Bilik Tarian,
Chaeryeong p.o.v
Ketika ini, Chaeryeong hanya seorang diri di Bilik Tarian untuk berlatih. Yeji tak dapat hadir latihan kerana kelas tambahan yang diadakan. Yang lain pula bukan ahli Kelab Tarian. Jadi, memang dia seorang diri je. Dia juga sebenarnya sedang menunggu kehadiran sepupunya yang katanya akan datang lagi 10 minit. Dah 30 minit tunggu, bayang pun tak nampak kat mana-mana... Lee Jisung dan Lee Jaemin. Dua-dua sama-sama tak boleh harap. Nasib dia tak meletakkan harapan tinggi untuk kedua-dua manusia itu muncul.
" Baik aku mulakan latihan dulu. Nak pilih lagu apa eh?" Chaeryeong melihat satu persatu lagu di dalam telefon miliknya sehinggalah dia memutuskan untuk lagu Blood Line by Ariana Grande. Dia menari dan menari tanpa sedar seseorang memerhatinya dari pintu Bilik Tarian. Habis je lagu, Chaeryeong terus terduduk kepenatan di lantai. Matanya yang mulanya kuyu terbuka lebar apabila mendengar ada orang bertepuk di belakangnya. Dari pantulan cermin, dia nampak Ketua Kelab Tarian, Taehyun bersandar di pintu Bilik Tarian.
" Kau berlatih seorang diri je Chaeryeong? Mana kakak kesayangan kau tu?" Chaeryeong yang mulanya nak berlalu terhenti mendengar ayat kedua Taehyun. Dia memandang Taehyun dengan muka terkejut dan Taehyun memandangnya kembali dengan muka tenang.
" Kau... Maksud kau siapa kakak aku?" Soal Chaeryeong semula. Dalam diam, dia berdoa supaya identiti mereka adik beradik masih belum terbongkar. Taehyun memandangnya dengan senyuman sinis.
" Bukan kau tahu ke siapa kakak kau Lee Chaeryeong? Oh salah... Should I say Tuan Puteri Jeon Chaeryeong?" Matilah mereka semua. Taehyun dah tahu identiti mereka yang selama ni disembunyikan dari umum. Beg yang mulanya bergayut di bahu Chaeryeong diletakkan semula ke atas meja.
" Kau dah tahu? Baguslah... Aku tak perlu susah-susah nak nyorokkan lagi. Macam mana kau tahu dan siapa kau bagitahu pasal identiti aku?" Soal Chaeryeong kembali. Taehyun tenang mengambil sebuah kerusi dan menyilang kaki duduk di hadapan Chaeryeong.
" Macam mana aku tahu? Senang je. Kau tak patut merendahkan kepakaran aku Chaeryeong... Kau jangan risau. Setakat ni hanya aku yang tahu identiti korang semua. Ahli TXT sendiri tak tahu pasal ni... Betul sangkaan aku. Bila nampak korang dan Nct dream macam dekat, aku tahu ada something yang korang sembunyikan. Ni lah rupanya..." Balas Taehyun dalam keadaan masih tenang. Langsung dia tak gentar walaupun dia tahu di depannya kini ialah seorang Puteri Raja.
" Aku tahu kau mesti nak sesuatu kan? Apa yang kau nak Kang Taehyun? Wang? Harta? Jawatan?" Kata Chaeryeong pula. Terus muka tenang itu berubah kepada dingin. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan memberikan pada Chaeryeong. Gambar seorang perempuan yang sangat cantik.
" Nama dia Kang Hyewon. Dia kakak aku yang hilang beberapa tahun lepas. Aku nak tahu dia kat mana. Sebagai seorang Puteri, aku tahu kau mampu cari dia. Cari dia dan rahsia kau akan selamat Chaeryeong. Tu je aku minta." Kata Taehyun. Chaeryeong mengangguk faham.
