Hidup sebagai orang miskin kat luar sana lagi bahagia dari hidup kita kat dalam istana ni!" Balas Ryujin lagi sebelum dia meninggalkan ruang makan. Adik beradiknya nampak terkejut dengan Ryujin. Raja Jeon dan Ratu Jeon pun tercengang melihat perilaku Puteri Ketiga mereka.
" Bonda, Ayahnda. Nanti Yeji cakap dengan Ryu. Emosi dia masih tak stabil. Bagus kalau Bonda dengan Ayahnda tak masuk campur dulu..." Kata Yeji perlahan. Raja Jeon dan Ratu Jeon mengangguk. Yeji lebih memahami adiknya daripada mereka memahami Ryujin. Baik dia tenangkan dulu adiknya itu.
Bilik Ryujin,
Ryujin p.o.v
" Masuk...." Yeji membuka pintu dengan perlahan sebelum masuk ke bilik adiknya. Ryujin berada di atas katil menutup mukanya dengan bantal dan keadaan biliknya agak bersepah dengan barang-barang bersepah di lantai. Mungkin dia melepaskan kemarahannya tadi. Yeji berhati-hati berjalan menuju ke arah adiknya dan memegang bahu Ryujin perlahan.
" Hei adik Kakak... Sini peluk Kakak..." Ryujin melepaskan pelukannya pada bantal dan memeluk Yeji erat. Air matanya masih mengalir. Dia sebenarnya juga masih terkejut macam mana dia boleh terjadi kurang ajar sangat pada Bonda dan ayahndanya.
" Ryu tak maksud nak kurang ajar Unnie... Ryu cuma tak tahan dengan semua ni. Sekarang ni, kita baru rasa kebahagiaan tanpa perlu diatur dan diarah buat itu, ini. Tapi, kenapa? Kenapa Bonda nak hancurkan kebahagiaan kita?" Kata Ryujin sayu. Yeji mengusap perlahan kepala Ryujin yang masih dalam pelukannya.
" Bonda buat semua ni ada alasan Ryu... Bonda risau dengan keselamatan kita kat luar. Kan kita minta supaya takde pengawal yang perhati kita... Sebab tu, Bonda risau kalau ada pihak yang tahu identiti kita dan culik kita untuk hancurkan kerajaan kita. Ryu pun tahu kan Bonda dengan Ayahnda banyak musuh...." Balas Yeji lembut. Ryujin meleraikan pelukannya dengan Yeji. Mekap yang mulanya cantik dipakaikan di wajahnya kini sudah luntur.
YOU ARE READING
FIVE PRINCESS
Random5 ORANG PUTERI YANG DIKENALI SEBAGAI ITZY YANG SENTIASA BERADA DI DALAM ISTANA AKHIRNYA DIBENARKAN KELUAR KE MENJADI RAKYAT BIASA DAN BERSEKOLAH SEPERTI RAKYAT LAIN NAMUN DALAM MASA YANG TERHAD SAJA DENGAN SYARAT MEREKA JUGA PERLU MERAHSIAKAN IDENTI...