BAB 11

13 2 0
                                    

Ryujin p.o.v

     " Woah, relaxlah... Kau ni pun, nak bunuh aku ke apa?" Soal Haechan apabila kepalanya hampir dipukul dengan kamus tebal yang berada di tangan Ryujin. Ryujin mencebik sebelum meletakkan kembali kamus di atas meja.

      " Kau mengarut lagi memang kamus ni melekat kat kepala kau." Kini, hanya mereka berdua berada di perpustakaan jadi tak payah nak berlakon. Tak boleh berlakon kalau ada pelajar lain di sekeliling. Mahu pecah rahsia.

     " Alahai Puteri Jeon Ryujin ni memang tak boleh dibawa bincang ye?" Ryujin membesarkan matanya sebelum menutup Haechan dan melihat sekeliling.

     " Kau gila ke? Jangan sebut nama sebenar aku, nama aku kat sini Shin Ryujin! Faham?!" Haechan mengangguk faham sebelum menolak tangan Ryujin dari mulutnya. Dia terlupa sikit je terus nak diserang oleh Ryujin. Lagipun, bukan ada orang sekeliling. Jadi, takpe jelah...

     " Yelah nenek... Aku faham. Malas aku nak cakap dengan kau lagi. Merajuk!" Kata Haechan meninggalkan Ryujin seorang diri dalam perpustakaan. Dia sebenarnya ada latihan dengan Lia, kalau lambat, mahu kena maki berbakul dengan sepupunya yang seorang itu.

      Ryujin hanya memandang. Malas nak melayan sifat gedik sepupunya itu. Asyik asyik nak merajuk. Kalau Mark ada, dia akan pujuk Haechan. Dia nak pujuk Haechan? Jangan harap. Sampai dunia terbelah pun dia tak akan pujuk sepupunya itu. Ryujin bangun dari kerusinya dan bergerak ke arah rak buku untuk meletakkan buku yang digunakan sebagai rujukannya untuk mata pelajarannya perlahan kembali di rak. Secara tiba-tiba, ada orang menarik tangannya kuat dan menghempas badannya di rak. 

      " Kau kenapa Beomgyu? Gila?" Terkejut Ryujin dibuatnya. Lagi terkejut bila Beomgyu meletakkan tangannya di tepi badan Ryujin memerangkap gadis itu menggunakan tubuhnya sendiri dan rak buku.

     " Aku tak gila. Kau dengan Putera Haechan ada apa-apa hubungan spesial kan?" Ryujin mengerutkan dahinya. Dia ingatkan dia dengan Haechan dalam perpustakaan, rupa-rupanya ada orang lain juga. 

     " Aku dengan Haechan? Please lah... Lagi banyak lelaki yang lebih bagus dari mamat gedik tu. Kenapa aku kena ada hubungan spesial dengan dia?!" Balas Ryujin semula. Secara tiba-tiba, Beomgyu memukul rak buku itu dengan kuat. Sehinggakan Ryujin yang tak pernah takut dengan sesiapa pun terkejut. Bahunya terhenjut mendengar bunyi itu. Beomgyu mendekatkan mukanya dengan muka Ryujin.

      " Aku tak main-main Ryujin! Apa hubungan kau dengan dia? Kau menggedik dengan dia kan sampai dia hanya layan kau je?! Kau murahan sangat ke untuk seorang Putera macam dia?!" Ryujin terkejut mendengar ayat Beomgyu. Laju je tangan dia menampar pipi lelaki itu.

      " CHOI BEOMGYU! Kau jangan pernah menuduh orang tanpa bukti. Aku tak perlu menggedik kalau nak dekat dengan dia. Dan aku bukan murahan. Simpan dalam kepala kau tu, aku bukan murahan macam yang kau cakap. Aku benci kau!" Ryujin menolak Beomgyu dan mengemas barangnya sebelum beredar dari perpustakaan itu. Matanya dah berair. Sebaik sahaja dia keluar dari perpustakaan, air matanya terus jatuh. 

     " Ryujin..." Jeno yang kebetulan berada di situ memeluk gadis itu perlahan. Ryujin menangis semahu-mahunya di bahu Jeno. Jeno tak menghalang walaupun bajunya dah basah dengan air mata ryujin. Dia menggosok belakang gadis itu untuk menenangkannya.

Beomgyu p.o.v

     Beomgyu yang baru nak mengejar Ryujin terhenti melihat adegan Ryujin dan Jeno berpelukan sambil Ryujin menangis dalam dakapan Jeno. Tangannya digenggam dengan kuat sebelum dia menumbuk dinding untuk melepaskan marahnya. Dia tak tahu kenapa tapi hatinya sakit melihat Ryujin bersama dengan lelaki lain.

-----------

Sementara itu, 

Kelas tambahan,

Yuna p.o.v

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FIVE PRINCESSWhere stories live. Discover now