" Kau pasti kau cuma nak aku cari kakak kau je? Takde benda lain?" Soal Chaeryeong untuk kepastian. Taehyun mengangguk yakin. Dia tak perlukan harta dan kekayaan. Keluarganya dah cukup kaya. Dia cuma nak tahu kakaknya dimana. Itu sahaja.
" Okey kalau macam tu. Apa-apa info nanti aku bagitahu kau. Asalkan kau tutup mulut kau dan jangan bagitahu sesiapa walaupun seekor kucing pasal identiti aku." Balas Chaeryeong sebelum mengambil begnya semula. Taehyun menganggukkan kepala dan membuat isyarat dia mengunci mulutnya.
---------
Malam itu,
Rumah Keluarga Jeon,
Yeji p.o.v
" Apahal tiba-tiba nak cari perempuan ni Chaery? Siapa dia ni sampai kau betul-betul kena cari dia?" Soal Yeji kepelikan sebab seingat dia, adiknya tak pernah serius tentang sesiapa pun. Ini entah siapa-siapa tiba tiba nak mencari.
" Adalah sebabnya. Nanti Unnie akan tahu juga. Tapi yang pasti apa-apa maklumat pasal dia ni mesti dicari. Nama dia Kang Hyewon. Umur dia sebaya dengan Unnie." Walaupun Yeji merasa pelik dengan kelakuan adiknya, dia tetap mengangguk faham. Gambar di depannya direnung. Kang Hyewon? Tak pernah pulak dia dengar nama tu.
" Ni hah. Ada sedikit maklumat pasal dia. Anak sulung dari keluarga Kang. Dipercayai diculik beberapa tahun lepas dan sampai sekarang masih hilang walaupun keluarga dia dah bayar wang tebusan. Mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Adik perempuan bernama Kang Yeseo dan adik lelaki bernama... Kang Taehyun?? Unnie! Kenapa Unnie tolong lelaki ni? Mesti dia ni yang minta Unnie carikan Hyewon ni kan?" Yuna yang baru selesai membaca maklumat pasal Hyewon itu terus memandang Chaeryeong sebaik sahaja dia nampak tulisan Kang Taehyun.
" Tu je ke? Ada maklumat lain? Macam kali terakhir dia dijumpai kat mana ke?" Chaeryeong mengalihkan topik. Tak nak menjawab soalan Yuna tadi.
" Takde. Tu je maklumat dia... Kali terakhir dia ditemukan beberapa minit sebelum dia diculik. Itu je." Balas Yuna selepas menyemak semula maklumat yang baru dia dapat tadi. Chaeryeong mengangguk faham sebelum keluar dari bilik Yeji. Yeji dan Yuna berpandangan melihat kepelikan Chaeryeong.
" Itu apahal kakak seorang tu, Unnie? Macam pelik semacam je lepas balik dari kelas Tarian tadi...." Soal Yuna perlahan tapi Yeji menjawab hanya dengan mengangkat bahu tanda tak tahu. Kecewa dengan jawapan si kakak, dia terus keluar dari bilik Yeji. LIa yang dari tadi bermain telefon di atas katil mengangkat muka apabila Yuna turut meninggalkan bilik itu.
" Mungkin Chaery kena ugut dengan Taehyun kot.... Mana tahu kalau Taehyun dah tahu identiti kita ke...." Jawab Lia selamba tapi jawapannya membuatkan Yeji terkejut. Taehyun dah tahu identiti mereka? Gila kalau betul-betul... Haraplah Taehyun masih belum tahu identiti mereka lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
FIVE PRINCESS
Random5 ORANG PUTERI YANG DIKENALI SEBAGAI ITZY YANG SENTIASA BERADA DI DALAM ISTANA AKHIRNYA DIBENARKAN KELUAR KE MENJADI RAKYAT BIASA DAN BERSEKOLAH SEPERTI RAKYAT LAIN NAMUN DALAM MASA YANG TERHAD SAJA DENGAN SYARAT MEREKA JUGA PERLU MERAHSIAKAN IDENTI...