BAB 3

130 20 7
                                    

Itzy p.o.v

    " Kau siapa? Tiba-tiba muncul kat sini. Oh, kau nak gantikan tempat budak ni ke sebagai mangsa buli perempuan?" Soal lelaki yang paling tinggi di situ. Ryujin mencebikkan bibirnya memandang ke arah Lia. Lia membuat muka menyampah.

     " Muka hensem sayang adab terbang entah ke mana... Korang fikir dengan buat macam ni akan menunjukkan yang korang berkuasa ke? Well, I guess all of you are wrong. Korang buat macam ni, nampak lemah tau tak. Membuli seorang perempuan. Sedangkan korang berlima. Memang tak adillah kan ryu?" Soal Lia. Ryujin mengangguk-anggukan kepalanya. Seisi kantin itu memandang mereka.

    " Korang ni mesti budak baru kan? Tak kenal kitaorang siapa?" Soal salah seorang lelaki di situ pulak. Sekali lagi dua beradik itu berpandangan.

    " Well, tak penting pun. Bukannya anak raja atau anak ratu yang kitaorang kena hormat. Dan nama korang entah siapa entah tu tak masuk ujian pun.." Kata Yuna yang muncul entah dari mana. Yeji dan Chaeryeong turut ada di situ.

    " Berani betul kau! Shin yuna eh? Okey. Aku akan ingat nama kau. Kau tunggu aku akan buli kau lepas ni!" Kata seorang lelaki yang bermuka campuran inggeris. Yuna memandang nametagnya. Huening Kai. Nama sedap sikitlah.. Sedap lagi nama Shin Yuna aku.

    " Cubalah buli dia. Tapi sebelum kau nak buli dia, kau kena lepasi aku dulu. Shin Ryujin. Kakak dia." Balas ryujin pula masih tak nak kalah. Lelaki yang berambut hitam dan sedikit panjang itu berdiri di hadapan ryujin gagah. Tahulah tinggi.

    " Kau milik aku Shin Ryujin!" Kata lelaki itu. Ryujin memandang ke arah nametagnya. Choi Beomgyu. Hmm.. Kenapalah kat sekolah ni ada spesies manusia pelik lagikan pelik ye? Siap mengaku milik lagi.

    " Ek eleh kau. Bon.. Eh, Omma aku pun takde kata yang aku milik dia. Kau siapa nak kata aku milik kau? Aku milik aku sendirilah.. Pabo betul!" Kutuk Ryujin selamba. Tadi hampir dia menyebut bonda. Mati kalau orang tahu dia sebut bonda. Sebab panggilan bonda dan ayahnda hanya untuk raja dan ratu kerajaan sahaja.

    " Jom ryu. Membazir masa je bercakap dengan sampah kat sini. Dahlah bau busuk. Kalau wangi, takpelah juga.." Pedas kata-kata yang keluar dari mulu yeji. Tapi mukanya selamba je tak berubah.

    " Unnie, mana ada sampah bau wangi.. Semua bau busuklah..." Sempat lagi chaeryeong berkata sebelum itzy berlalu keluar dari kantin membawa budak perempuan yang dibuli tadi. Yuna sempat menjelir lidah pada Kai sebelum mengikut kakak-kakaknya. Kalau ratu nampak perangai puterinya, mahu kena detention 5 jam kat istana.

------

Tandas wanita,

    " Terima kasih pinjamkan baju ni. Tapi baju ni nampak mahal. Nanti saya pulangkan balik. Dan saya cuci sekali.." Kata gadis itu sebelum menunduk hormat perlahan. Dia meminjam pakaian yang dibawa yuna di dalam beg. Dia hanya muat memakai pakaian yuna kerana ketinggiannya yang hampir sama dengan yuna.

     " Alah.. Takdelah mahal pun.. 200 won je pun. Umm, kalau tak keberatan, boleh lah bagitahu kami siapa 5 sampah tu tadi?" Tanya Ryujin perlahan. Gadis itu mengerutkan dahi tak faham. Sampah?

    " Oh, maksud awak Txt tu eh? Nama kumpulan mereka TXT. Mereka adalah anak pemilik sekolah ni dan mereka sangat suka membuli orang lain. Apa-apa yang mereka buat sekalipun, cikgu takkan kisah apa-apa. Ahli dia pula, yang paling tinggi tu leader diaorang. Nama dia Choi Soobin." Gadis itu berhenti sejenak mengambil nafas.

    " Tinggilah juga. Mesti setiap hari minum 10 kotak susu." Gumam Lia keseorangan. Dulu, masa dia selalu elak nak minum susu. Kadang-kadang sanggup nyorok kat taman bunga semata-mata tak nak minum susu. Ataupun pura-pura tidur. Sebab tu tak tinggi-tinggi. Yuna pun lagi tinggi darinya.

FIVE PRINCESSWhere stories live. Discover now