Chaeryeong p.o.v
" Kau pasti? Aku cuma bagi kau sekali peluang, Jeon Chaeryeong. Sebelum rahsia kau didedahkan." Chaeryeong menjulingkan matanya malas. Dia menyerahkan kertas yang dipegangnya kepada Taehyun.
" Aku pasti Kang Taehyun! Kakak kau kali terakhir dilihat kat rumah ni. Kau check dululah... Mana tahu dia ada kat dalam." Balas Chaeryeong malas. Taehyun memandang Chaeryeong sebelum teragak-agak mengetuk pintu rumah itu dengan perlahan. Pintu itu dibuka oleh seorang gadis kecil dari dalam. Matanya terkebil-kebil memandang Chaeryeong dan Taehyun.
" Noona dengan Oppa cari siapa? Mama kat dalam rumah. Papa takde. Papa pergi work." Soal gadis kecil itu. Belum sempat Chaeryeong atau Taehyun menjawab, satu suara lembut menyoal gadis itu dari dalam rumah.
" Siapa kat pintu Hyejoo?" Wajah wanita itu membuatkan mata Taehyun terbeliak. Chaeryeong memandang Taehyun dengan muka toya. Tak percaya aku lagi. Tengok siapa yang terkejut sekarang?
" Kakak? Hyewon Noona?" Hyewon mengangkat wajahnya memandang Taehyun. Dia juga terkejut melihat adiknya di pintu rumahnya. Taehyun tak menunggu lama terus memeluk kakaknya itu. Hyewon nampak terkejut namun dia tetap membalas pelukan adiknya perlahan. Gadis yang dipanggil Hyejoo itu terkebil-kebil memandang ibunya dan Taehyun sebelum dia berpaling ke arah Chaeryeong. Chaeryeong mengangkat bahu tanda tak tahu.
" Taehyun... Kakak dah cakap kan? Jangan pernah cari kakak? Kamu tahukan Mama dengan Papa boleh tahu kalau kamu dah jumpa kakak... Kamu nak anak Kakak dengan abang ipar kamu mati ke?" Hyewon bersuara tegas sebelum meleraikan pelukan. Dia tak tipu bila dia cakap dia rindukan adiknya itu, tapi dalam masa yang sama, dia terpaksa menjauhi adiknya kerana ancaman dari ibu bapanya.
" Kakak.... Dah bertahun Hyun rindu kakak, dan ini balasan kakak kepada Hyun? Kakak tak pernah takut kepada Mama dan papa, tapi kenapa kakak takut sekarang?" Soal Taehyun semula. Hyewon memandang ke arah ruang tamu rumahnya. Ada seorang bayi lelaki sedang tidur dengan nyenyak.
" Dia anak ketiga kakak Taehyun. Anak kedua kakak meninggal sebelum ni... Mama dapat jumpa Kakak kat mana. Masa tu, dia masih ada dalam kandungan kakak. Mama yang bunuh dia untuk tarik kakak balik ke dalam neraka tu. Untuk jadi robot yang macam Mama nak..." Jelas Hyewon perlahan. Chaeryeong terkedu tak percaya. Wau... Ni pun boleh masuk dalam laporan dia ni. Puan Kang boleh dikenakan tindakan akibat perbuatan membunuhnya itu.
" Tapi kakak, kakak tahu tak betapa rindunya kami kat kakak? Yeseo tu, dia setiap hari berdoa yang kakak akan muncul dan peluk dia dengan erat. Tapi kakak tak pernah muncul. Kakak tahu tak betapa kecewanya dia?" Soal Taehyun semula. Hyewon mengangguk perlahan. Dia tahu yang adiknya mesti kecewa terhadap dirinya tapi dia tak dapat buat apa-apa. Ancaman ibu dan ayahnya boleh jadi lebih teruk kalau dia mengingkari kedua-duanya.
" Maaf tapi Kakak tak boleh buat apa-apa Hyun... Maafkan kakak lagi." Balas Hyewon lagi. Taehyun senyap sejenak sebelum matanya memandang ke arah Chaeryeong. Hyewon juga turut memandang ke arah Chaeryeong selepas sedar yang Taehyun memandang ke arahnya. Chaeryeong memandang kedua-duanya dengan muka pelik. Apahal pandang dia semacam ni? Dia ada buat salah ke apa?
" Kau boleh jaga Family kakak aku tak? Kau kan Tuan Puteri. Mesti kau mampu buat apa-apa je..." Soal Taehyun perlahan. Hyewon sedikit terkejut mengetahui bahawa Chaeryeong adalah Tuan Puteri dan mendengar adiknya bercakap dengan santai pada Tuan Puteri itu.
" Itu bukan bawah kuasa aku. Hanya Raja dan Ratu yang ada kuasa untuk buat perintah tu... Tapi, kau jangan risau. Aku akan bagitahu Bonda dengan Ayahnda aku pasal ni. Aku jamin diaorang akan letakkan Family kakak kau bawah perlindungan Kerajaan." Balas Chaeryeong perlahan. Yakin betul yang Bonda akan terima cadangan dia.
YOU ARE READING
FIVE PRINCESS
Random5 ORANG PUTERI YANG DIKENALI SEBAGAI ITZY YANG SENTIASA BERADA DI DALAM ISTANA AKHIRNYA DIBENARKAN KELUAR KE MENJADI RAKYAT BIASA DAN BERSEKOLAH SEPERTI RAKYAT LAIN NAMUN DALAM MASA YANG TERHAD SAJA DENGAN SYARAT MEREKA JUGA PERLU MERAHSIAKAN IDENTI...