BAB 7

69 11 2
                                    

Ryujin p.o.v

     " Kau nak ke perpustakaan tak? Aku nak pergi kejap. Nak pulangkan buku ni..." Soal Ryujin perlahan pada kedua-dua rakannya serta adik kembarnya itu. Mereka bertiga menggeleng serentak.

     " Tak rasanya.... Kerja sekolah aku masih banyak belum siap Ryu... Tak masuk laporan nak hantar ke Bonda lagi..." Balas Chaeryeong perlahan. Ryujin mengangguk faham. Dia meminta diri sebelum berjalan seorang diri ke perpustakaan sekolah. Kalau di sekolah ni, perempuan dilarang untuk berjalan seorang diri. Satu, nanti akan diganggu oleh pelajar lelaki. Yang kedua, cikgu lelaki kat sekolah ni pun boleh tahan miang juga. Jadi, faham-fahamlah apa akan jadi kalau pelajar perempuan jalan seorang diri. Tapi, kita bercakap tentang Ryujin. Dia mana takut apa-apa? Prinsipnya senang, semua masuk laporan dan lepas tu, pandai-pandailah Bonda dan Ayahnda mereka uruskan.

       " Helo? Ada orang tak?" Pintu perpustakaan dibuka dengan perlahan sebelum dia melangkah masuk. Ada beberapa pelajar yang sedang buat kerja mereka masing-masing. Dia menuju ke kaunter perpustakaan dan tersenyum melihat guru perpustakaan di situ.

      " Selamat tengah hari cikgu. Saya Shin Ryujin dari kelas 4-1 nak pulangkan buku. Letak kat mana ye?" Soal Ryujin perlahan dengan senyuman terukir di bibirnya. Guru perpustakaan itu mengangkat muka dan membalas senyuman Ryujin sebelum menunjukkan pada sebuah kotak bewarna coklat.

      " Letak je dekat situ, Ryujin. Nanti saya akan uruskan semuanya. Kamu seorang diri ke jalan ke sini?" Soal Guru itu semula. Belum sempat Ryujin menjawab, ada seseorang menyampuk perbualannya dahulu.

      " Tak. Dia dengan saya cikgu. Kenapa ye?" Haechan meletakkan tangannya di atas bahu Ryujin. Gadis berambut pendek itu mengerutkan dahi melihat sepupunya. Sejak bila manusia ni muncul? Dia tak sedar pun... Hantu ke apa?

      " Takde apa. Bahaya pelajar perempuan jalan seorang diri. Baguslah kalau kamu ada peneman. Hati-hati balik kelas nanti." Balas wanita itu perlahan. Ryujin tersenyum dan mengangguk. Tiba di luar perpustakaan, tangan Haechan diturunkan dari bahunya. Mukanya yang manis berubah menjadi dingin dan seram.

       " Dah apahal pulak kau ni? Tak sihat? Kan unnie cakap pura-pura tak kenal kitaorang kat sekolah ni? Kenapa berlakon macam terlebih rapat pulak ni?" Bentak Ryujin perlahan namun dibalas dengan senyuman manis Haechan.

       " Ada sebabnya. Cuba kau tengok dalam perpustakaan meja nombor 4 dari sebelah kiri." Dari tingkap perpustakaan, Ryujin mengintai ke dalam. Meja yang dikatakan oleh Haechan dicari. Jumpa pun. Di meja itu, ada beberapa pelajar lelaki yang kelihatan berbisik-bisik sesama mereka. Ryujin yang tak faham memandang ke arah Haechan semula.

     " Haih.. Blur juga kau ni. Ingat Chaery je blur. Kau pun 2x7 juga... Pelajar lelaki tu semua perhatikan kau waktu kau masuk dalam perpustakaan. Kebetulan aku nampak sebab sense aku kuat mengatakan salah seorang sepupu aku akan masuk ke dalam perpustakaan. Aku takut kau akan diapa-apakan, jadi aku tegur kau dan bawa kau lari cepat-cepat..." Terang Haechan tentang sebab sebenarnya menegur Ryujin tadi.

      " Aku tak takutlah Chan... Setakat sikit tu je..." Balas Ryujin perlahan. Haechan menggeleng perlahan sebelum tergelak kecil.

      " Aku tahu kau tak takut. Dengan tikus pun kau kejar diaorang balik. Tapi diaorang lelaki Jeon Ryujin.... Kau ada maruah yang perlu dijaga dengan rapi. Dan aku sebagai sepupu kau, aku kena tolong jaga kau kat sini..." Balas Haechan pula. Ryujin mengangguk faham sebelum tersenyum manis.

     " Yelah... Dia buat aku macam baby je. Btw, thank you so much Mr Haechan. Aku nak balik kelas dah ni. Diaorang mesti tertanya-tanya mana aku pergi sebab aku lambat..." Kata Ryujin sebelum meminta diri. Haechan juga berlalu masuk semula ke dalam perpustakaan. Mencari semula buku yang seronok untuk dibaca. Tanpa sedar, seseorang telah memerhatikan mereka berdua dari tadi.

FIVE PRINCESSWhere stories live. Discover now