BAB 5

140 19 4
                                    

Ryujin p.o.v

    " Apahal bising-bising tu? Sampai semua orang berkumpul kat situ? Ada apa kat sana?" Soal Ryujin perlahan pada Minju di depannya. Chaeryeong juga pelik mengambil tempat duduk di sebelah kakak kembarnya. Minju sedikit terkejut dengan kehadiran dua orang puteri di hadapannya ketika itu.

     " Korang rupanya... Aku fikir siapalah tadi tiba-tiba muncul. Yang tu ke? Tu sepupu puteri kerajaan kita ni datang.. Yang teruja tu perempuanlah... Maklumlah.. Lelaki kerajaan Amethyst memang terkenal dengan ketampanan lelaki macam kerajaan kita juga." Balas Minju. Mendengar itu, kedua-duanya dah terkejut. Ryujin bangun drai kerusinya serentak dengan chaeryeong sebelum menuju ke tempat yang ramai berkumpul untuk memastikan kesahihan kata-kata minju itu. Melihat Jaemin dan Renjun duduk dengan tenang di situ, barulah mereka percaya dengan kata-kata minju.

    " Tak guna diaorang ni.. Masa ni juga nak bua lawatan membuang masa. Siap kau." Ryujin mengeluarkan telefon dari kocek sebelum beredar dari situ bersama chaeryeong. Dia bermesej dengan Jaemin melalui telefon.

Na Jaemin

Kau nak mati ke datang
 sini Jaemin? Kenapa sekarang
juga? Nak bocorkan rahsia 
kitaorang?

Oh, Jeon Ryujin. Puteri kerajaan
Emerald yang cantik lagikan
baik hati. Kami datang saja-saja
je.

banyaklah kau saja-saja. Kau
bawa angakatan tentera kau tu 
ke belakang sekolah sekarang
juga.

Semua ke? Sekarang?

Eh, taklah.. dua tahun lagi. Bebal!
Sekaranglah!

Jangan marah-marah.
nanti cepat tua tuan puteri..

     Tak lama masa diambil untuk ketujuh-tujuh putera kerajaan Amethyst datang ke belakang sekolah. Dengan senyuman nakal, memang rasa nak baling mereka semua ke dalam loji kumbahan. 5 orang puteri itu mencarut ketujuh-tujuh putera di dalam hati.

    " Alahai.. Marah ke? Muka tu kelat semacam je.." Sakat Mark melihat wajah-wajah ahli Itzy. Yeji kalau tak sabar, boleh aje dia baling buku laporan kelab Tarian kat muka Mark sekarang ni. Geram sangat. 

    " Kitaorang sangat marah. Siapa arahkan korang ke sini hah? Korang tahu tak korang boleh bongkarkan identiti kitaorang kat sini? Dahlah kitaorang kena sembunyikan identiti kalau tetap nak sekolah kat sini.." Jawab Lia mendengar soalan yang dilontarkan Mark.

    " Alah.. Jangan marah kitaorang. Kitaorang hanya ikut arahan Ratu Jeon dengan Raja Jeon je.." Balas Haechan pula mempertahakan diri mereka.

    " Ya sayang sepupuku yang cantik lagikan pretty.. Bonda dengan Ayahnda korang punya kerja. Diaorang masukkan kitaorang kat sekolah ni untuk perhatikan korang.. Korang tu dahlah perempuan, tuan puteri pulak.. mestilah diperhatikan dengan teliti. Kan?" Jisung pula bersuara. Malangnya yang diterima ialah pandangan membunuh itzy.

    " Aish.. Bonda dengan ayahnda ni selalu sangat macam ni. Takpelah.. Korang pun dah masuk sekolah ni kan? Tapi ingat satu benda, kat sini korang tak boleh tegur atau bagitahu orang kau kenal kitaorang. Faham? Kita buat-buat tak kenal sesama sendiri. Dan lagi satu, Nama keluarga kitaorang berubah. Kalau macam Yeji unnie, dia Hwang yeji. Lia unnie, Choi Jisu. Ryu pula, Shin ryujin sama macam Yuna. Aku pula, Lee Chaeryeong. Jangan sesekali panggil nama keluarga sebenar kitaorang. Faham?" Kata Chaeryeong pula. Nct Dream mengangguk faham.

    " Bagus. Kalau faham sila beredar. Malas nak tengok muka kau lagi." Arah Yuna pula. Selamba gila puteri-puteri kerajaan Emerald. Mentang-mentang dia puteri bongsu, suka hati dia nak mengarah orang.

    " Kita kena cakap benda ni dekat ayahnda dengan bonda. Diaorang selalu nak buat kita macam ni." Bisik Ryujin perlahan setelah Nct Dream berlalu pergi dari situ. Adik beradiknya menganggukkan kepala setuju.

    " Setuju. Unnie cakap kat ayahnda dengan bonda. Sebab unnie cadangkan." Balas Yuna pula. Terkedu Ryujin mendengarnya. Nak tak nak, ikut jelah cakap adiknya itu. Mereka kemudian berpisah kembali ke kelas masing-masing tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh orang lain.

Minju p.o.v

    " Aku tak mimpi kan? Seriuslah wei.. Yul, kita kawan dengan tuan puteri sekarang ni.. Kau percaya tak?" Yuri juga menggeleng. Mereka berdua agak curious sebab ryujin dengan chaeryeong berlalu tiba-tiba bila mereka melihat muka Nct dream jadi mereka ikut. Sekali terima berita yang sangat mengejutkan. Ryujin dan Chaeryeong rupa-rupanya tuan puteri yang sembunyikan identiti mereka berdua.

    " Well, kau tak mimpi min.. Yul.. Apa korang berdua buat kat sini? Curi-curi dengar?" Rupa rupanya ryujin sedar kehadiran diaorang berdua. Dia dan chaeryeong memandang dengan kening terangkat bertanya mengapa minju dan yuri berada di depan mereka.

    " Sorry tuanku.. Kitaorang tak sengaja curi-curi dengar. Maafkan kitaorang.." Perlahan minju meminta maaf serta menunduk. Yuri turut menunduk hormat. Ryujin serta chaeryeong perlahan mengeluh sebelum menggeleng perlahan.

    " Yah.. Kita kat sekolah. Tak perlulah formal sangat. Panggil je nama kitaorang. Kitaorang tak kisah pun.." Kata Chaeryeong perlahan. Ryujin mengangguk setuju. Minju dan Yuri menggeleng perlahan mendengar kata-kata chaeryeong.

     " Kitaorang tak layak panggil korang nama je.. Kitaorang orang biasa je. Korang berdua keturunan diraja." Balas Yuri. Sekali lagi keluhan terdengar. Ryujin dan chaeryeong sekali lagi mengeluh mendengar kata-kata yuri.

    " Yah. Kita sama jelah.. Aku manusia, kau manusia. Sama-sama makan nasi. Bukannya kau makan nasi, keturunan diraja makanan manusia. Jadi layan jelah macam biasa. Kita tetap kawan kan? Oh ye, jangan bagitahu orang lain. Bagi ni jadi rahsia kita eh.." Balas ryujin kembali. Kedua-dua gadis itu mengangguk. Mereka sama -sama menuju balik ke kelas semula.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   

FIVE PRINCESSWhere stories live. Discover now